Assalamualaikum
Rasa terkilan pula jika tidak menyertai kontes yang di anjurkan blogger yang acik hormati ini, hampir setiap hari acik datang ke blognya dan membaca setiap entrinya kadang kala hanya tak komen. Sebab malu blog acik hanya blog biasa acik. Ahh tak mahu berlengeh panjang jom jawab pertanyaan yang di berikan di dalam kontes ini.
Google page rank itu kalau di terjemahkan dari bahasa melayu adalah carta halaman yang di adili oleh google. makna di sini menilai bagaimana entri kamu dan meletak blog kamu di tahap yang bagaimana. page rank ada skala 0 hingga 10 .Selain itu blog mempunyai backlink yang baik dan dalam entry blog tu ada keywords yang baik serta blog mesra seo. Yang acik tahu juga google page rank ini menilai juga pautan link dan reputasi link yang dari halaman kita mahupon mereka yang datang ke blog kita.Pentingnya pada blog acik nie untuk menilai sejauh mane berkesannya setiap entry acik taip itu sama ada cepat dan mudah bila di cari di google.
Satu asas yang perlu kita tahu untuk menghasilkan entry yang mesra yang seo adalah dengan mengunakan "keywords" atau kata kunci yang mudah di cari oleh pelayar dan carian di google ,'lebih elok lagi kata kunci itu di bold atau di gariskan. Sebenarnya pekara ini adalah paling mudah tapi sering kali ambil ringan oleh para blogger. Ahhh contoh kata kunci : " blog personal, catatan peribadi, cinta kerana ALLAH dan sebagainya. Ahhh selain itu juga menjadi huraian atau keterangan terhadap entri kita.
Pada pendapat acik, penampilan blog memang menjadi penarik pengunjung untuk setia datang ke blog kita. Sebabnya lumrahnya setiap mata yang memandang itu sukakan pada sesuatu yang cantik dan sedap di pandang. Jika blog kita mempunyai identiti dan membuat para pembaca dapat membayangkan bila menyebut nama blog kita itu ,kiranya kita mempunyai kekuatan dari segi penampilan. Yelah kalau blog kusut masai , serabut susunan tak teratur ,orang pon nak datang sekali jer. Penampilan yang di katakan adalah seperti pemilihan template blog, header blog , jenis tulisan , warna blog dan sebagainya .Yang paling mudah bila template yang ringan dan cantik orang akan ingat sampai bila bila berbanding template yang berat dan loading. Header yang ringkas dan sedap mata memandang dan itu menjadi salah satu kayu pengukur. seterusnya pemilihan tulisan dan warna yang kita mahukan memainkan peranan yang sangat penting untuk menarik pembaca untuk mebaca apa yang kita tulis.
15 Ulasan
Kali ini saya sertai, semoga berjaya :)
^___^
Aku sokong rakan blogger aku ni ..
p/s : kalau kenal lagi aku, sila respons..hehe