Assalamualaikum
Alhamdulillah acik sampai ke pekan pahang dengan selamat, sebab apa acik datang sini ? mesti bersebab ,sebabnya ialah ada kerja dan nak jumpe anak buah di sini . Rindu dengan mereka sebab tu datang hehehe.Syukur ke hadrat Allah berikan peluang untuk hidup di muka bumi ini. Dan kepada yang nak tolong acik untuk tukar template tu boleh bagitahu saje, kalau kenakan bayaran pon acik tak kisah, please inform.
Hari ini acik nak kongsikan sesuatu, kebiasaanya kita dapat lihat remaja sekarang cepat meluahkan perasaan mereka dan mungkin baru kenal 1, 2 hari dah boleh ucapkan cinta dan sayang. Dah mula rindu dan akan jadikan medium SMS, BBM, watsupp dan sebagainya untuk tempat meluahkan perasaan mereka. Katanya rindu yang teramat bila terpandang muka si kekasih hati.
Top up jangan cakaplah berpuluh ringgit habis pon tak pe, kalau si dia tak ada top up siap tambahkan nilai. Mula mula putik cinta, segalanya manis dan sanggup di berikan.
Yelah anak muda sekarang , cinta itu menjadi utama dan menjadi buruan hati yang mendamba cinta dari kekasih hati tak kiralah lelaki atau perempuan. Tapi kena satu hal , bila kita mudah melafaz cinta dengan sesuka hati dengan sesiapa saje maka cinta itu tak akan menjadi ekslusif untuk si dia kerana cinta itu berkeliaran di bibir untuk di bicarakan.
Acik pernah seorang ustaz yang rapat dengan acik , ustaz tak pe ke kalau kita meluahkan perasaan kita terhadap seseorang yang kita suka ?
Ustaz : tak salah , tapi biarlah perasaan itu di luahkan kerana kita ingin melamar dia sebagai yang halal bagi kita, tak istilah untuk melamar jadi kekasih ini, itu budaya barat, dalam islam kita ada taaruf iaitu sesi perkenalan sebelum ingin jadikan dia yang halal bagi kita.
Tengok islam ada caranya, jika kita ikut caranya , cara yang di tentukan oleh ALLAH, maka ALLAH akan merahmati kita. Dan satu pekara yang acik selalu orang sekarang nie cepat meluahkan perasaan . Tapi tak pernah meluahkan apa yang kita rasa itu kepada ALLAH.
Sebab segala perasaan di dunia ini , ALLAH lebih mengerti dan dia yang mengurniakan perasaan itu, Seharusnya bila kita menyukai seseorang itu bermohonlah pada ALLAH untuk dekatkan hati dia dengan hati dan jadikan jodoh yang berpanjangan antara kamu dan dia . Allah paling suka orang yang bermohon dan mengadu dengannya.
Kita
bercinta guna sms, bbm, whatsapp dan pelbagai cara utk melepaskan rindu.
Tapi org beriman bercinta guna doa, mohon Allah yg pelihara.
Akhir kata, islam adalah cara hidup kita. Segalanya ada di islam, bercinta itu tak salah tapi jadikanlah islam sebagai teras panduan maka cinta kita di lindungi dan di jaga ALLAH .
30 Ulasan
Ingatlah bahawa jodoh pertemuan, Qada & Qadar itu rahsia Allah dan hanya Dia yg mengetahui. Mohonlah pada Allah, Berdoa dan Cintai Allah barulah Allah akan beri petunjuk dan permudahkan segala urusan.
p/s: Jauh berjalan, Ingatkan nak berjumpa Najib hehe.
kena cari cinta Ilahi dulu, baru cintakan duniawi ...
Tak gitu...?
hee
Blog acik aida dah masukkan dalam bloglist April-Jun 2013.. :) tq tau sudi join.
Serius, tak minat selalu contct. Nk bergayut pun tak suka.
Serius, tak minat selalu contct. Nk bergayut pun tak suka.
Betul, cintai dalam diam dengan doa moga Allah kurniakan jodoh yang terbaik buat kita. Teringat cerita Fatimah anak Nabi Muhammad, dia menyintai Saidina Ali pun dalam diam dan akhirnya memang Saidina Ali jodoh buatnya. Unik dan indah cara islam ni.