Assalamualikum
Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini, marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw.Hari ini acik balik ke kampung cepat-cepat acik auto post.Ahh sebelum acik nak naik bas ini acik nak kongsikan sebuah luahan ataupon cerita dari seseorang yang ingin berkongsikan pada kita tentang soal jodoh dari Allah.. memang Jodoh itu rahsia Allah yang tersembunyi rapi dan dia tahu yang terbaik untuk kita.. jom ikuti cerita ini.
Assalamualaikum acik , akhirnya dapat juga kak dila berhubung dengan acik. Minta maaf sangat sebab ganggu tengah malam. Masa ini saje yang kak dila ada , harap kak dila tak gangu acik, mane tahu tengah study?
Acik : walaikumusalam kak, ishhh tak adalah kak , tengah mood balik mengundi memang tak studylah jawabnye :) . Ye kak ada ape apa yang boleh acik tolong ?
Kak Dila :Alhamdulilah tak gangu , cam gini acik, akak selalu bace entry acik , nak kata setiap hari sebab entry acik best. Akak bukan blogger tu susah nak contact acik, so that why i try my best want to talk something with u. Akak nak ceritakan pengalaman akak pula pada acik
Acik : SubhanaAllah terima kak sebab sudi datang dan bace blog acik yang tak seberapa nie. Silakan kak kalau nak kongsikan apa apa, acik sudi mendengar..
Kak Dila : Macam gini dik, sekarang nie akak dengan Aiman iaitu suami ,kami dah berkahwin 3 tahun dah alhamdulilah. Tapi percaya tak aiman ni dulu bukan orang yang akak suka dan buat janji hidup semati. Tapi sekarang dialah buah hati pengarang jantung hati akak.Akak dulu dengan abang aiman kawan baik sejak kami di Universiti lagi. Kami hanya sebatas kawan dan dia tahu akak ada teman lelaki .
Teman lelaki akak namanye Razif, kamu "couple " hampir 4 tahun sejak kami berkenalan di matrik. Kami pernah punya harapan dan cita cita untuk hidup bersama dan ingin berkahwin.Kami merancang pelbagai pekara dan pernah terfikir bila ada anak nanti nak namakan siapa. Kemain excited time tu dik, yelah cinta bersemi.
Selepas kami tamat pengajian , kami pernah rancangan nak kawin tapi halangan sebab umur kami masih muda ,masa tu 23 tahun. Tapi akak yakinkan pada family bahawa Razif seorang lelaki yang bertanggungjawab dan baik , dia mampu jaga akak. Akak desak ibu bapa untuk terima dia , dan akhirnya ibu bapa akak bersetuju kerana akaklah satu satunya anak perempuan dalam keluarga.Dan kami merancang untuk berkawin, kami tak mahu bertunang tapi terus kawin. Alhamdulilah tarikh telah di tetapkan. Akak akan jadi bakal isteri orang yang akak cintai , saat itu sungguh excited.
Semua persiapan telah di buat,Sewaktu seminggu lagi hari perkahwinan kami , Razif ada bagitahu yang dia terpaksa cancelkan perkahwinan kami kerana ada alasan yang tertentu ..Ermmm
Acik : Kenapa kak ? kenapa nak cancel ?
Kak Dila : Sebab dia telah mengandungkan perempuan lain, dia jujur dengan akak. Saat itu dik akak rasa macam nak gila , rasa macam nak bunuh diri pon ada, malu dik dengan mak ayah dan orang kampung. Akak rasa down sangat dik . Tapi akak kuatkan hati dan selalu berdoa pada ALLAH kerana ujian kali ini sangat berat untuk akak terima. Semua persiapan dah di buat dan dah buat tempahan bahan mentah semua, dah tak boleh nak cancel last minute macam gitu.
Akak menangis tak henti henti, dan salah diri sendiri. Tapi mak bagi semangat untuk akak dan katanya berdoalah pada ALLAH,mohon padanya segalanya Dia yang menentukan dan Dia tahu yang terbaik untuk diri akak. Aku tak putus asa dan bermohon pada ALLAH dik. Tapi memang Allah itu sebaik perancangan. Abang aiman tahu keadaan apa yang akak hadapi, dan dia bagitahu ibu bapa akak yang dia sanggup ganti di tempat razif, Kata kata dia yang tak pernah akak lupa, "saya sebenarnya dah lama sukakan awak tapi hanya saya pendamkan dan luahkan pada ALLAH tak sangka kita berjodoh dan saya sedia hadapi apa orang nak cakap tentang kita.
Ya Allah saat tu air mata ini bercucuran tanpa henti , bersyukur segalanya. Akak nak kongsikan cerita ini kepada adik dan kepada pembaca blog akupenghibur.com , yakinlah pada ALLAH, percaya dia dengan segenab hati , jangan ragu ragu dan teruskan berdoa kepadanya. Jodoh itu memang rahsia ALLAH yang telah di atur dengan rapi dan tak pernah kita sangkakan. Sejak dari itu, Hati akak yakin seyakinnya pada ALLAH yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani. Terima kasih dik sudi siarkan cerita akak nie.
Acik : alhamdulilah , memang betul kita hanya mampu merancang dan ALLAH adalah sebaik perancang, tarik nafas lega acik bahawa ,bukan hanya ada di dalam cerita dan novel yang terjadi seperti ini tetapi realitinya ada sebuah kenyataan dan novel atau cerita itu yang berdasarkan kisah sebenar. Jangan pernah ragu dengan ALLAH.
20 Ulasan
nice entry.
Kak Ummi datang singgah sekejap...terkedu hati bila membaca cerita di atas...dapat jadi pengajaran buat orang muda...takdir Tuhan siapa yang tahu, kan.. :D
Allah dah tetapkan jodohnya....alhamdulillah.... itu yg terbaik buat kak dilla...
kena kuatkan semangat