Assalamualaikum
Alhamdulilah sambil tengok cerita berteduh kasih, idea datang tiba tiba setelah melihat cerita ini. Wah jalan cerita dan cerita ini lain dari lain . Seronok pula, dan secara kebetulan acik nak taip mengenai Tips asas mencari calon teman hidup , harap kamu suka .
1. Pilihlah yang beragama
1. Pilihlah yang beragama
Ahhh kita bermula dengan seawal taaruf (berkenalan) dia sebolehnya jujur dalam perhubungan dan
perasaan. Tidak suka mempermainkan perasaan calon pilihan dan sedaya
usaha dia mahu mempercepatkan proses perkahwinan mengikut kemampuannya.Kalau lama lamakan tak elokkan.
Dia juga harus faham akan tanggungjawab selepas berkahwin. Melindungi dan mencari nafkah. Si suami mengerti bahawa dia adalah Khalifah di dalam bahteranya dan berusaha mahu membawa seluruh ahli keluarganya menuju Janji Syurga Allah. Si isteri memahami bahawa dia adalah tulang belakang si suami dalam menjalani kehidupan. Sentiasa ada disisi suami dikala suaminya dalam kesenangan mahupun kesusahan. Menjaga keseluruhan kebajikan suami,menjaga maruahnya dan suami,melahir,m enjaga,mendidik dan memelihara anak anak bersama suami. Jarang sekali melihat, pilihan yang beragama ini, terjerumus dalam kemusnahan kerana tawakkal kepada Allah dalam menjalani kehidupan sering diletakkan pada tempat yang paling atas.
2. Bersederhana
Yang kedua yer carilah si dia yang bersederhana dari segi pemikiran, rupa paras dan harta benda. Kesederhaan dalam pemikiran merujuk kepada tak terlalu cerewet,terlalu serius,terlalu matang kerana dalam perkahwinan bukanlah bermatlamatkan kehidupan yang terlalu matang. Perkahwinan ialah proses dua manusia saling melengkapi dan menjiwai serta mengharmoniskan suasana rumahtangga. Perlu ada sikap kebudak budakan, manja bertempat, gurau senda serta usik mengusik.Kan lebih seronok, betul tak ?
Rupa paras yang sederhana sering mendamaikan. Carilah dia yang memiliki paras yang menenangkan hatimu.. Tidak perlu mencari yang terlalu cantik/kacak kerana kebanyakannya sering merumitkan(tak semua) Kalau dapat itu bonus. Pilihlah dia yang sekadar damai/tenang hati memandang.
3. Saling menerima
Tidak ada manusia sempurna kecuali Nabi Muhammad s.a.w di dunia ini. Berlapang dada lah dalam mengenali sikap/sifat seseorang. Tidak sama pada seseorang manusia bukan beerti dia punyai kekurangan. Carilah kelebihan di dalam diri dan hatinya,pasti akan ditemui satu sifat yang membuatkan dirimu kagum dengannya. Setiap kelemahan dapat dibaiki andai kelemahan itu diperbaiki coraknya mengikut aturan Allah.
acik berikan 3 dahulu, nanti acik tambah lagi yer , nak sambung lihat cerita berteduh kasih . Melayan hati ini seronok juga. Semoga acik dan kamu dapat jumpa jodoh yang baik . insyaALLAH
22 Ulasan
terima kasih acik ^__^
tazkirah | jawatan kosong | wanita
Semoga kita semua teri,a jodoh yang baik....
Rasulullah S.A.W mengajarkan umatnya untuk mnilai thdap bbrapa pkara iaitu agama,kturunan,harta dan rupa..