Ticker

6/recent/ticker-posts

Pesan Pada Diri Jangan Terlalu Taksub Dengan Cinta Duniawi



Assalamualikum 

Di kejauhan hati ini ingin mengutip hati yang terlerai bagai permata. Andai cinta membahagiakan tapi ramai yang terkecundang, andai cinta itu sangat menyakitkan tapi ramai yang mencarinya. Aku pernah sakit kerna cinta, aku bangkit kerna cinta dan aku hidup kerana CintaNya. Adakah aku manusia taksub pada cinta ?

Aku bertanya pada diri adakah cinta ini yang aku dambakan selama ini, adakah dia yang ku harap muncul dalam hidup ? Beribu ayat cinta mampu dia berikan tapi mampu dengan kata kata itu aku bahagia ? kata orang cinta itu perlukan pergorbanan tapi pada aku cinta itu perlu redha dari ilahi dan cintai seseorang itu kerana yang Maha Esa. 

Kadang kala ,aku lihat beribu mereka mengejar kononnye cinta sejati sehingga maruah tergadai, keluarga terbuang, bunuh diri dan sebagainya. Adakah mereka juga taksub pada cinta ?  Adakah salah untuk jatuh cinta ??


Cinta itu indah jika pembawakan juga keranaNya, cinta itu juga boleh menjadi barah jika yang bercinta itu semata mata kerana nafsu.Maka pegang hati dan dirimu untuk sentiasa dekat kepadanya.

Seseorang pernah bertanya kepadaku bagaimana untuk mendapatkan jodoh yang baik ?

Jawapannya mudah sekali ,kita harus menjadi yang terbaik di kalangan mereka insyaAllah akan hantar yang selayak untuk kita.

Cinta itu bermula pada diri kita, jika hati kita kosong dan terbiar bagai gurun yang gersang , di tambahkan pula cinta yang hadir itu bagaikan duri yang mampu menyakitkan jika di terima maka sseribu sesalan akan datang.Manusia perlu kembali ke fitrah asal, cinta manusia adalah kepada ALLAH. Maka, kita perlu kembali kepada fitrah sebenar manusia dalam mencari cinta.Cinta tidak akan merosakkan jika kita mampu mengawalnya. Manusia perlu kenal diri sendiri sebelum bertemu dengan cinta sejati. Malah, setiap remaja harus mencari arah sebenar dalam kehidupan.

Oleh itu carilah cinta kerananya, carilah redhanya. Cinta ini umpama matematik, yang kadang buat kita pening bagaimana untuk mencari penyelesaian. Kita perlukan formula untuk menyelesaikannye. Maka gunalah formula yang terbaik untuk bersesuaian dengan cara pengirannya.

Satu lagi acik mohon jangan percaya pada filem filem cinta atau novel cinta barat yang memaparkan cinta itu perlukan pergorbanan dan "gift " . Itu budaya mereka bukan budaya kita..

Untuk berjaya di dunia, kita memerlukan ilmu, untuk berjaya di akhirat juga kita memerlukan ilmu, untuk berjaya di dunia dan di akhirat, kita amat memerlukan ilmu,”

 Rasulullah shallallahu'alaihi wa sallam bersabda:

"Barang siapa yang mencintai karena Allah, membenci karena Allah, memberi karena Allah, dan tidak memberi karena Allah. Maka ia sesungguhnya telah memperoleh kesempurnaan iman."

  Rasulullah shallallahu'alaihi wa sallam bersabda:

"Hiduplah sesukamu maka sesungguhnya kamu akan mati. Cintailah sesuatu sesukamu maka sesungguhnya kamu akan berpisah. Berbuatlah sesukamu maka sesungguhnya kamu akan bertemu dengannya." (H.R. Hakim) 


 

Catat Ulasan

14 Ulasan

MalizaMah berkata…
nice entri..... like
Mizz Aiza berkata…
terima kasih kerana mengingatkan akak.. entri yang baik.. :D
cik Anggur berkata…
brcintalah kerana Allah
Unknown berkata…
entry yg sanagt bagus. Harap adk2 yg masih remaja baca ni. hehehe. Cukup lah cinta dri org tua pun dah memadai. ^^
Tanpa Nama berkata…
acik dan cik akak sama2 pandai bermadah cinta..sedap di baca dan di dengar..
sitirohaida berkata…
sis setuju tu...cinta Allah adlah cinta yang kekal..insyallah
BinMuhammad berkata…
Cinta selepas kahwin...anda pasti akan terasa nikmat ertinya cinta.
Sebelum itu kenalilah cinta abadi anda...Allah SWT.
Lieza Nordin berkata…
bagi saya la y baru umur 19 .. haha... tgk sekeliling ramai y snggp korbankan sgala2nya demi cinta manusia sedangkan cinta Allah x pulak sanggup.. lebih suka mengejar cinta dunia seprti kejar wang laa, pangkat n so on sampai terabai sgala2nya termasuk ibadat kepada Allah..

Kalau terlalu cintakan dunia makan nikmat akhirat kita x kan rasainya ;) sama2lah kita beramal :D
suka bca entri acik, , byk advice kpd rmaja2
Unknown berkata…
Bagus sekali entry ni.. Amat bermakna utk menyedarkan anak muda yg terlalu ketagihan cinta hgga sanggup gadaikan segalanya..
Unknown berkata…
hehe mmg tak dinafikan ramai yg tersalah konsep cinta sebab byk sgt terpengaruh dgn novel dan filem2 barat....
Unknown berkata…
nice entry achik.......
iha berkata…
cinta umpama matematik ye acik? hehe bagus jgk quote mcm tu..
be the best, you'll find the better one.. yg penting pasangan kita sering mengingatkan kita pd Allah.. so takde la kita terlebih batas :)
Tanpa Nama berkata…
Cinta Allah yg terbaik tp kita kena mencari cinta sejati itu dgn menjadi hambaNYA yg taat..kalau kita tak taat pd Allah,bagaimana kita nak rasa nikmat dr NYA....?