Ticker

6/recent/ticker-posts

Luahan Perempuan : Ayah Tinggalkanku Selamanya Kerana Gambarku Berpeluk Dengan Lelaki Di Facebook



Assalamualaikum 


Hari ini acik mendapat request dari seseorang untuk yang ingin ceritakan tentang sesuatu kepada kita semua, agar kaum hawa memahami realiti kehidupan yang sebenarnya dan jangan terlalu ikut hati .

Assalamualaikum acik, maaf gangu pagi pagi ni, saya betul betul tertarik dengan setiap entry acik dan buatkan saya nak kongsikan sesuatu kepada acik dan pembaca blog acik ni. Yelah hidup ini perlukan perubahan dan memperbaiki diri.Sebelum nama saya siti dan saye seorang mahawasiswi di UPM serdang. 

Acik : walaikumusalam silakan jika sudi berkongsi cerita dengan kami,dengan rela hati acik sudi mendengar apa yang ingin di sampaikan.

Siti : terima acik , ahh sebelum tu saya ni silent reader blog acik, hampir setiap hari saya akan bace dan kadang kala menagis bila bace entry acik. Dulu saya tak macam gini, dulu saya jahil , walaupon mak ayah dan berikan pendidikan yang baik dan mereka merupakan guru agama di sekolah tapi itulah iman tak di warisi. Saya khilaf dengan perbuatan saya sendiri. Saya bertudung tapi adab dan pergaulan saye tak jaga sebab dulu saya difikir tudung itu bukan halangan untuk saya bersosial dan bercampur gaul dengan mana mana lelaki.Allah kurnia saya mempunyai rupa paras yang menarik dan saya jadikan itu sebagai kekuatan dan penarik kepada lelaki.

Saya selesa bila ramai yang ingin berkenalan dengan saya, dan kadang kala masa melepak ,saya lepak dengan lelaki tanpa ada perasaan risau tentang diri saya. Bergurau senda ,bertepuk tampar tak pernah saya hiraukan , memakai legging dan baju lengan pendek itu biasa. Mak ayah tak tahu keadaan saya bagaimana di sini.Tapi ..

Acik : ermm tapi kenapa ?? apa yang buatkan siti berubah ?

Tapi itulah saya hanyut dengan kehidupan saya yang inginkan kebebasan sebenarnya. saya tahu apa yang saye buat itu berdosa besar tapi masa itu malas nak fikir. Satu hari saya dapat panggilan yang ayah di serang sakit jantung dengan teruk dan di masuk ke hospital , saya rasa risau sangat dan sedih dengan keadaan ayah. Jadi saya minta pertolongan dari seorang rakan yang selalu lepak dengan saya dan dia sudi nak tolong saya.

Tapi itulah nafsu tetap nafsu , kawan yang saya minta tolong itu ambil kesempatan di kala saya sedang down dengan kesedihan nie. Di bawa saya ke sebuah rumah buruk dan ingin buat sesuatu yang tak elok pada saya. masa tu saya sangat terkejut dan  meronta ronta tak mahu di lakukan sedemikian rupa dan nasib baik masa tu kebetulan ada orang lelaki lalu di situ dan sedar apa yang berlaku dan tolong saya kalau tak saya tak tahu apa nasib saya . Allah masih sayangkan saya, dengan perasaan hiba saya pergi ke hospital di dengan  menaiki teksi dan bila tiba di sana mak bagitahu yang ayah dan meninggal. Saya tanya mak kenapa ayah boleh serang sakit jantung ?? mak kata ayah serang sakit jantung sebab ternampak gambar saya di facebook berpeluk dengan seorang lelaki. 

Sumpah acik saya menyesal dan saya khilaf, bila muhasabah diri saya tak salah lelaki yang cuba buat pekara yang tak senonoh terhadap saya sebab puncanya adalah diri saya sendiri.Seorang gadis yang membiarkan dirinya dikerumuni, didekati dan bermesra dgn lelaki bukan muhrimnya, hilanglah harga dirinya dihadapan Allah.

Saya tak kisah nak bagitahu kisah ini, untuk kaum hawa sedar bahawa kita harus jaga maruah diri dan pergaulan kita, Jangan jadi macam saya dan terkena baru nak teradah. Nak bergaya tak salah tapi biarlah mengikut syariat islam. Saya masih beruntung kerana ALLAH masih beri kesempatan dan lindungi saya. Siapa pon dan dari keturunan kita tak akan berubah jika diri kita sendiri tak cuba kearah kebaikan.Terima acik kerana sudi siarkan cerita ini, saya harap ada insan yang sedar .

Allahuakbar , acik jadi hilang kata kata, semoga kisah siti di jadikan pedoman kepada kamu yang membaca. hanya mampu acik hulurkan doa untuk siti semoga ALLAH memberkatimu. 


