Ticker

6/recent/ticker-posts

Hukum Seorang Lelaki Dan Perempuan Bukan Mahram Bermesej (SMS) Melalui Telefon





Assalamualaikum


Hari ini acik terkejut, sebab terlalu ramai yang bertanya pada acik . Apa hukum  antara lelaki dan perempuan bukan mahram saling bermesej (SMS). Selagi lagi acik nak katakan ,acik nie bukan ustaz, bukan juga yang begitu mahir dalam soal hukum tapi dari segi pembacaan dan dari pendapat orang yang pakar dapatlah sedikit acik terangkan.

Ahhh ini ada di dalam buku Ustaz Azhar Idrus page 128
Hukum Bermesej (SMS)

Soalan : Apakah hukumnya seorang lelaki dan perempuan bukan mahram bermesej melalui handphone. Apakah perbuatan itu halal ataupun haram?

Jawapan : Sekiranya kandungan mesej antara lelaki dan perempuan yg bukan mahram itu adalah perkara-perkara penting seperti jual beli atau seumpamanya,maka hukumnya adalah harus dan wajib disingkatkan setakat yang penting sahaja.

Sekiranya mesej spt bertanyakan "sedang buat apa""awak minat apa""suka warna apa"atau"saya suka tengok awak pakai baju ini" maka hukumnya tidak syak lagi adalah haram dalam Islam.
Sebenarnya acik tak terkejut sebab suatu ketika semasa di politeknik acik pernah bertanya dengan ustaz hal ini. Sebenar memang betul apa yang di perkatakan oleh Ustaz Azhar Idrus tu.  
Kalau kita teliti dengan betul kata kata ustaz ini seperti ini
 Jika kandungan masej antara seorang lelaki dan perempuan yang bukan mahram itu ialah perkara-perkara mustahak atau perkara-perkara yang perlu atau berhajat seperti jual beli atau seumpamanya maka hukumnya adalah harus dan wajiblah disingkatkan setakat mustahak sahaja dan bukan berleret-leret perkara tersebut sehingga menyeronokkan
nafsu.

Yang haramnya ialah bercinta seperti kebanyakkan muda mudi sekarang melalui SMS atau E-mail menjadi alat untuk memadu kasih yang memuaskan nafsu antara pasangan dan masing-masing melunaskan keinginan dan keseronokkan semata- mata,
sebagai contoh bertanyakan sedang buat apa..awak minat apa atau suka warna apa atau saya suka tengok awak pakai baju ini atau itu atau seumpamanya maka hukumnya tidak syak lagi adalah diharamkan dalam Islam.
 islam tak menyekat teknologi gunalah teknologi dengan sebaik mungkin dan  untuk mendapat pahala dari-Nya.Bersms dengan orang yang bukan mahram dengan kita dibolehkan atas sebab urusan apa yang kita kendalikan. Jika urusannya laqha atau merindu-rindu.gelak manja, cinta ku sayang..maka haram.
jika urusannya atas urusan yang tidak dapat dielakkan atau hanya untuk menjaga silaturrahim ..tak jadi masalah tapi semuanya berkisar kandungan sms.
 Yelah kalau kita tengok orang sekarang tak kira muda dan tua mesej yang hantar tu berbau tak senonoh , dengan sayang menyayang, cinta mencintai , luahan perasan hati. Masalahnya tak ada siapa yang selia mesej kita untuk nak jatuhkan hukum dengan tepat. Tapi jangan alpa bahawa Allah selalu memerhatikan apa yang kamu lakukan. 
 Kaum hawa kena ingat 
 Firman Allah :
“Dan janganlah kamu merendahkan (melunak dan memanja-manjakan) percakapan, yang menyebabkan mereka yang sakit hatinya terdetik untuk menggodamu.”
Acik nak ulas banyak pon tak boleh, selebihnya urusan kita dengan Allah melalui apa yang kita sampaikan. Ingat syaitan tak akan pernah putus asa untuk sesatkan kita dan cuba sedaya upaya untuk kita jauh dari Allah. Semoga kita bukan dari kalangan tersebut.
Jika ada pengetahuan dan ilmu yang lebih mendalam bolahlah di kongsikan bersama. Acik pon bukan semua benda tahu, sama sama kita belajar.

Catat Ulasan

24 Ulasan

Carlos Santiago berkata…
good info. harap ramai pompuan sedar.
fragmenbiru berkata…
Masya Allah... Lelaki dan prempuan dua2 kna sdar.. kita ni mmg alpa.. ikhtilat antra jantina berbeza kkadang terabai.. ... Nauzubillahi minzalik..
Terima kasih kongsikan hukum ttg sms... sangt bguna..
moga kita lebih bhati-hati..
Si Matatajam berkata…
Nice sharing Acik..terjawab persoalan yg sentiasa berlegar di minda
Mizz Aiza berkata…
terima kasih sebab acik mengingatkan akak..
miss yatie berkata…
eemmm...tapi zaman sekarang sukar nak elakkan?, tapi apa2 pun thanks atas srtikel yg bermanfaat dan semua harus tahu
Unknown berkata…
Assalamualaikum..ramai orang tak ambil peduli hukum ni,sebab tu makin ramai yang hanyut..
Wallahu a'lam..
inche hlovate berkata…
terima kasih kerana mengingatkan diri ini
Tanpa Nama berkata…
info yang berguna terutama untuk remaja dan orang dewasa yang alpa juga..untuk peringatan diri kathy sendiri jugak ni..
Unknown berkata…
Bermesej dan bercalling calling setiap masa..berjam jam..sambil ketawa terkekek kekek..fuh panas hati mendengarnya..
Bunda_nora berkata…
assalam,

dari hari ini kita semua dah tahu hal ni...so..harap2 kita ambil buat pedoman..tksh acik..
Teena Tna berkata…
Betul2, teknologi pada masa kini kena tapis betul2, kalau salah guna boleh me'lagha'kan kita..ikhtilat antara bukan mahram perlu dijaga..sedang memperbaiki diri, terimakasih atas perkongsian..
eifaramli berkata…
assalamualaikum.. thankz untuk info nie ^_^
Unknown berkata…
informasi yg sgt berguna bro....yg penting kalau berbicara dgn bukan mahram ni harus tau batas2nya....jgn nak melebih2...
Unknown berkata…
terima kasih atas in4 n4 :)
Lieza Nordin berkata…
sllu alpa ttg benda cm nih.. rasa xnak pakai fon lak..huk8.. >.< hurm..
Dunia Bisu berkata…
http://minchejannah.blogspot.com/

Di sini ada juga perkongsian bagaimana terjerat dengan cinta hanya bermula dengan SMS.
Unknown berkata…
Alhamdulillah, perkongsian yang baik. Semoga memberi manfaat bersama.
Unknown berkata…
Alhamdulillah akhirnya saya sedarr.. Terima kasihhh semua
akupendosa berkata…
Tq.....sangat jelas
akupendosa berkata…
Tq.....sangat jelas
Unknown berkata…
Jika hantar hanya ucapan Raya boleh ke atau jatuh Haram juga..