Assalamualikum
Selamat ulang tahun ke 65 tahun khas untuk abah yang jauh di mata tapi dekat di hati. Walaupon apa pon jua yang berlaku dan alasan yang ingin di zahirkan dari mulut ini bukan penghalang kepada diri ini untuk mendoakan kesejahteraan kepada abah . Semoga ALLAH panjangkan umur dan di murahkan rezeki dan mendapat keredhaan Allah.
acik tahu acik bukanlah anak yang baik ,tapi acik cuba jadi yang terbaik untuk berbakti pada keluarga kita. Acik akan buktikan acik bukan anak yang selalu menyusahkan mak dan abah dan acik akan berusaha sedaya upaya buat kamu bangga dengan apa yang acik capai.
terima kasih kerana telah membesarkan acik sehingga kini dan buat acik kenal erti kehidupan . Dan terima atas segalanya.
Duhai tuhan yang mencipta langit bumi dan seluruh alam
Aku menadah tangan kepadaMU
Ku bermohon dengan segenap hati agar engkau makbul doa hambamu ini
Ya Allah aku berdoa untuk seorang lelaki yang telah berjasa dalam hidupku
Seorang lelaki yang mengajar aku tentang erti kehidupan
Seorang lelaki yang mengajar aku tabah hadapi apa juga dugaan
seorang lelaki yang memberi pengajaran agar aku dekat padamu
seorang lelaki yang memberi pengertian tentang kasih sayang
seorang lelaki yang telah mengajar aku untuk berdiri atas kaki sendiri
dia adalah abahku..
Ya Allah panjangkan umur, murahkan rezekinya dan berikan kebahgiaan kepadanya.
Ya Allah kau kuatkan hatinya menempuhi hari harinya dengan sabar dan tabah.
Kau berikanlah petunjuk kepadanya dan kasih sayangmu
Ya Allah kau eratkan kanlah hubungan kami ini
Kau beri petunjuk dan hidayah kepadanya agar sentiasa denganmu.
Dan kuatkanlah hati dan tindakannya agar adil dalam setiap tindakannya.
Ya Rahman ya Rahim ..
Selamat abah di dunia dan di akhirat dan mudahkan segala urusannya.
amin ya ALLAH
16 Ulasan
Semoga abah acik dipanjangkan usia. diberi kesihatan berpanjangan dan dilimpahi keberkatan. Seorang anak yg beramal soleh...itulah harapan seorang bapa kpd anaknya...hanya itu yg membahagiakan mereka.
Selamat ulang tahun buat ayah kamu...
ssemoga acik menjadi anak yang soleh dan membanggakan ibu dan ayah InsyaAllah
selamat hari lahir abah..
Arini pulak besday mak AJ....
Insyaallah dia mendengar dan dapat manfaat dari doa Acik.....
Kalau dia baca ni, mesti dia bangga ada anak macam Acik Tau... =D
#sy anak no.4, panggil ayah 'abah', pastu birthday abah pun bulan 4 jgk.. byk kebetulan ni..
remy aminkan doa2 acik....