Assalamualaikum
Wahai tuhanku Engkau mencipta cinta itu dengan seindah indahnya. Di hiasi dengan sinaran kalbu kasih sayangmu terhadap umatmu. Lumrah hidup ini, adam mencari hawa untuk menghiasi hidupnya yang sepi. Untuk di isi ruangan kekosongan sanubari yang telah lama terbiar. Dan akhirnya cinta mereka bersatu dan berbahagia keranamu.
Tapi aku, aku masih lagi mencari di mana haruman itu hadir, tika sedar hadirnya haruman bungga itu , buatkan aku tercari cari sehingga aku hilang arah hidupku. Aku juga manusia biasa yang mendambakan cinta dari seorang hawa. Menjadi pelengkap hidupku, memberikan pengertian apa sebenarnya erti cinta keranamu.
Tapi cinta yang hadir dalam hidupku umpama layang layang yang bebas berterbangan. Yang hanya pandai tarik tali bila dia memerlukan ku, yang pandai menyemai kasih walaupon hakikatnya hati tidak bersama.
Maaf atas ayat yang di atas ini, ketika ini hati ini bagai di hiris hiris oleh belahan pisau. Aku jarang cerita tentang seorang perempuan dalam hidupku. Tapi tika aku mampu tersenyum lagi tapi hati ini siapa yang tahu.
Sebenarnya , petang tadi aku dapat khabar berita dari dari dia, insan yang selalu memberiku harapan , insan yang selalu memberi kata kata semangat dan insan yang selalu ada bersama saat suka dan duka sanggup menipuku.
Rupanya petang tadi adalah hari perkahwinan dia bersama dengan teman lelakinya. Dan menjadikan aku di sebagai pengisi kekosongan hatinya tika dia memerlukan seseorang lelaki.
Puasku dengar kata kata cinta darinya, puas ku dengar janji manis , puasku dengar kata kata yang buat aku percaya,. Rupanya hanyalah satu penipuan perasaan.
Aku bukan alat untuk di jadikan bahan eksperiment soal cinta, aku bukan alat untuk kau melepaskan perasaanmu tanpa memikirkan keadaanku.
Aku menginsafi diriku kini, insan haus yang mengharap seteguk air di padang pasir.
Biarpun puas kucuba menanam kebencian padamu demi masa depanku, tapi
gagal . Kau cukup baik bagiku. Tidak ada kesalahan kucari demi
untuk membencimu.Makin ku membencimu makin keliru pemikiran ini. Yang paling kutakut, kalau aku tak dapat melupakan dirimu.
Ya ALLAH kau kuat hati ini, kau kuatkan imanku agar tak pernah goyah kerana dugaan cinta ini. Ku mohon padamu ya ALLAH, jangan kau biarkan mereka menyakiti hati ini lagi, cukuplah aku merasanya sekali ini. Aku pasrah dan ikhlaskan apa yang berlaku , insyaALLAH aku kuat untuk hadapi semua ini
Duhai mata, tahanlah air mata ini , jangan kau menagis kerana seseorang mempermainkan perasaanmu tapi kau menangis kerana tuhanmu.. kuatkan dirimu.. ermm :")
28 Ulasan
tak perlu memaksa melupakan si dia dlm waktu terdekat, ambil waktu InsyaAllah...perlahan2 dia akan hilang dr hati...
tabahkan hati dan percaya telah ada seseorang yg menanti..
Jangan lupa minta pada Allah dalam setiap doa acik " diberi ketenangan jiwa dan fikiran serta dipermudahkan segala urusan dalam melaui kehidupan seharian " ...
Untuk ceriakan hati, Acik fikirkan sahaja, bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor. hehe..Ceriakan hidup anda. Jangan sedih. Allah sentiasa ada di sisi. Senyum. ^________^
Insyaallah... Bersangka baik, Allah swt sedang merangka sesuatu.. =D
Semoga bertemu dengan insan yang ikhlas menerima Acik....
P/s : Thanks atas doa Acik tu ye....