Ticker

6/recent/ticker-posts

Saya Bukan Anak Yang baik - Doa Untuk Abah


Assalamualikum

Selamat ulang tahun ke 65 tahun khas untuk abah yang jauh di mata tapi dekat di hati. Walaupon apa pon jua yang berlaku dan alasan yang ingin di zahirkan dari mulut ini bukan penghalang kepada diri ini untuk mendoakan kesejahteraan kepada abah . Semoga ALLAH panjangkan umur dan di murahkan rezeki dan mendapat keredhaan Allah. 

acik tahu acik bukanlah anak yang baik ,tapi acik cuba jadi yang terbaik untuk berbakti pada keluarga kita. Acik akan buktikan acik bukan anak yang selalu menyusahkan mak dan abah  dan acik akan berusaha sedaya upaya buat kamu bangga dengan apa yang acik capai. 

terima kasih kerana telah membesarkan acik sehingga kini dan buat acik kenal erti kehidupan . Dan terima atas segalanya.




Duhai tuhan yang mencipta langit bumi dan seluruh alam 
Aku menadah tangan kepadaMU 
Ku bermohon dengan segenap hati agar engkau makbul doa hambamu ini

 Ya Allah aku berdoa untuk seorang lelaki yang telah berjasa dalam hidupku
Seorang lelaki yang mengajar aku tentang erti kehidupan 
Seorang lelaki yang mengajar aku tabah hadapi apa juga dugaan
seorang lelaki yang memberi pengajaran agar aku dekat padamu
seorang lelaki yang memberi pengertian tentang kasih sayang
seorang lelaki yang telah mengajar aku untuk berdiri atas kaki sendiri

dia adalah abahku..
Ya Allah panjangkan umur, murahkan rezekinya dan berikan kebahgiaan kepadanya.
Ya Allah kau kuatkan hatinya menempuhi hari harinya dengan sabar dan tabah.
Kau berikanlah petunjuk kepadanya dan kasih sayangmu 

Ya Allah kau eratkan kanlah hubungan kami ini
Kau beri petunjuk dan hidayah kepadanya agar sentiasa denganmu.
Dan kuatkanlah hati dan tindakannya agar adil dalam setiap tindakannya.

Ya Rahman ya Rahim .. 

Selamat abah di dunia dan di akhirat dan mudahkan segala urusannya.

amin ya ALLAH



Catat Ulasan

16 Ulasan

Nory Zoulkefle berkata…
bertuahhhnya AP still ada abah lagi...bahagiakanlah dia selagi dia ada yer...
Akupenghibur.com berkata…
insyaALLAH :) akan buat semampunya
BinMuhammad berkata…
Salam Acik,
Semoga abah acik dipanjangkan usia. diberi kesihatan berpanjangan dan dilimpahi keberkatan. Seorang anak yg beramal soleh...itulah harapan seorang bapa kpd anaknya...hanya itu yg membahagiakan mereka.
adarain berkata…
AMIN~ semoga diperkenankan doanya....
Selamat ulang tahun buat ayah kamu...
miss yatie berkata…
aamiin ya rabbal alaamiin...

ssemoga acik menjadi anak yang soleh dan membanggakan ibu dan ayah InsyaAllah

selamat hari lahir abah..
Zaza Iman berkata…
selamat hari jadi buat abah =) jadi anak yg baik ye..hehe
Unknown berkata…
semoga doa acik tu dimakbulkan dan happy birthday kpd beliau...
Unknown berkata…
Selamat hari lahir buat abah Acikk.. hehe semalam hari jadi Abah Acik..hari ni saya pulak.. Ada macam satu persamaan tu kalau tarikh lahir hampir..
Mia Liana berkata…
wahhh touchingnya...... selamat hari lahir ya buat abah tercinta...
Diari Si Froggie berkata…
Tacing baca ayat2 acik.. Amin, moga Allah makbulkan doa acik. Selamat Hari Lahir buat abah acik.. moga abah dipanjangkan umur dan murah rezeki serta sentiasa mendapat lindungan dari Allah :)
Ayue Rejaluddin berkata…
Selamat hari lahir buat abah Acik..
Arini pulak besday mak AJ....
Insyaallah dia mendengar dan dapat manfaat dari doa Acik.....
Kalau dia baca ni, mesti dia bangga ada anak macam Acik Tau... =D
iha berkata…
Happy belated birthday buat abah acik.. moga beliau hidup dengan penuh ketenangan dengan memiliki sebuah keluarga bahagia.. ya rabbi yassir wala tu'assir.. :)
#sy anak no.4, panggil ayah 'abah', pastu birthday abah pun bulan 4 jgk.. byk kebetulan ni..
Nur Nainis berkata…
Amin Ya Rabbal Alamin. Selamat hari jadi buat abah acik. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Dipermudahkan segala urusan di dunia mahupun di akhirat.
Unknown berkata…
happy birthday utk abah tau!!!!
remy aminkan doa2 acik....
norahanum berkata…
Alhamdulillah ....semuga kita semua menjadi anak yang soleh terhadap kedua ibu dan bapa kita..