Ticker

6/recent/ticker-posts

Lelaki Pukul Teman Wanita Hanya Untuk Lepaskan Amarah Saje ?


Assalamualaikum

Fuuh badan ini penat tak terkata, minggu yang sibuk dengan pelbagai pekara. Hari ini acik akan bertanding bagi pertandingan petanque dan ada recording untuk drama radio bagi kumpulan kami. Memang sangat melelahkan.Kali ini ada juga ada seseorang yang perlukan pendapat kita semua dan sedikit nasihat kepada zue yang memerlukan kekuatan.

Adat bercinta kalau bergaduh, bermasam muka, pujuk memujuk dan sebagainya itu sebagai proses untuk mengenali pasangan masing masing . Cinta itu tak semuanya indah apa yang kita sangkakan. Cinta juga merupakan satu ujian dan hikmah dalam hidup. Dan kali ini zue ingin kongsikan sesuatu pada kita.



Kalau mengikut pendapat acik, cinta itu begitu indah jika kita jaga perhubungan dan pergaulan. Cinta itu jangan kita nodai dengan perangai kita yang tak tentu hala. Baru couple dah berani pukul anak orang ? itu tak sepatutnya  berlaku kerana dia bukan siapa siapa kita lagi. Sedangkan mak ayah dia pon sayang nak pukul anaknya apatah lagi kita ini hanya sekadar teman lelaki.

Seharusnya kita muhasabah diri, lelaki yang baik pasti akan jaga kita kearah kebaikan .Sebab itulah kita kena cari pasangan yang mencintai kita kerana Allah . Ada ke lelaki macam tu ? Ada jangan risau, percaya pada Allah. Jika dia mencintai Allah ,maka dia yakin dengan kita dan dia tak akan sangsi dengan kita. Kerana Allah sentiasa melindungi perhubungan mereka. 

Berkaitan dengan kes Zue, acik minta jangan putus asa untuk lakukan solat istikarah, Allah akan berikan petunjuk walaubagaimanapun caranya. Dan satu lagi, sayang tak semestinya kena ikut perintahnya sebab dia bukan lelaki yang halal bagimu. Sayang tak bermakna kamu kena serahkan segalanya kerana kamu adalah milik ibu bapamu. Dan jangan lupa sentiasa mendoakan teman lelaki kamu agar hatinya dilembutkan dan sedar apa yang dia buat itu silap.

Mengadulah pada Allah, dan berserahlah pada Allah .Setiap apa yang berlaku ini adalah ujiannya, yakinlah bahawa ujian ini sebagai satu kekuatan dalam hidup untuk kita kenal erti sebuah perhubungan.Pukul perempuan bererti lelaki itu ZALIM dan sekiranya pukul itu menyebabkan luka-luka, lebam, berdarah atau yang sewaktu dengannya adalah HARAM. 

 Maksud Surah at-Taubah ayat 71 : mengenai hubungan lelaki-wanita yang menganggap wanita sebagai teman yang saling melindungi dan saling menjaga antara satu sama lain (`awliyya) dan memberikan penekanan kepada kerjasama di kalangan mereka.. Renungkanlah. 


Nasihat terakhir untuk acik , kalau kamu benar sayang lelaki tersebut maka kamu cubalah jauhkan diri kamu untuk seketika sebab manusia ini bila tak ada depan mata dia akan sibuk cari dan bila depan mata tak tahu nak hargai. Jarak itu bukan sebagai pemisah tapi sebagai proses untuk muhasabah diri. Dan paling penting sentiasa memohon dan berdoa kepadanya Agar temui jalan keluar bagi masalah ini :)

Catat Ulasan

12 Ulasan

Vee berkata…
Walaooooo.. Belum ada ikatan dah blh pukul2, apa lagi kalau dah sah len kali. Huhuhu. Tabahnya zua, tahan sampai 3 tahun. Kalau Vee tak sgp. Kalau dia btl syg, dia akn bljr tolerate. Gara2 lmbt dtg je terus kena tampar. How is that even possible? That guy needs someone to bash him.
||aLeaSaRa|| berkata…
slm acik.pesan kak lea tgglkan jelah lelaki yg cpt naik tangan.belum kawin dh mcm tu huishhh...nnt dah kawin org lain makan mcm 2 menu,dia lak nnt makan penampo.cinta tak menghalalkan segalanya.

