Assalamualaikum
Fuuh badan ini penat tak terkata, minggu yang sibuk dengan pelbagai pekara. Hari ini acik akan bertanding bagi pertandingan petanque dan ada recording untuk drama radio bagi kumpulan kami. Memang sangat melelahkan.Kali ini ada juga ada seseorang yang perlukan pendapat kita semua dan sedikit nasihat kepada zue yang memerlukan kekuatan.
Adat bercinta kalau bergaduh, bermasam muka, pujuk memujuk dan sebagainya itu sebagai proses untuk mengenali pasangan masing masing . Cinta itu tak semuanya indah apa yang kita sangkakan. Cinta juga merupakan satu ujian dan hikmah dalam hidup. Dan kali ini zue ingin kongsikan sesuatu pada kita.
Kalau mengikut pendapat acik, cinta itu begitu indah jika kita jaga perhubungan dan pergaulan. Cinta itu jangan kita nodai dengan perangai kita yang tak tentu hala. Baru couple dah berani pukul anak orang ? itu tak sepatutnya berlaku kerana dia bukan siapa siapa kita lagi. Sedangkan mak ayah dia pon sayang nak pukul anaknya apatah lagi kita ini hanya sekadar teman lelaki.
Seharusnya kita muhasabah diri, lelaki yang baik pasti akan jaga kita kearah kebaikan .Sebab itulah kita kena cari pasangan yang mencintai kita kerana Allah . Ada ke lelaki macam tu ? Ada jangan risau, percaya pada Allah. Jika dia mencintai Allah ,maka dia yakin dengan kita dan dia tak akan sangsi dengan kita. Kerana Allah sentiasa melindungi perhubungan mereka.
Berkaitan dengan kes Zue, acik minta jangan putus asa untuk lakukan solat istikarah, Allah akan berikan petunjuk walaubagaimanapun caranya. Dan satu lagi, sayang tak semestinya kena ikut perintahnya sebab dia bukan lelaki yang halal bagimu. Sayang tak bermakna kamu kena serahkan segalanya kerana kamu adalah milik ibu bapamu. Dan jangan lupa sentiasa mendoakan teman lelaki kamu agar hatinya dilembutkan dan sedar apa yang dia buat itu silap.
Mengadulah pada Allah, dan berserahlah pada Allah .Setiap apa yang berlaku ini adalah ujiannya, yakinlah bahawa ujian ini sebagai satu kekuatan dalam hidup untuk kita kenal erti sebuah perhubungan.Pukul perempuan bererti lelaki itu ZALIM dan sekiranya pukul itu menyebabkan luka-luka, lebam, berdarah atau yang sewaktu dengannya adalah HARAM.
Maksud
Surah at-Taubah ayat 71 : mengenai hubungan lelaki-wanita yang
menganggap wanita sebagai teman yang saling melindungi dan saling
menjaga antara satu sama lain (`awliyya) dan memberikan penekanan
kepada kerjasama di kalangan mereka.. Renungkanlah.
Nasihat terakhir untuk acik , kalau kamu
benar sayang lelaki tersebut maka kamu cubalah jauhkan diri kamu untuk seketika
sebab manusia ini bila tak ada depan mata dia akan sibuk cari dan bila depan
mata tak tahu nak hargai. Jarak itu bukan sebagai pemisah tapi sebagai proses
untuk muhasabah diri. Dan paling penting sentiasa memohon dan berdoa kepadanya
Agar temui jalan keluar bagi masalah ini :)
12 Ulasan
hrp sgt kwn tu muhasabah diri,lht apa kelebihan dlm diri.cuba bangkit dan refresh minda utk bebas keluar dr kepungan kekasaran lelaki mcm tu.lelaki yg bgs bukan setakat bdn berketul-ketul,poket tebal...jika dia bijak mengawal emosi amarahnya...itu barulah gentleman,acik :)
jika benar dia mahu menjadi suami kita, tidak akan sesekali dia menyentuh kita sebelum menjadi halal.. :)