Ticker

6/recent/ticker-posts

Kenapa Kau Selalu Ajak Orang Buat Baik ? Adakah Nak Tunjukkan Diri Kau Dah Bagus ?


Assalamualaikum

Alhamdulilah dapat lagi bernafas di muka bumi pinjaman Allah ini, pejam celik pejam celik kita dah nak dekat dengan bulan ramadhan. Tak sabar rasanya, semoga sampai ke bulan penuh berkah tu. Semalam acik di hujani dengan pelbagai persoalan dari kawan kawan twitter dan facebook. Maaflah acik hanya mampu menjawab sebahgian saje. Tapi insyaAllah cik akan jawab semua pertanyaan tersebut.

Dalam hidup ini mesti kita ada orang istimewa, ada orang yang kita sayang dan dan ada orang yang kita cuba ajak dia ke arah kebaikan. Hidup ini akan lebih seronok semua orang yang kita sayang dan suka berada di sekeliling kita dan bersama sama bahagia. Lagi lagi mak ayah kita yang selalu ada untuk kita.

Ada yang bertanya dengan acik, kenapa kau selalu ajak orang buat baik ? adakah nak tunjukkan diri kau dah bagus ?

Tentulah tidak sekali niat kita ajak orang kebaikan itu semata mata untuk orang mengagumi kita dan anggap kita orang mulia. Bukan itu tujuan sebenar, kalau itu tujuannya maka kita dah tersasar jauh. Kita ini manusia kena saling mengingati satu sama lain. Kadang kita sering lupa dan alpa dengan apa kita lakukan. Sekurangnya bila ada orang ingatkan kita , kita taklah tersasar jauh. Hidup di dunia ini bukan untuk kita sorang tapi untuk orang lain juga.

Memang betul kubur masing masing tapi seorang sahabat , seorang suami, seorang isteri , seorang ibu, seorang ayah adakah kamu sanggup melihat orang yang kamu sayang itu merana dan menderita ?

Dan di padang masyar nanti di tanyakan apakah amalan yang kita buat di dunia ini ? adakah kau saling menasihati antara satu sama lain ?

Lagipon syurga itu luas, besar yang teramat dan indah. lagi seronok di syurga nanti kita bersama dengan orang yag kita sayang .Berkumpul bersama dan hidup bahagia.Tak mahulah sorang sorang tak seronoklah. 

“Agama adalah nasihat”. (Bukhari dan Muslim)
Di dalam riwayat lain, diulang “Agama adalah nasihat” sebanyak tiga kali yan menunjukkan kepentingan dan kewajipannya. Di dalam riwayat lain:
“Sesungguhnya agama adalah nasihat”. (Tirmizi dan al-Darimi)
 Justeru, nasihat adalah agama seluruhnya.Di dalam sebuah hadith:
“Sesungguhnya Allah meredhai kamu dengan tiga perkara: Engkau menyembahNya dan tidak menyekutukanNya dengan sesuatu, Engkau berpegang teguh dengan agama Allah seluruhnya dan engkau menyampaikan nasihat kepada para penguasa”. (Ahmad)
Lihatlah bagaimana nasihat dikaitkan dengan penyembahan kepada Allah dan berpegang teguh dengan agamaNya, bahkan nasihat merupakan ibadah yang paling disukai Allah. Di dalam sebuah hadith Qudsi: 
“Ibadah yang paling Aku sukai yang dilakukan oleh hambaKu ialah menyampaikan nasihat untukKu”. (Ahmad)
Di dalam nasihat adalah bertujuan mendekat kepada Allah, menegakkan hujjah dan menunaikan kewajipan menyampaikan nasihat. Jom apa tunggu lagi, sama sama beri nasihat .


Catat Ulasan

13 Ulasan

BinMuhammad berkata…
Salam Acik,
Semua orang berhak memberi nasihat. Kita ini adalah khalifah di bumi Allah... Seorang khalifah mesti memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada orang dibawahnya dan orang lain.
Jangan berhenti memberi nasihat...
bicara mak dara berkata…
saling nasihat menasihati satu amalan yg mulia.. teruskannn Acik.. Mak Dara mmg suka dgn cara acik ni
fyna ahmad berkata…
tidak salah untuk kita sama-sama ajak ke arah kebaikan. untuk peringatan diri kita sendiri juga.
Unknown berkata…
kalau kita tak nasihat org, cth terdekat keluarga kita, kita sbg lelaki dapat dosa .. adik beradik pompuan atau yg lain buat kemungkaran, kita senyap je .. Allah Murka nanti
Tanpa Nama berkata…
btul tu,kadang2 bila kita bagi nasihat msti ada segelintir cakp kita nak mnunjuk,tp nsihat ni bgus untuk mngingatkan diri sendiri dan org lain :)
hazwan hairy berkata…
xslh nk bekongsi dgn org lain tentang kebaikan..abaikan mereka yg xsuka...
Mawardi yunus berkata…
jadi lah yang terbaik di hati kita dan yang paling penting kepada ALLAH
Unknown berkata…
setuju sangat dengan acik..
kalau kita ada ilmu lebih dan ilmu tu membawa kebaikan kepada orang lain, why not kita share kan? :) Sama2 kita berkongsi ilmu untuk menjadi orang yang lebih berguna.. :)
Unknown berkata…
nasihat menasihati..amalan yang mulia :)
miss yatie berkata…
betul tu acik, saling ingat mengingati, seharusnya kita berterima kasih danersyukur kerna ada sahabat yg selalu mengingatkan kita, dia baikatau tidak itu bukan persoalannya
Unknown berkata…
achik.... benda yg baik...kalau diwar war..... sedetik rasa pun kita dapat pahala...... tak salah.......sebagai sahabat teman dan saudara...tak salah salah kalau kita sesama mengingatkan..... itukan yg lebih baik ...lebih dituntut....
Unknown berkata…
tak salah nak nasihat...sambil2 tu boleh ingatkan diri sendiri juga...hehe
Unknown berkata…
bro.. teruskan je apa yang ko lakukan ni. yang penting, ko tak pernah kacau periuk nasi orang lain. itu yang penting. walaupun aku ni antara lelaki2 yang agak nakal, tapi aku sentiasa support blog ko bro :)