Assalamualaikum
Alhamdulilah sampai juga ke Shah Alam , penatnya 1 hari dalam bas untuk balik ke sini. Esok ada test speaking mandarin, cuak tu , tapi guane buat yang terbaik saje. Dari kota tinggi pergi ke larkin dan dari larkin pergi ke shah alam. Perjalanan yang agak jauh dan ambil masa. Bermacam orang yang acik jumpa dan pelbagai jenis pakaian yang di pakai oleh mereka.
Kadang seksa juga mata nie nak memandang ke hadapan sebab pemakaian yang pelik pelik. Tengok lebih lebih dapat dosa ,fuhh mata ohh mata. Kena jaga mata kalau tak macam mane pon.
Ahh membebel pulak acik nie, sekarang nie kalau tengok tak kira muda atau tua pemakaian mereka sangat dasyat. Mata ini terarah kepada seorang perempuan yang agak berumur. Bajunya colour biru dan seluarnya colour hijau. Colour blocking katanya, adehh memang bersinar sinar siap bercermin mata gelab.
Tapi yang tak menahan tu, pakai seluar hijau legging, ranggi betul . Bila lihat perwatakan dia dalam lingkungan 60 an. MasyaAllah apa nak jadi dengan orang tua sekarang. Acik yang tutup mata dan muka sebab malu.
Bayangkan kalau mak acik sendiri buat cm tu , tak nak !! malu malu malu.
Dan lihat dia dengan cucunya sebab dia pimpin budak perempuan. Dan budak perempuan itu pon pakaian seksi juga. Kalau budak tu tak pe ini orang tua. Adehh , acik tak sempat pula nak ambil gambar sebagai bukti.
Bila kita tua nie, sepatutnya kita kena bagi contoh yang terbaik untuk anak muda bukan lebih hebat dari orang muda. Masa berlalu dengan pantas, bila kita mati pon kita tak tahu. Dulu masa muda boleh katakan bahawa ala nak bertaubat masa tualah.. Ini dah tua ??
Hidayah Allah tak datang banyak kali, kalau di beri kita sia siakan maka sukar untuk hadir lagi. Orang cakap rumah kata pergi ,kubur panggil mari. Apa apa pon doakan yang agar nenek itu dapat hidayah Allah.Acik memang tak setuju kalau perempuan pakai legging, ketat sane sini memang dah macam tak pakai pe pon.Ini ada hadis mengatakan bahwa berpakaian tapi seperti bertelangjang.
Apa pon jagalah penampilan dan adab kita orang islam. Jangan kita di labelkan setaraf dengan orang bukan islam. Okey ada yang terasa ?? acik minta maaf hanya sekadar pendapat saje.
26 Ulasan
Alhamdulillah...selamat sampai kedestinasi. Lambat gerak, tolong pilih calon menteri besar ke...hehe
Mujur le tinggal kat hulu ni...kurang sangat dpt melihat pemandangan yg menyesakkan nafas ni. Nak tegur pun terasa segan...doa dlm hati ajelah, semoga diberi petunjuk dan hidayah.
Ingatlah, kita umat islam di akhir zaman ini, jika musuh masuk lubang biawak pun kita akan ikut
tazkirah takleh, tunggu jelaa..hahaha
well said bro!