Ticker

6/recent/ticker-posts

Apabila Pengantin Lelaki Membatalkan Perkahwinan Di Saat Akhir


Assalamualikum


Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini, marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw.Hari ini acik balik ke kampung cepat-cepat acik auto post.Ahh sebelum acik nak naik bas ini acik nak kongsikan sebuah luahan ataupon cerita dari seseorang yang ingin berkongsikan pada kita tentang soal jodoh dari Allah.. memang Jodoh itu rahsia Allah yang tersembunyi rapi dan dia tahu yang terbaik untuk kita.. jom ikuti cerita ini.

Assalamualaikum acik , akhirnya dapat juga kak dila berhubung dengan acik. Minta maaf sangat sebab ganggu tengah malam. Masa ini saje yang kak dila ada , harap kak dila tak gangu acik, mane tahu tengah study?

Acik : walaikumusalam kak, ishhh tak adalah kak , tengah mood balik mengundi memang tak studylah jawabnye :) . Ye kak ada ape apa yang boleh acik tolong ?

Kak Dila :Alhamdulilah tak gangu , cam gini acik, akak selalu bace entry acik , nak kata setiap hari  sebab entry acik best. Akak bukan blogger tu susah nak contact acik, so that why i try my best want to talk something with u. Akak nak ceritakan pengalaman akak pula pada acik 

Acik : SubhanaAllah terima kak sebab sudi datang dan bace blog acik yang tak seberapa  nie. Silakan kak kalau nak kongsikan apa apa, acik sudi mendengar..

Kak Dila : Macam gini dik, sekarang nie akak dengan Aiman iaitu suami ,kami dah berkahwin 3 tahun dah alhamdulilah. Tapi percaya tak aiman ni dulu bukan orang yang akak suka dan buat janji hidup semati. Tapi sekarang dialah buah hati pengarang jantung hati akak.Akak dulu dengan abang aiman kawan baik sejak kami di Universiti lagi. Kami hanya sebatas kawan dan dia tahu akak ada teman lelaki .

Teman lelaki akak namanye Razif, kamu "couple " hampir 4 tahun sejak kami berkenalan di matrik. Kami pernah punya harapan dan cita cita untuk hidup bersama dan ingin berkahwin.Kami merancang pelbagai pekara dan pernah terfikir bila ada anak nanti nak namakan siapa. Kemain excited time tu dik, yelah cinta bersemi. 

Selepas kami tamat pengajian , kami pernah rancangan nak kawin tapi halangan sebab umur kami masih muda ,masa tu 23 tahun. Tapi akak yakinkan pada family bahawa Razif seorang lelaki yang bertanggungjawab dan baik , dia mampu jaga akak. Akak desak ibu bapa untuk terima dia , dan akhirnya ibu bapa akak bersetuju kerana akaklah satu satunya anak perempuan dalam keluarga.Dan kami merancang untuk berkawin, kami tak mahu bertunang tapi terus kawin. Alhamdulilah tarikh telah di tetapkan. Akak akan jadi bakal isteri orang yang akak cintai , saat itu sungguh excited.

Semua persiapan telah di buat,Sewaktu seminggu lagi hari perkahwinan kami , Razif ada bagitahu yang dia terpaksa cancelkan perkahwinan kami kerana ada alasan yang tertentu ..Ermmm 

Acik : Kenapa kak ? kenapa nak cancel ? 

 Kak Dila : Sebab dia telah mengandungkan perempuan lain, dia jujur dengan akak. Saat itu dik akak rasa macam nak gila , rasa macam nak bunuh diri pon ada, malu dik dengan mak ayah dan orang kampung. Akak rasa down sangat dik . Tapi akak kuatkan hati dan selalu berdoa pada ALLAH kerana ujian kali ini sangat berat untuk akak terima. Semua persiapan dah di buat dan dah buat tempahan bahan mentah semua, dah tak boleh nak cancel last minute macam gitu.

Akak menangis tak henti henti, dan salah diri sendiri. Tapi mak bagi semangat untuk akak dan katanya berdoalah pada ALLAH,mohon padanya segalanya Dia yang menentukan dan Dia tahu yang terbaik untuk diri akak. Aku tak putus asa dan bermohon pada ALLAH dik. Tapi memang Allah itu sebaik perancangan. Abang aiman tahu keadaan apa yang akak hadapi,  dan dia bagitahu ibu bapa akak yang dia sanggup ganti di tempat razif, Kata kata dia yang tak pernah akak lupa, "saya sebenarnya dah lama sukakan awak tapi hanya saya pendamkan dan luahkan pada ALLAH tak sangka kita berjodoh dan saya sedia hadapi apa orang nak cakap tentang kita.