hrp sgt kwn tu muhasabah diri,lht apa kelebihan dlm diri.cuba bangkit dan refresh minda utk bebas keluar dr kepungan kekasaran lelaki mcm tu.lelaki yg bgs bukan setakat bdn berketul-ketul,poket tebal...jika dia bijak mengawal emosi amarahnya...itu barulah gentleman,acik :)

Azwar Syuhada berkata…
Olla!! Azwa rasa, baik sis zue ni tinggalkan jelah lelaki ini. Baru couple 3 tahun dah kena belasah, belum kahwin lagi ni.. Apa-apapun, buatlah solat isthikharah :)
iha berkata…
kalau sy bagi pendapat suruh tinggalkan lelaki tu terus mesti cik Zue rasa susahkan? jadi saya bagi satu pesanan ringkas tapi mudah diingat dari Wardina:
jika benar dia mahu menjadi suami kita, tidak akan sesekali dia menyentuh kita sebelum menjadi halal.. :)
Tanpa Nama berkata…
ye,lelaki yang baik takkan pukul wanita..wanita untuk di lindungi bukan dianiayai..
Mizz Aiza berkata…
cinta untuk dinikmati, tapi bukan untuk ditangisi.. kalau dah sampai tahap memukul baik lepaskan je cinta tu berlalu pergi.. teruskan melakukan solat istikarah dan berdoa agar diberikan petunjuk ke jalan yang benar..
Diari Si Froggie berkata…
Wasalam Acik.. setuju dengan apa yang acik cakapkan tu.. lelaki macam tu tak layak dibuat suami.. sedangkan dalam Islam kaum adam tu wajib lindungi kaum hawa inikan pula bakal jadi suami kita tempat kita bergantung. Moga lelaki tu sedar kesilapan dia sebelum zue tinggalkan dia.. kalau tak berubah jugak zue tinggalkan jela lelaki tu InsyaAllah ada penganti yang lebih baik darinya :)
Unknown berkata…
menampar seseorang adalah satu kesalahan dan boleh dilaporkan ke balai polis utk tindakan seterusnya....tak perlu nak fikir sampai pening2...yg salah tetap salah...tinggalkan je lelaki mcm tu...
Unknown berkata…
From my point of view,,baik angkat kaki awal2.. dalam Al-Quran ada sebut 'Di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ia menjadikan untuk kamu pasangan dari jenis kamu sendiri untuk kamu tinggal tenteram di sampingnya dan dijadikan di antara kamu kasih sayang dan belas kasihan. Semuanya itu menjadi tanda-tanda bagi orang-orang yang berfikir. ' (ar-Ruum:21) Bila kamu merasa tenteram,maknyanya dialah jodoh kamu
Aimacomel berkata…
geleng kepala baca.. lelaki sifatnya melindungi, sebab tu lelaki didepan. sebab tu lelaki yg keluar berperang. kan..
Tengkubutang berkata…
ish.. pendapat teman.. klu dh sblm kawen lelaki 2 dh naik tgn.. apatah lg dh kawen nti lg teruk girl tu dikerjakan nti.. sedangkan skrg pun x bole nak kawal amarah, macam mana plak dh kawen nanti? tau lea jeles.. tp xkan sampai tgn naik ke muka? ini dh kes penderaan awalan ni.. mmg lea x teruk sampai berdarah, tp klu dh permulaan naik tgn ni.. alamatnya lepas kawen kaki tgn semua naik ke badan.. hemm.. perangai baran ni mmg susah nk ubah.. so, gurl tu fikir lea berkali2 sebelum rasa nk teruskan hubungan.. jgn sebab sayang punya pasal sanggup teruskan hidup dgn org macam tu.. #teman benci lelaki yg suka pukul perempuan.. dayus.. klu berani pukul lea ahli tomoi tu.. baru kena buku dgn ruas
azihajieha berkata…
Hmmm..macam2 lah...sy tak pernah lah kena pukul..tapi pernah tengok pengalaman kawan.. teruk tol mase bergaduh..bahasa tu dah macam kurang ajar sangat..sampai satu tahap saya rasa dia tak hormat langsung perempuan yang jadi teman wanita dia.. tak suke!!!