Assalamualaikum
Hari ahad , hari yang paling seronok, lagi lagi bila mak datang ke shah alam untuk menjenguk anaknya di perantauan. Memang seronok hehehe melayan ketenah anak sedara yang kian membesar dan penuh dengan pertanyaan.
Sedang acik online, ada seorang rakan facebook dan merupakan kawan sekolah dulu cerita tentang kisah dia, kadang kita baru tahu ada orang lebih susah dari kita nie. Bila dengar cerita orang lain, acik lebih bersyukur dengan apa yang acik ada.Alhahmdulilah.
lama jugak dia chatting dengan acik dan tiba tiba terkeluar perkataan yang dia taip ,dia kata " aku sekarang susah anak sakit, segala iktiyar aku dah buat, dah hantar hospital ,dah berdoa tapi anak aku masih tak sembuh lagi.
Acik hanya nasihat jangan pernah sangsi dengan ALLAH .. kalau di fikir memang kita akan katakan "betul ke ALLAH akan makbulkan doa kita, ramai umat manusia di dunia"
Ketahui ALLAH maha besar dan maha mengetahui segala hal yang ada di dunia nie. Allah tak pernah persiakan kita, Allah tahu yang terbaik untuk kita. ALLAH uji kita untuk kita tahu tentang erti hidup ,erti pertemuan ,erti perpisahan dan sebagainya.
Lecture acik pernah cerita ada seorang ustaz nie yang hilang beg dan dalam beg itu ada duit dan barangan yang di amanah oleh penduduk setempat di rumahnya untuk "collect " wang tersebut. Dan ustaz itu dengan tenang di berkata dia akan buat solat hajat selama 3 hari berturut turut memohon dengan ALLAH untuk jumpakan beg tersebut.
Hari pertama ustaz itu katakan dia dah buat solat hajat, seterusnya dia pon berkata sedemikian rupa. Dan hari ketiga, ramai orang rasa ishh kalau dah hilang memang susah nak jumpe mustahil . Tapi ustaz nie istiqamah dan dia katakan dia percaya pada ALLAH dan akan ada orang pulangkan pada hari nie.
Tiba tiba ada orang seorang lelaki datang mencari ustaz tersebut dan berkata terjumpa beg itu.
Begitulah .. kita kena yakin seyakin pada ALLAH.. Jika kita yakin dengan Dia, maka dia yakin juga untuk tolong kita..Sedangkan permintaan Iblis supaya dipanjangkan umur sehingga kiamat
Allah perkenankan, apatah lagi doa hamba yang bersolat padaNya :')"
ambillah cerita ringkas ini sebagai tauladan untuk kita istiqomah dan yakin pada ALLAH . oklah sampai sini dulu, lain kita kita bersembang lagi .. bye bye adios :)
23 Ulasan
~Rindu nak dtg blog Acik..hehe~
ALLAH Maha Kuasa..Makhluk langsung takda kuasa..
WOW Awek Dari Gemuk Ke Kurus
KimJongUn Mangsa Photoshop
Di China, Teknik Mengemis Terbaru
Tajuk sahaja sudah cukup mengupas keseluruhan artikel.
Yakinlah...hanya Allah yg berkuasa, Allah! Tuhan yg satu.