Assalamualaikum
Alhamdulilah hari ini masih bernafas dan tesenyum bila lihat di rumah ada mak dan adik beradik. Memang seronok kalau musim cuti ini sebab semua ada.Ermm Kalau ikutkan hati hendak saje berehat dalam dunia blog ini tapi naseib baiklah yang banyak bagi semangat pada acik, terima kasih
Hari ini sambungan dari apabila perempuan bangun lewat . Semalam acik lakukan survey secara kecil kecillah saje. Acik mengambil sample atau respondent sebanyak 20 orang saje untuk membuat sedikit kesimpulan.
Bukan apa, saja nak lihat reaksi kaum hawa, sebelum acik ingin bertanyakan kepada mereka , acik minta mereka jawab dengan jujur dan ikhlas.Soalan soalan ialah
- Pada pukul berapakah kamu tidur ?
- Pada pukul berapakah kamu bangun tidur ?
- Bila di kampung kebiasaannye pukul berapa bagun tidur ?
- Biasa di rumah breakfast siapa yang buat ?
- Adakah kamu pernah di marah / atau membebel dengan mak kamu sebab bangun lewat ?
Hehehehe simple question, jangan risau yang menjawab ini tidak akan di dedahkan identitinya.Soalan ini menerima segala jawapan dari kamu .
Dari keputusannya bagi soalan 1
Kebanyakkan respondent menjawab tidur pukul sebanyak 17 orang menjawab 12 hingga 4 pagi dan 3 orang sebelum pukul 12.
Dari soalan 2
Seramai 4 orang menjawab pukul 7 .00 pagi dan 16 orang mengatakan lebih dari pukul 7.30 pagi.
Dari soalan 3
Keputusan bila di kampung semua repondent menyatakan bangun awal sebab di kejut oleh ibu bapa mereka.
Dari soalan 4
14 menjawab mak mereka yang hidangkan dan masak dan enam orang menyatakan sama ada beli atau mereka masak sendiri.
Dari soalan 5
Kesemua respondent mengatakan banyak kali dan selalu
Hehehhe kelakar pulak rasanya , dan kebetulan pula semalam acik minta pendapat dari blogger blogger yang bergelar emak.Nasihat yang di katakan kak Sarah ialah
Ibu mana yang tak marah, kalau anak daranya bangun sampai ke tengah hari , lambat. Bukan apa tak manis anak dara seperti itu kalau ada suami macam mane ? tak ke nanti suami cari lain. Dah bangun lewat mesti tak solat subuh, ahh dosa bertambah tambah .
Kadang memang betul terbangun lewat sebab terlalu penat sebab banyak kerja dan sebagainya. Pada acik dari sekarang anak gadis kena latih diri untuk bangun awal. Bangun awal tu bukan untuk main facebook saje tapi buatlah apa yang patut.
Ok ini hanya sekadar finding yang saje acik lakukan , acik nak minta sedikit respond dari kamu semua adakah bersetuju dengan keputusan ini ??? jom kongsi idea.
16 Ulasan
mselim3 dulu kalau lambat bangun satu dah lah kene bebel, dan kena simbah dengan air 1 baldi,,, baru serik...budak2 sekarang kena latih macam tu jugak x boleh manja sangat nanti malas dan naik lemak...huhuhu...
mselim3
pls: lepas kena semua nie bila time subuh aje auto. bangun , serik x nak kena simbah air 1 baldi...
kalu perempuan apa lagi buat2 lah sarapan...
Jika lewat tidur pasti pagi liat untuk bangun awal kalau tidak pun lepas jer subuh baru nak tidur. Jangan dibiasakan kerana di waktu pagi itulah pintu rezeki di buka...anda kerugian nanti.
Bangun lewat kne bebel la apa lagi.. bngun pagi pon 6.40 la, cuti2 ni bangun lewat gak la acik kul 9 lebih .. hehe