Assalamualaikum
Alhamdulilah masih lagi bernyawa dan di berikan peluang untuk bernafas muka bumi Allah ini. Dalam dunia akan ada yang pelbagai kejutan yang kita tak pernah sangka, apa dan bagaimana kejutan yang akan di terima. Adakah kamu sedia ? adakah kamu sukakan kejutan ?
Kalau kejutan yang berupa hadiah dan pekara best best mesti seronok tapi kalau kejutan yang dasyat memang menyakitkan. Tapi apa yang harus kita ambil kira, adalah semua aspek yang perlu di pertimbangkan dan harus di terima.Walaupon bagaimana mesti kita mahukan sesuatu yang menarik dan seronok saje dalam hidup tanpa mahu menerima pahitnya sebuah kehidupan melalui ujian dari Allah.
Ujian itu mungkin akan buat kita rasa pahit dan sakit tapi ujian itu yang buatkan kita lebih kenal diri kita, dan kenal siapa pencipta kita. Kita kena terima ada jua yang berlaku dalam hidup ini dan sentiasa berfikiran positive.
Lagi lagi bila orang yang kita ,orang yang sangat kita cintai itu tinggalkan kita, mungkin saat itu hanya tuhan saje yang tahu perasaan kita dan perasaan sedih menimpa diri kita tapi kita kena optimis dalam setiap apa yang berlaku. Saat orang yang kita sayang tinggalkan kita , kita kena ikhlaskan dan redha. Setiap yang hidup pasti ada matinya.
Dikala kita gembira, kita di timpa dengan pelbagai masalah, duit kena curi, barangan hilang, terlibat dalam kemalangan, motor rosak dan sebagainya. Memang akan buat kita hilang arah dan down . Tapi sentiasalah ingat Allah yang yakin segala ujian adalah sebagai karafah dosa kita yang lalu. Kita sebenarnya beruntung kerana Allah masih lagi beri peluang untuk kita berbaiki diri kita.
Sedangkan umat dahulu yang buat kesilapan di berikan balasan saat itu juga. Kita ? Allah terlalu banyak bagi peluang. Nabi Muhammad SAW telah memohon kepada Allah agar memberi peluang kepada umatnya agar dapat bertaubat kepada Allah atas taubat yang kita lakukan. Beruntung sangat kita, subhanaAllah .Jom muhasabah diri.
Maka dengan itu ,dalam hidup ini kita harus bersedia untuk di tinggalkan oleh orang lain terutama orang yang kita sayang.Kita kena kuat semangat dan yakin dengan Allah.. oklah sampai di sini saje dulu acik berceloteh ..lain kali kita bersua lagi ..bye bye ..adios :)
20 Ulasan
Apapun, betahanlah kita dgn semampunya krn kita diuji utk meningkatkan martabat kita sebagai manusia aka hamba.
hilang dimata mari di hati tidak lupa :)
*Sampai sekarang tak nak pelihara kucing..takut mati macam dulu.. sedih woooo..
*Sampai sekarang tak nak pelihara kucing..takut mati macam dulu.. sedih woooo..
kita pun tak tahu apa yang akan jadi pada masa akan datang.
Baru kini dapat berkunjung kesini. Ada kala kita senang, ada kala kita sibuk, ada kala buat2 senang dan sibuk. Semoga apa jua yg dilakukan mendapat keredhaan dariNya...
Bersyukur, dapat lagi menikmani celoteh bermakna dari Acik.