Ticker

6/recent/ticker-posts

Adakah Orang Yang Akan Mendoakan Kita Ketika Kita Sakit ?



Assalamualaikum 


Hari ini acik ingin kamu berfikir seketika, renung diri sendiri . Adakah kamu dah sedia jika nyawa kamu di ambil ? adakah ada orang yang akan mendoakan kesejahteraaan mu ? Jom bace sedikit kisah ini.

Seorang pengarah yang berjaya jatuh di kamar mandi dan akhirnya stroke. Sudah 7 malam dirawat di RS di ruang ICU. Di saat orang-orang terlelap dalam mimpi malam, dalam dunia roh seorang malaikat menghampiri si pengarah yang terbaring tak berdaya.Malaikat memulakan pembicaraan, Kalau dalam waktu 24 jam ada 50 orang berdoa buat kesembuhanmu, maka kau akan hidup. Dan sebaliknya jika dalam 24 jam jumlah yang aku tetapkan belum terpenuhi, itu berertinya kau akan meninggal dunia!

Kalau hanya mencari 50 orang, itu sangat mudah.’kata si pengarah ini dengan yakinnya.
Setelah itu Malaikat pun pergi dan berjanji akan datang 1 jam sebelum batas  waktu yang sudah disepakati.

Tepat pukul 23:00, Malaikat kembali mengunjunginya; dengan bangganya si pengarah bertanya, Apakah esok pagi aku sudah pulih? Pastilah banyak yang berdoa buat aku, jumlah pekerja aku punya lebih dari 1000 orang, jadi kalau hanya mencari 50 orang yang berdoa pasti bukan perkara susah.

Dengan lembut si Malaikat berkata, Anakku, aku sudah berkeliling mencari suara hati yang berdoa buatmu tapi sampai saat ini baru 3 orang yang berdoa buatmu, sementara waktumu tinggal 60 minit lagi. Rasanya mustahil kalau dalam waktu dekat ini ada 50 orang yang berdoa buat kesembuhanmu.Tanpa menunggu reaksi dari si pengarah, si malaikat menunjukkan layar besarberupa TV siapa 3 orang yang berdoa buat kesembuhannya. Di layar itu terlihat wajah duka dari sang isteri, di sebelahnya ada 2 orang anak kecil, putera puterinya yang berdoa dengan khusuk dan nampak ada titisan air mata di pipi mereka.

Kata Malaikat, Aku akan memberitahukanmu, kenapa Tuhan rindu memberikanmu kesempatan kedua? Itu kerana doa isterimu yang tidak putus-putus berharap akan kesembuhanmu.
Kembali terlihat dimana si isteri sedang berdoa jam 2:00 subuh, Tuhan, aku tahu kalau selama hidupnya suamiku bukanlah suami atau ayah yang baik! Aku tahu dia sudah mengkhianati pernikahan kami, aku tahu dia tidak jujur dalam kerjanya, dan kalaupun dia memberikan sumbangan, itu hanya untuk popularity dan menaikkan namanya saja untuk menutupi perbuatannya yang tidak benar dihadapanMu. Tapi Tuhan, tolong pandang anak-anak yang telah Engkau berikan pada kami, mereka masih memerlukan seorang ayah. Hambamu ini tidak mampu membesarkan mereka seorang diri.

Dan setelah itu isterinya berhenti berkata-kata tapi air matanya semakin deras mengalir di pipinya yang kelihatan cengkung karena kurang rehat.
Melihat peristiwa itu, tampa terasa, air mata mengalir di pipi pengarah ini. Timbul penyesalan bahwa selama ini bahawa dia bukanlah suami yang baik. Dan bukan ayah yang menjadi contoh bagi anak-anaknya. Malam ini dia baru menyadari betapa besar cinta isteri dan anak-anak padanya.

Waktu terus berlalu, waktu yang dia miliki hanya 10 minit lagi, melihat waktu yang makin sempit semakin menangislah si pengarah ini,penyesalan yang luar biasa. Tapi waktunya sudah terlambat ! Tidak mungkin dalam waktu 10 minit ada yang berdoa 47 orang!
Dengan sedihnya dia bertanya, Apakah diantara pekerjaku, kaum kerabatku, teman kerja ku, teman organisasiku tidak ada yang berdoa buatku?

Jawab si Malaikat, Ada beberapa yang berdoa buatmu.Tapi mereka tidak ikhlas. Bahkan ada yang mensyukuri penyakit yang kau derita saat ini. Itu semua karena selama ini kamu mementingkan diri, sombong, mengainaya pekerja, kejam, ego dan bukanlah pihak atasan yang baik. Bahkan kau sanggup memecat pekerja yang tidak bersalah dan yang tidak setimpal dengan kesalahannya. . Si pengarah tertunduk lemah, dan pasrah kalau malam ini adalah malam yang terakhir buat dia. Tapi dia minta waktu sesaat untuk melihat anak dan si isteri yang setia menjaganya sepanjang malam.

Air matanya tambah deras, ketika melihat anaknya yang sulung tertidur di kerusi hospital dan si isteri yang kelihatan lelah juga tertidur di kerusi sambil memangku si bongsu.Ketika waktu menunjukkan pukul 24:00, tiba-tiba si Malaikat berkata, Anakku, Tuhan melihat air matamu dan penyesalanmu! ! Kau tidak jadi meninggal,karena ada 47 orang yang berdoa buatmu tepat jam 24:00.

