Assalamualaikum
Tengah buat apa tu ? Macam hari ini ? ermm hidup ini tak lari dengan pelbagai soalan dari mereka yang sangsi dalam banyak hal. Kadang hingga buatkan mereka memberontak untuk hal hal yang kecil. Bila di tanya mengapa ? yang mampu di jawab tak ada apa apa Sedangkan banyak pekara yang di fikirkan sehingga buat mereka tertekan.
Persoalan yang menjadi utama masa kini terutama kepada remaja dan anak muda adalah cinta . Cinta sesama manusia yang di utamakan. Yelah saat ini orang kata masa untuk mengenal cinta Masa ini juga mulalah cinta berputik antara dua jiwa. Mereka mencari cinta sejati tetapi caranya itu seolah mencari cinta mengikut nafsu. Jangan salahkan cinta kalau kita kecewa dan sedih. Salahkan orang yang tak hargai cinta tersebut. Cinta itu sebuah perasaan suci yang hadir ketika hati menyukai seseorang itu. FItrahnya cinta untuk membahagia bukan untuk mengecewakan.
Sekarang ini terlalu banyak kes cubaan bunuh diri, belasah girlfriend./boyfriend , bertumbuk kerana orang ketiga dan sebagai. Kononya masing masing mencari cinta sejati. Padahal cinta itu perlu di semai dengan rasa kasih sayang kerana Allah. Percaya pada jodoh Allah dan ketika solatnya selalu mendoakannya agar dia juga mencintai kerana Allah.
Bukannya setakat pegang tangan pergi tengok wayang, makan bersama main suap suap, Beli baju sama katanya sehati sejiwa, serahkan tubuh badan ,ibu bapa di tinggalkan, sanggup behenti belajar kerana tak sabar nak kawin. Adakah itu cinta sejati ?
Ingat di usia muda inilah ujian yang terberat bagi kita dan merupakan titik permulaan di mana jalan yang kita akan bawa. Sebab itu nak cari pasangan biarlah yang tepati apa yang islam mahukan. Nanti ada suara sumbang katakan " Adakah lelaki/ perempuan baik pada zaman sekarang ?
Jawapannya mudah sekali tentulah ada, untuk dapat yang baik kamu kena jadi yang baik juga Maka seimbangkanlah Dekatkanlah diri kepada Allah.
Kalau tak nak orang sakiti hati kamu, jangan kamu sakit hati orang lain.Kalau nak di hargai maka belajarlah menghargai. Semuanya terpulang pada kita dan semuanya bermula dari diri kita juga. Kita yang membawa hidup ini sama ada untuk kebaikan atau keburukan.
Allah tak akan mengubah naseb seseorang itu jika dirinya yang tak mahu mengubahnya sendiri.
7 Ulasan
itulah fitrahnya manusia..
inginkan sesuatu yang terbaik untuk dirinya..
Selarikan fitrah itu dengan agama..
Dasarkan semua perkara atas agama..
Binalah kehidupan bertunjangkan agama..
Cinta Kerana Allah adalah Cinta Hakiki...InsyaAllah..
tadi acik ada tanya pasal akak buat mention tu.. maaf, akak tak faham soalan acik.. hehe..