Ticker

6/recent/ticker-posts

Luahan Lelaki : Maaf Kerana Aku Ego Dan Maaf Kerana Aku Pernah Pukul Isteri, Aku Menyesal


luahan lelaki

Assalamualaikum


Hari ini acik bagaikan tak percaya apa berlaku, bukan senang seorang lelaki nak mengaku sebuah kesalahan yang dia lakukan. Tapi tak salah jika kita mengakui kesalahan diri kita, jangan terlalu letakkan ego di tempat yang tinggi. Lelaki tanggungjawabnye besar apabila menjadi seorang suami.

Kadang memang kita lakukan kesilapan yang kita sendiri tak sedar. Niat acik ceritakan kisah bukan tujuan hanya untuk mendapat rating bacaan tapi niat acik untuk memberi kesedaran  saje. Kalau siapa belum bace tentang kisah ini , bolehlah bace di Lelaki tak menghargai isteri walaupon 10 tahun usia perkahwinan.

Tak semua pekara yang kita buat dalam dunia ini adalah betul , dan tak semua tindakan kita dapat puaskan hati semua orang. Tapi apa yang penting kita muhasabah diri untuk memperbaiki diri kita. Dan acik nak ucapakan terima kasih kepada abang Borhan kerana sudi membuat pengakuan ini.

akupenghibur
  ini isi dalam email tersebut :

Aku selalu baca blog kau , sebab kawan aku pernah tunjukkan pada aku blog kau.Pernah satu hari aku baca sorang-sorang tanpa aku sedar air mata aku mengalir . Masa tu aku baca tentang bini yang kena pukul dan kena tinggalkan suami tu. Aku marah dan kutuk tindakan laki tak guna tu, tapi bila tengok diri aku ,aku lebih kurang sama dengan dia. Aku abaikan tanggungjawab aku sebagai lelaki dan suami. Aku pukul isteri aku.

Aku seksa dia. Aku tak ubah macam apa yang kau cerita tu . Aku ego , aku terlalu ikut perasan aku . Aku sayang isteri aku tapi entah aku selalu fikir aku lelaki dan perempuan perlu ikut kata aku sebab aku ketua keluarga.

tapi gagal jadi ayah dan suami baik , anak aku takut dengan aku , sebab aku selalu pukul dia. Aku tak pernah fikir pasal makan minum dia. Sekarang aku sedar,aku salah.Aku nak minta maaf dengan mereka tapi aku malu. terima kasih dik atas entry kau buat aku sedar.


Jika ego lelaki itu mampu menyakitkan orang yang kita sayang , mampu buat di derita, dan sakit. Apa salahnya jika kita turunkan ,lihat mereka yang kita sayang , adakah bahagia ? ataupon sebaliknya. 

Meminta maaf itu memang sukar bagi lelaki, tapi dengan minta maaf itulah dapat meredakan hati-hati mereka yang gelisah. Hulurkanlah senyuman dan kemanisan hidup .Setiap manusia layak untuk hidup bahagia. 

Jangan bila dah tiada baru tahu menghargai, nanti menyesal. Sekali lagi acik ucapkan terima kasih kepada abang Borhan atas kata katanya.

Catat Ulasan

17 Ulasan

Tanpa Nama berkata…
bagi kathy tiada yang jatuh kalau lelaki itu berani meminta maaf dari isteri dan anak2,baik maruah,status mahupunharga diri.sebaliknya isteri dan anak2 akan terharu dengan ketulusan kita. namun eloklah maaf itu di sertai dengan niat untuk berubah sepenuhnya..jangan cuma hanya sekadar melepas batuk di tangga atau ada niat di sebaliknya..
Carlos Santiago berkata…
semua ni kerana ego. kdg tu kena slow down juga ego. bila reda baru la cakap dgn isteri elok2.
Unknown berkata…
okla dia dah menyesal...semalam adalah pengajaran, kemudian hari jgn lak buat kesilapan yg sama...minta maaf bnda yg mudah, manusia yg sengaja merumitkan tskkk
cik Anggur berkata…
buangkn eog kalau mahu bahagia ~
hazwan hairy berkata…
kalau ego xkemna..baik buang jauh2..hehe
Unknown berkata…
Dah lama isteri nakkan perubahan.. dia stay disisi kita kerana sayang walaupun dipukul setiap hari.. susah nak cari isteri yang sabar dan setia.. berubahlah demi kebahagiaan..hargailah isteri anda..
BinMuhammad berkata…
Yang baik jadi panduan...
Maaf perlu dgn keikhlasan dan mesti dibuktikan. Jika tidak, akan hilang terus kepercayaan.
Kita semua tidak sempurna...tapi ada jalan utk membaiki diri.
Menyesal dulu pendapatan...

Mizz Aiza berkata…
setiap manusia tak lepas dari melakukan kesilapan dan pastinya encik borhan pun begitu juga.. jadi, usah malu untuk memohon maaf kepada orang yang disayangi.. minta maaf dan cubalah ubah sikap.. buang jauh sifat ego di dalam diri..
Lieza Nordin berkata…
alhamdulilah :) better late then never :D xsalah un merendahkan ego dgn meminta maaf n berubah..meminta maaf n memaafkan akan buat hati kita tenang dah bhgia.. ^__^
Unknown berkata…
nice n3... semoga jadi panduan pada para suami dan bakal bergelar suami.
Nory Zoulkefle berkata…
takut dengar kes suami pukul isteri ni, mintak dijauhkan lah dari suami yg cmtu..alhamdulillah dapat suami yang jentik pun tak pernah...hehehe
Tanpa Nama berkata…
klu kita meletakkan agama itu sebagai landasan kehidupan , inshaa Allah , perkara begitu takkan berlaku . Iman tu perlu kukuh dalam jiwa ...
Karen Monica berkata…
kalau terlalu ikutkan ego..memang kehidupan leh hura hara
Ayue Rejaluddin berkata…
Alhamdulillah Acik...
sekurang2nya Acik tau, entri Acik bagi kebaikan kat orang lain....
Baguslah dia sedar...
Unknown berkata…
domestic violence atau DV adalah satu kesalahan undang2....jadi kepada encik borhan, kalau rasa malu nak minta maaf pun, tolong lah lepas ni takyah pukul2 dah....
fragmenbiru berkata…
Allahu Rabbi..Tuhan yang Maha Pengasih..
Alhamdulillah,timbul kesedaran..moga Allah terus membimbing hati-hati kita semua..
iha berkata…
Alhamdulillah, entri acik banyak beri kesedaran pd pembaca diluar sana..
moga jadi iktibar buat mereka yg sewaktu dengannya..