Assalamualaikum
Alhamdulilah masih lagi bernyawa dan dapat menaip di blog acik yang tak seberapa ini. Fuhh dunia hiburan sekarang hangat dari pergaduhan 3 penjuru yang tak sepatutnya di jadikan paparan di media. Ramai yang minta acik berikan pendapat tentang kes tersebut. Sekali lagi acik minta maaf acik tak tahu kes ini secara menyeluruh dan hanya Allah tahu siapa betul dan siapa salah.
Acik teringat kata mak cik yang acik interview di rumah orang tua tahun lepas " kami orang tua ini kadang ada buat silap juga tapi kami cuma nak yang terbaik untuk anak anak kami, bila dah besar dan ada duit sendiri rasa kita ini menyusahkan dan kongkong mereka. Dan akhirnya mak cik di sini.
Masa itu , air mata bergelingan bila melihat mak cik tersebut. Pada acik , sejahat mana ibu bapa kita sekalipun mereka adalah ibu bapa kita yang membesarkan kita dari kecil hingga besar. Ibu yang mengandungkan kita selama 9 bulan 10 hari. Dia yang suapkan kita ketika kita kecil ,dia jaga kita penuh dengan kasih sayang, dia pujuk kita, dia bagi kekuatan bila down. Tapi bila kita dah besar kita dah ada duit ? Ibu minta duit ,cakap ibu asyik nak duit saje.
Syurga itu di bawah tapak kaki ibu, jangan terlalu ego dengan pendirian sendiri, jangan terlalu ikut perasaan dan dengar kata kata orang luar. Pergilah jumpa ibu berbincang baik baik dan jangan bermusuh dengan ibu, Dia ibu kita bukan ibu orang lain. Ibu mana yang tak sayang anaknye ? Walaupon kadang kita rasa dia tak sayang kita padahal ibu dah buat yang terbaik untuk kita cuma kita jer rasa macam tu.
Ingat Redha Allah adalah redha ibu bapa kita, Murka ibu bapa kita adalah Murka Allah .Jangan nanti tak cium bau syurga hanya kerana pertahan seorang wanita . Kalau mak acik pon mesti mengamuk dan melinting bila tengok anaknya keluar dengan perempuan yang cam tu. Mesti kecewa ..Sebab itu pernah ada orang kata, seorang ibu boleh jaga 10 anaknya tapi 10 anak tak mampu jaga seorang ibunya.
Pernah tahu tentang anak yang beribu dan berbapakan khinzir tu ? Sedikit sedutan dari kisah tersebut
"Sebenarnya kedua khinzir itu
adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar,
Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodohrupanya. Soal dosa
mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai
anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti
kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa
mereka sudah menjadi khinzir aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya.
Lihatlah , ini ada contoh bahawa walaupon ibu bapanya pernah buat kesilapan sebagai anak kita perlu hormat dan menjaga mereka. Bukan hanya sekadar meluahkan perasaan rasa tak puas hati di media. Orang media kerjanya kena mendapatkan berita saje dan dia akan cari tahu.
Ingat perempuan yang baik adalah perempuan yang bersama kita membawa ke jalanNya dan perempuan yang baik pastinya tak akan biarkan lelakinya untuk membelakangkan ibu nya sendiri.
Ingat yer adik adik dan kepada diri acik sendiri,setiap masalah ada penyelesainnya . Jangan terlalu ikut nafsu dan perasan amarah. Walaupon mungkin di katakan itu salah ibu kamu apakah satu kesalahan seorang anak meminta maaf terhadap ibunya. Please acik merayu semua kepada anak muda jangan kerana perempuan /lelaki yang kononnya kamu sayang sehinggakan kamu sanggup buang ibu bapa kamu
Ini hanya sekadar pendapat acik yang tak seberapa,sekiranya ada pihak tidak sukakan padanya entri ini pejamkan saje mata tu yer :) ok bye bye adios ..
19 Ulasan
jangan sangka bila kita sudah besar/dewasa maka kita sisihkan mereka... ingatlah bahawa balasan ALLAH itu setimpal dengan amal perbuatan yang kita lakukan..
Sangat tersentuh hati kecil Abak nie..
Abak rasa tak pernah derhaka kepada orang tua..tapi bla mengenangkan smula,banyak amanah Ibu bapa yang tidak dapat Abak tunaikan..
Doa pun kadang2 telupa untuk mereka..
Semoga Allah menjga Ibu bapa kita smua..
Terima kasih Acik..entri ni sangat mnyentuh hati Abak..Wajah ibu Abak terutamanya terus terbayang diminda..
Ya Allah,Semoga Engkau jadikan kami anak-anak yang soleh,yang Diredai..Amin ya Rabb.
tapi yang kita lihat skg yang berlaku..anak bermegah nak hebahkan aib ibu..lepas tu bersependapat dengan kekasih utuk slahkan ibu..
haiissshhh...
sebak bila ada yang sanggup buang ibu demi seorang kekasih yang belum tentu jadi isterinya..hurmmm
sy pn xfaham apsal la mamat tu smpi snggup buat press conference semata2 nk buruk2 mak sendiri.
hal2 family kasi settel luar la kan..hishhh!
dptkan redha seorg ibu, baru boleh cr perempuan yg baik akhlaknya