Assalamualaikum
Mungkin saat ini kita sedang gembira dengan apa yang kita rasa , tapi ketika sedang gembira ada yang sedang gundah gelana dan sedih mengenangkan naseb mereka. Hari ini acik ada satu kisah yang sungguh menyayat hati, kisah ini di cerita dengan bergelinang air mata. Siapa sangka di sebalik sebuah senyuman itu tersembunyi kesulitan yang telah lama di pendamkan.
Seorang ibu dan seorang isteri tanggungjawabnye sangat besar tetapi apabila tanggungjawab itu juga harus di pikul sebagai seorang ayah/ suami. Walhal ayah/suami masih hidup ,tetapi mengabaikan tanggungjawab. Akupenghibur.com bukan sebagai medium untuk menghukum mana mana pihak tetapi sebagai peringatan untuk semua lakukan tanggungjawab yang di amanah Allah.
Wanita yang kuat semangat ini mempunyai 4 orang anak yang masih kecil lagi , ketika ini dia tidak bekerja lagi kerana terlalu banyak hal yang telah di hadapi. Dia dulunya seorang pekerja kerajaan tetapi demi sayang pada seorang lelaki bernama suami dia sanggup untuk buat pinjaman sana sini , namanya kini telah di senarai hitamkan. Tetapi nasebnya bagaikan melukut di tepi gantang kerana tidak di pedulikan sama sekali dan tidak di hargai dan dia mampu bertahan sehingga kini bila terkenang anak-anak yang masih kecil dan hidupnya .Setiap ujian itu Allah akan turunkan hikmah yang tersembunyi. Alhamdulilah Allah berikan dia kelebihan untuk menjahit pakaian dan mengambil upah untuk tempahan baju .Di situlah dia dapat sedikit pendapatan untuk makan seharian. Gaji suaminya bukan sedikit tetapi duit itu entah kemana.
Apalah nasib , jika ada suami tetapi sekadar bergelar suami sahaja bila melihat anak menagis pon tak mahu memujuk, anak-anak di biarkan dengan anggapan itu tanggungjawab isteri. Duit bulanan di beri dengan kadar yang rendah ,Boleh bayangkan dengan wang RM 100 untuk menyara anaknya yang ada 4 orang. Itulah duit sekolah, itulah belanja rumah., fikirlah cukup ke ? Ketika mengamuk isteri di pukul dan di kasari tanpa belas kasihan, tapi soal batin mengikut kehendaknya.
Kita sedap dapat makan MCD, KFC dan sebagainya tapi naseb mereka ? nak makan ayam goreng jarang sekali, nak minum air yang sedap sedap pon kadang tak mampu di sediakan bila si anak inginkan.. Kerana wang itu perlu di gunakan untuk keperluan sehariannya.
10 tahun bukan masa singkat untuk proses pengenalan dan proses kehidupan sebagai suami isteri. 10 tahun itu juga waktu bertahan seorang isteri yang taat setia walaupon suaminya mengasarinya ,walaupon suaminya berbuat hatinya kecewa. Kerana syurga itu di bawah tapak kaki suami. Dia wanita tabah , dan berjiwa kental dalam mengharungi kehidupan ini.
10 tahun jugalah, dia bertahan dengan apa yang berlaku, anak anak kini masih kecil , mendahagakan kasih sayang dari seorang ayah. Dia menerima kedaifan hidup sebagai takdirnya walhal dia mampu dapatkan lebih baik.
Yang paling takutkan adalah apabila segalanya di simpan penuh rapi agar di tak mahu aib keluarga terbuka tetapi hatinya sengsara dan takut kemurungan. Sebab acik pernah melihat seorang wanita yang naseb lebih kurang sama sehingga tekanan perasaan.
Duhai lelaki ,betapa malunya diriku ini apabila kaumku hanya pandai berkata dan berjanji ketika sebelum mendirikan rumahtangga tapi selepas sudah di miliki janji tinggal janji. Segala kemanisan itu hilang di bawa perasan , di abaikan tanggungjawab.
Tanggungjawab lelaki itu besar sebenarnya tapi kenapa lepaskan begitu saje dan bersenang lenang mengikut hati kita. Adakah kerana anda lelaki ? ataupon ego seorang lelaki ?
Tahu kamu hukum mengabaikan anak anak dan isteri ? kamu perlu sediakan nafkah zahir dan batin.
Nafkah bermaksud: "Tanggungan perbelanjaan untuk menyara kehidupan ahli
keluarga daripada makanan, pakaian, tempat tinggal dan perbelanjaan yang
lain
Sedarlah nanti di akhirat akan di tanyakan apa yang lakukan, adakah kamu laksanakan tanggungjawab sebagai suami dan ayah dengan baik ? bagaimana dengan pendidikan anak kamu ? soal agama mereka ? dan lain lain lagi ?
Ingat doa anak dan isteri adalah kekuatan yang di perlukan suami ketika kita memerlukannya nanti.Jangan berlagak kerana kamu seorang lelaki , kerana Allah boleh tarik nikmat yang di berikan sekelip mata.Kepada yang bakal mendiri rumah tangga muhasabah diri , buat persediaan untuk tanggung anak orang . Berikanlah kebahgian dan gembirakanlah mereka dan lakukan tanggungjawab.
Ya Allah permudahkan urusan wanita ini, kuatkan imannya , kuatkan hatinya agar dia mampu bertahan keranamu, YA Allah kau berikan hidayah dan petunjuk kepada suaminya agar sedar apa yang dia lakukan selama ini . Ya Allah murahkanlah rezeki dan panjangkan umur mereka akan di beri kesempatan untuk hidup bahagia. Ya Rahman ya rahim hanya kau tempatku mengadu dan berharap ya ALLAH.. berikan kegembiraan yang lama hilang pada wanita tabah ini. :'(
Ya Allah permudahkan urusan wanita ini, kuatkan imannya , kuatkan hatinya agar dia mampu bertahan keranamu, YA Allah kau berikan hidayah dan petunjuk kepada suaminya agar sedar apa yang dia lakukan selama ini . Ya Allah murahkanlah rezeki dan panjangkan umur mereka akan di beri kesempatan untuk hidup bahagia. Ya Rahman ya rahim hanya kau tempatku mengadu dan berharap ya ALLAH.. berikan kegembiraan yang lama hilang pada wanita tabah ini. :'(
21 Ulasan