Catat Ulasan

30 Ulasan

iha berkata…
Moga dijadikan iktibar buat kita semua.. buat cik Siti, kuatkan semangat ya.. sama2 doakan moga roh arwah ayahnya ditempatkan bersama golongan beriman..
bicara mak dara berkata…
sedih baca entry ini.. semoga dapat memberi iktibar dan manfaat kepada semua yg membaca in sya allah..
precious cla berkata…
cool ! mcm cerita drama pulak :)
cydayf berkata…
sedihnya baca.. huhuhu T_T
Tanpa Nama berkata…
semoga memberi pngajaran buat diri ini dan juga kaum hawa yang lain,semoga Allah melindungi kita semua InsyaAllah :) salam takziah buat siti
Unknown berkata…
rasa sedih baca. Tp bagi pengajaran kat diri. Semua ada batas2, jgn nak melebih. Kawan perempuan kan bnyk bgus meluah dgn mereka. :) Lgi pun, Allah ada. Jgn terlalu riak dgn apa yg Allah bgi bila2 masa DIA boleh tarik semua tu. :)
BinMuhammad berkata…
Salam Acik,
Kadangkala kita tidak tahu bagaimana Allah akan memberi hidayah buat kita. Mungkin ianya amat memeritkan namun bersyukurlah kerana Allah masih sayangkan kita. Jadikan ini sebagai peringatan dan pengajaran buat mereka yang masih belum terlanjur...
Akupenghibur.com berkata…
amin ..semoga ada sedikit ikhtibar
Akupenghibur.com berkata…
amin mudah mudahan :)
Akupenghibur.com berkata…
harap dapat sedikit iktibar
Akupenghibur.com berkata…
semoga ada sedikit keinsafan dalam diri kita :)
Akupenghibur.com berkata…
betul ini.. siti dah sedar kesilapan dia.harap kita muhasabah diri jugak
Akupenghibur.com berkata…
wslm :) betul tu beruntung kepada sesiapa yang dapatkan hidayah walaupon kadang sangat memeritkan
Tengkubutang berkata…
sedihnya entri ni.. nak pulak background lagu pun mcm nk buat teman nangeh jea.. nice entri!
Pha Is berkata…
syukurlah, Allah masih beri masa dan peluang untuk bertaubat...
miss yatie berkata…
akk pun rasa nak mengalir airmata ni...eemm...kerana bafsu dan keinginan kita boleh tersesat, Alhamdulillah, kerana Allah masih sayang padanya dan masih memberi peluang untuk bertaubat
Nur Nainis berkata…
Ya Allah..sedihnya..Setiap manusia tidak terlepas dari membuat kesalahan. Alhamdulillah, beliau sudah sedar dan ingin melakukan perubahan. Allah yang lebih layak menilai manusia. Moga ianya menjadi pengajaran buat semua.
Akupenghibur.com berkata…
betul tu bersyukur jika dapat hidayah
Akupenghibur.com berkata…
peluang itu tak datang 2 kali... sebab itu kena sedar dan raih rahmatnya
Akupenghibur.com berkata…
kita ambil sebagai pengajaran
Uwais Al-Qarni berkata…
smoga jd tauladan utk semua umat Islam. paling penting peringatan utk kauh hawa.
peringatan utk sya jgak.
Unknown berkata…
mmg beliau bertuah sebab sempat tersedar dari lamunan dan keseronokan dunia....semoga kaum hawa di luar sana dapat ambil iktibar dari cerita ni...org lelaki biasalah, bila perempuan jenis yg tak kisah camni mmg mereka akan fikir "satu perkara" je....
Unknown berkata…
Alhamdulillah...ada jugak yg terbuka hatinya kerana perkara2 mcm ni. Apa yg penting ialah, setiap blogger juga blh memainkan peranan dengan entry2 yg baik utk memberi manfaat kpd pambaca. Tak rugi sebenarnya kita share something that really meningful to others. Good job acik. :)
Unknown berkata…
Syukur Alhamdulillah sy tidak dibenarkan bebas suatu ketika dulu.. Mak ayah amat mengongkong.. Semoga kisah ni dijadikan pengajaran..
Bunda_nora berkata…
terharu...semoga menjadi iktibar buat kita semua.. nice info, tq
Unknown berkata…
sedih pulak membacanya...ye sebagai perempuan maruah tu sangat penting...
Unknown berkata…
jadikan ikhtibar kepada semua tak kira laki ke perempuan semua kena beringat. Masih ada masa utk bertaubat kita bertaubat segera...
Dzureen Darwis berkata…
bila nak buat jahat mesti teringat mak abah dan cancel plan nak buat jahat