Ticker

6/recent/ticker-posts

Anak Yang Baik Tak Akan Buat Ibunya Menangis



Assalamualaikum

Wajah tersenyum apabila melihat gambarnya, wajah gembira terpancar bila sebut namanya, hati rasa sayu dan rindu bila teringatnya. Otak seakan berfungsi dengan baik untuk imbas segala kenangan manis bersamanya. Detik detik hidup yang tak mampu untuk di ungkapkan dengan kata kata. Dia adalah penawar setiap duka dalam hidup ini. Dialah kekuatan hidupku dan dia jugalah penunjuk diriku kepada jalan kebenaranNya.

Ketika aku jatuh, aku mencari di mana pertolongan tiada siapa yang mampu menolong dialah yang sentiasa menarik diriku untuk berpaut dan bangkit dari segala kekalutan. Dia yang tak pernah luput dalam ingatan ini dan selalu ada di hati. Allah hantarkan dirinya untuk diriku agar aku tahu apa erti kasih sayang. 

Dalam doanya setiap hari ,dia tak pernah lupakan namaku dan mendoakan kejayaanku. Air mata ini mengalir bila melihat kepayahan hidupmu untuk membesarkan kami. Derita hidup hanya dirimu pendam keseorangan tapi aku tahu dirimu terseksa. Sewaktu makan , dirimu sanggup tahan lapar hanya pastikan kami dapat merasanya makanan tersebut.

Saat aku melihat air matamu mengalir kerana apa yang selama ini di pendamkan itu tak mampu di bendung lagi. Saat itu aku mengerti bahawa hidup ini, dirimu bertahan hidup dan kerahkan kekuatan dirimu untuk kami, anak anakmu.

Entah mengapa ketika aku dalam dilema, dalam masalah dan kekalutan apabila aku mendengar suaramu , apabila aku melihat gambarmu seolah olah masalah itu selesai. Dan ada petunjuk dan jalan keluar bagi masalah aku.Aku rasa setiap hari adalah hari aku menghargai dirimu. Setiap detik aku akan selalu ingat dirimu.

Ayat yang aku tak pernah lupa darimu adalah " anak yang baik tak akan buat ibunya menagis " dengan segala perbuatan , perkataan dan perilaku yang menyakitkan hati mereka.

Ingatlah redha Allah terletaknya pada redha seorang ibu, sayang Allah juga sayang ibu dan kejayaan kita adalah hasil dari doa mak yang tak pernah henti. 

Ya Allah seandainya ada ruang yang kosong untuk aku meminta kepadamu

Kau jagalah ibuku sebagaimana dia menjagaku
Kau lindungi dia sebagaimana dia berikan perlindungan kepadaku
Kau berikan kebahgiaan kepadanya Ya Allah.
Dirinya pernah derita dan terseksa berilah kegembiraan kepadanya
YA Allah kau panjangkanlah umurnya dan berkati hidupnya.

Aku tak sanggup jika dia tiada di sisi ini..


Hari hari adalah hari ibu, acik sayang mak acik lebih dari acik sayang diri sendiri, tanpa dia acik tak ada di sini dan bukan siapa siapa. Acik menaip di blog ini adalah hasil dorangan dia dan kejayaan yang acik dapatkan adalah doanya kepada Allah tak pernah jemu.Acik sayang mak dan acik sayang Allah. Selamat hari ibu untuk Puan Masroha yang jauh di mata tapi dekat di hati. 


Catat Ulasan

16 Ulasan

Aqim Razali berkata…
Assalamuaikum. Kita rindu nak peluk ibu kita macam acik peluk ibu acik tue. Sabar dan tunggu bila cuti sem nanti baru balik dan jaga ibu.
Unknown berkata…
waaaa.. rndu kt mak ak.
Unknown berkata…
selamat hari ibu.. :)
Mizz Aiza berkata…
akak sayangkan mak akak.. nasib baik sekarang ni mak memang tinggal dengan akak.. selamat hari ibu kepada ibu2 di seluruh dunia.. :D
Akupenghibur.com berkata…
walaikumusalam.. tak pe nanti balik cuti.. peluk puas puas hehehe
Akupenghibur.com berkata…
kalau rindu jgn lupa telefon
Akupenghibur.com berkata…
:) alhamdulilah bagus kak cik
Akupenghibur.com berkata…
selamat hari ibu :)
Akupenghibur.com berkata…
untungnye ...seronoknye dapat duduk gn mak
Unknown berkata…
nasib baik la mak ada kat depan mata sekarang..hehe

dah berjauhan nanti.. mula la rindu balik :,(
Unknown berkata…
alala...jeles..rindu nak peluk mama sya...
Aimacomel berkata…
Selamat hari ibu utk ibu acik.. moga beliau terus sihat sejahtera
Unknown berkata…
selamat hari ibu utk semua ibu2 di dunia....
Tengkubutang berkata…
sayunya baca entri ni.. sebab rasa mcm didedikasikan untuk semua ibu2 kat dunia ni kan.. teman pun sayang emak teman.. bila bjauhan terasa rindu yg amat sgt.. (x bole nk ckp.. mesti rasa sebak.. rindu.. )
Unknown berkata…
sayang ibu ketat2 tau........ ibulah syurga kita dunia dan akhirat.......