Ya Allah saat tu air mata ini bercucuran tanpa henti , bersyukur segalanya. Akak nak kongsikan cerita ini kepada adik dan kepada pembaca blog akupenghibur.com , yakinlah pada ALLAH, percaya dia dengan segenab hati , jangan ragu ragu dan teruskan berdoa kepadanya. Jodoh itu memang rahsia ALLAH yang telah di atur dengan rapi dan tak pernah kita sangkakan. Sejak dari itu, Hati akak yakin seyakinnya pada ALLAH yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani. Terima kasih dik sudi siarkan cerita akak nie.

Acik : alhamdulilah , memang betul kita hanya mampu merancang dan ALLAH adalah sebaik perancang, tarik nafas lega acik bahawa ,bukan hanya ada di dalam cerita dan novel yang terjadi seperti ini tetapi realitinya ada sebuah kenyataan dan novel atau cerita itu yang berdasarkan kisah sebenar. Jangan pernah ragu dengan ALLAH.

Catat Ulasan

20 Ulasan

Kak iman berkata…
pengajaran tok BK dan smua krn kdg2 kesilapan tu kita xnmpk dan xdijemput walau kita xnk
Uwais Al-Qarni berkata…
sungguhlah jodoh tu rahsia Allah. xsemestinya org yg kita suka jd pasangan kita atau erti sbnr suami isteri.

nice entry.
Unknown berkata…
Bila kite yakin dgn allah, sentiasa percaya setiap ujian bkn masalah, insyaallah xde yg mustahil dr allah..
fifi berkata…
alhamdulillah rancangan Allah is the best untuk kita :)
Unknown berkata…
Uwwaa nangis saya baca kisah ni..Sedih..syukur alhamdulillah dia jumpa dgn lelaki yg baik dan ikhlas sayangkan dia..﹋o﹋
NuissMa berkata…
Allah really2 love her..Dye x kan uji hambaNya melebihi kemampuannya :)
Unknown berkata…
Salam perkenalan buat Acik seorang penghibur :)

Kak Ummi datang singgah sekejap...terkedu hati bila membaca cerita di atas...dapat jadi pengajaran buat orang muda...takdir Tuhan siapa yang tahu, kan.. :D
miss yatie berkata…
kisah di tv juga adalh realiti, pengalaman Dila, pernah akk alami, sutu hari akk akan cerita jua buat pembaca blog akk, apa2 pun semoga Dila sentiasa tabah dan bahagia
Unknown berkata…
memang benar jodoh itu rahsia......segala ujian dan dugaan cuma rencah kebahagiaan ..... pengalaman kak dila satu pengajaran buat kita.....
Allah dah tetapkan jodohnya....alhamdulillah.... itu yg terbaik buat kak dilla...
Tanpa Nama berkata…
assalamualaikum ... tiada yang mustahil dlm dunia ini ... semoga Allah berikan yang terbaik dalam hidup akak Vee
iuzira berkata…
sedihnya....
kena kuatkan semangat
Tanpa Nama berkata…
betul tu..semua adadalam kalam Allha..jika suatu hari kita bersedih kerana di timpa musibah,ingatlah bahawa Allah ada ganjaran khas untuk kita..selamat mengundi buat acik..
Mizz Aiza berkata…
ketentuan Allah swt boleh mengubah jodoh, rezeki atau maut seseorang dalam sekelip mata.. jika seseorang tu memang jodoh kita, pasti berakhir dengan ikatan perkahwinan.. sebab hanya Allah swt yang mengetahui apa yang terbaik untuk kita..
Nur Nainis berkata…
Sedihnya..Jodoh memang Allah dah tentukan, selama mana kita bercinta, kita hanya mampu merancang, tapi Allah yang tentukan segalanya.
bicara mak dara berkata…
sedih membaca kisah ni dik.. semoga dila tabah menghadapi ujian ini
Unknown berkata…
alhamdulillah...akak kita ni dah bertemu dgn jodoh yg ditetapkan....
Bunda_nora berkata…
assalam sedih memang sedih, tapi itulah jodoh tak kesampaian namanya..mungkin tiada jodoh dengan sipolan tu..mana tau satu hari Allah beri jodoh yg lebih baik..semuanya ada hikmah...sabar dan kuatkan iman..
sitirohaida berkata…
tapi kesian...
a.R berkata…
terharu baca cerita dia.
Norizzati Hidayah berkata…
Sy senasib dgn akak ni.. Majlis dibatalkn sbulan sblm majlis dgn alasan yg tak masuk akal.. Sy redha dgn ktentuan Allah.. Allah hdirkn ssorg yg bsungguh-sungguh ignkn sy tp buat masa ini hati sy blm terbuka tuk terima dia. Smoga Allah lembutkn hati sy tuk bezakn mana kaca mana permata..