Ticker

6/recent/ticker-posts

Pekara-Pekara Yang Membuat Kita Hilang Ingatan Dan Tumpul Minda



Assalamualaikum

Hari ini acik sedang bersedia untuk pertandingan senamrobik untuk Sukol wakil jati. Ahhh tengok siap masuk senamrobik kan ..gigih tak ? bukan apa lagipon tak ada orang yang join jadi tolong tolong kawan  kawan saje. Dan rasa serba salah petang ini ada recording untuk Drama radio dan malam itu acik ada editing. Tapi ... acik malam bertanding tak dapat tolong mereka edit drama tersebut.. confuse nie.. Moga kawan kawan acik faham. Tak pelah isnyaAllah ada penyelesainya, so hari ini acik kongsikan sesuatu kepada kamu ini. Harap sedikit input.

PERKARA-PERKARA YANG MEMBUAT KITA HILANG INGATAN DAN TUMPUL MINDA

Kurangkan makan bawang besar
Kurangkan makan berempah
Kurangkan makan ketumbar kering
Kurangkan menonton hiburan
Kurangkan membaca majalah hiburan
Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak
Kurangkan minuman air batu,air dalam tin(100 plus dan lain2)
Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2
Jangan makan kepala ikan
Jangan minum air yang ada semut
Jangan tidur selepas subuh
Jangan tidur selepas asar
Jangan tidur selepas makan
Jangan makan terlalu kenyang
Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam
Jangan makan yang masam-masam berlebihan
Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan
Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam

PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIAMALKAN 

Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain2
Selalu makan makanan yang panas2
Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain2
Selalu minum air masak
Selalu makan ulam2
Selalu mengamalkan pandangan hijau
Selalu bersenam
Selau menggunakan imaginasi otak
Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya
Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai(yang mempunyai pokok) kerana disitulah terdapat banyak ion2 negetif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan,kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit
Jangan ego
Jangan dengki pada orang lain
Jangan makan dari sumber yang tidak halal
Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal
Jangan makan makanan yang ada pewarna
Jangan makan makanan yang ada pengawet
Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali
Jangan mandi selepas 9.00malam


dan yang paling penting dibawah ini........
selamat beramal.....

Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.

Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.

Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

 Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat b ila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila -bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.

 Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita.Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

 Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

  Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

 Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan mengh ila ngkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

Catat Ulasan

15 Ulasan

Unknown berkata…
perkongsian yang bagus. thanks.:)
Unknown berkata…
terima kasih bro untuk perkongsian ni :)
Mazni Azmi berkata…
Baca buku banyak2 dan berterusan boleh elakkan nyanyuk. Nyayuk cuma datang bila kita statik je. Tap pernah dengar orang bekerja nyanyuk. Bila dah terbaring sakit tak buat apa2 baru jadi tumpul minda tu
great piece of sharing acik...sama2 kita amalkan yang baik dan tinggalkan yang kurang baik...
Mizz Aiza berkata…
menarik perkongsian ni.. thanks acik..:D
miss yatie berkata…
kalau kepala ikan biasa dengar, tapi yg bawang besar tu tak pasti pulak, tapi yg penting amalan yg terakhir tu..kan?
zack mus berkata…
bagus entri ni
adarain berkata…
banyak info nie...thanks sharing..
Unknown berkata…
Hmmm..thanks bro
Karen Monica berkata…
perkongsian yang menarik ni. Perkara yang baik kita amalkan dan yang tak baik tu kita elakkan :)
Amirul Bin Ramli berkata…
Oh yang bawang besar tu tak elok rupanya.. tp yang ais tu dah berjaya dah tak minum. yes! haha. kalau tak dulu tiap2 kali makan tengah hari mesti order minuman berais.
Unknown berkata…
perkongsian yg baik acik...hehe byk jugak dalam senarai "jgn buat" tu biasa dibuat...terutama makanan berempah...
Unknown berkata…
info yg menarik ap....
Unknown berkata…
Ada yg perlu ditambah dan ada yg perlu ditinggalkan.. serta dielakkan..TQ Acikk
Tengkubutang berkata…
Ya Allah.. bagusnya entri ni Acikk.. teman suka.. thanx share!!