Dengan hairan dan tidak percaya, si pengarah bertanya siapakah yang 47 orang itu. Sambil tersenyum si Malaikat menunjukkan suatu tempat yang pernah dia kunjungi bulan lalu.

Bukankah itu Pusat Asuhan Anak Yatim? kata si pengarah perlahan. Benar anakku, kau pernah memberi bantuan bagi mereka beberapa bulan yang lalu, walau aku tahu tujuanmu saat itu hanya untuk mencari populariti saja dan untuk menarik perhatian kerajaan dan pelawat luar negeri.

Pagi tadi , salah seorang anak pusat asuhan tersebut membaca di surat khabar bahawa seorang pengarah terkena stroke dan sudah 7 hari di ICU. Setelah melihat gambar di surat khabar dan yakin kalau orang yang sedang koma adalah kamu, orang yang pernah menolong mereka dan akhirnya anak-anak yatim pusat asuhan sepakat berdoa buat kesembuhanmu.

Doa sangat besar kuasanya. Kita malas. Tidak ada waktu. Beban untuk berdoa bagi orang lain. Ketika kita mengingat seorang sahabat lama/keluarga, kita fikir itu hanya kebetulan saja padahal seharusnya kita berdoa bagi dia. Mungkin saja pada saat kita mengingatnya dia dalam keadaan memerlukan doa dari orang-orang yang mengasihi dia.

Disaat kita berdoa bagi orang lain, kita akan mendapatkan kekuatan baru dan kita boleh melihat kemuliaan Tuhan dari peristiwa yang terjadi. Hindarilah perbuatan menyakiti orang lain… Sebaliknya perbanyaklah berdoa buat orang lain.

Kerana pahlawan sejati, bukan dilihat dari kekuatan fizikal dan hartanya,tapi dari kekuatan hatinya. Katakan ini dengan perlahan, ‘Ya TUHAN saya mencintai-MU dan memerlukan- MU, datang dan terangilah hati kami sekarang…! !!’

Setiap hari jumaat acik kongsikan kisah tauladan. Cerita ini bukan cerita asal dari acik tapi acik dapatkan forum Kisah Tauladan.


Catat Ulasan

16 Ulasan

Jade berkata…
Ya Allah...byknya dosa ku.. suka sgt entri ni. Thanks acik.

Like sejuta kali (y)!
bicara mak dara berkata…
satu perkongsian yg sangat bermanfaat
Tanpa Nama berkata…
Ya Allah...tersentuh perasaan kathy bila baca entri acik ini..semoga kathy dan keluarga serta seluruh pembaca entri acik ini di jauhkan dari sifat sebegini...banyak kan doa yang baik2 sahaja..
Unknown berkata…
Tersentuh membacanya.. memberi kesedaran pada saya..
Akupenghibur.com berkata…
@Asffa alhamdulilah terima kerana membaca :)
Akupenghibur.com berkata…
@adzairdawati makdara alhamdulilah .. terima kasih membaca yer MD
Akupenghibur.com berkata…
@ Kathy Rbain semoga kita jauh dari sifat yang tak baik dan muhasabah diri :)
Akupenghibur.com berkata…
@Mieza Jhaa K terima kasih membaca :)
Nina Mads berkata…
nice sharing..benar2 memberi keinsafan :)
fyna ahmad berkata…
perkongsian yang manfaat. thanks acik.
fragmenbiru berkata…
Alhamdulillah... kita masih berpeluang untuk membuat kebaikan..

Sesiapa pun kita diata muka bumi ini,kaya atau berpangkat... sedarlah bahawa taraf sebenarnya adalah ditarahf hamba.. yang hina dan lemah..

Alhamdulillah,Sebgai seorang anak... sentiasalah berdoa kepada ibu bpa..
dan gunalah masa muda ini dengan berbuat amal kebajikan..

InsyaAllah.. Allah memberi ganjaran yang besar di Syurga Kelak..

Amin ya Rabb..
Adilah Asari berkata…
bergenang air mata Yaya bila baca..
sesungguhnya Allah itu Maha Kuasa..
sekali lagi hati Yaya diruntun pilu..
pilu yang membuatkan hati ini mahu lebih dekat pada Ilahi..
semoga Acik mendapat saham diakhirat diatas effort acik ni :)
Tengkubutang berkata…
entri Acik yg ni buat teman sedih..
Unknown berkata…
setuju dgn perenggan ni....

"Doa sangat besar kuasanya. Kita malas. Tidak ada waktu. Beban untuk berdoa bagi orang lain. Ketika kita mengingat seorang sahabat lama/keluarga, kita fikir itu hanya kebetulan saja padahal seharusnya kita berdoa bagi dia. Mungkin saja pada saat kita mengingatnya dia dalam keadaan memerlukan doa dari orang-orang yang mengasihi dia."
Mizz Aiza berkata…
sedih baca kisah ni acik.. terbayang diri akak di tempat pengarah tu.. betapa sebenarnya doa itu penting dalam kehidupan kita.. akak pun kadang kala lupa untuk berdoa dengan alasan sibuk.. terima kasih kerana mengingatkan akak dengan kisah ni..
MalizaMah berkata…
satu cerita yg bermakna.