Ticker

6/recent/ticker-posts

Tolong Jangan Sebarkan Gambar Saya Di Facebook ! Tolong Padamkan !



Assalamualaikum


Alhamdulilah ya Allah masih lagi di berikan kesempatan untuk terus bernafas di bumi Allah sementara Pagi Pagi lagi acik dapat kejutan dari seseorang yang hantar mesej di page fan acik di aku penghibur dot com.  Dan dia perlukan nasihat dari kita semua  dan semoga jadi tauladan kepada yang lain.




Sebelum itu kepada saudari Fatin maaf sebab acik baru sempat balas mesej tu , Ok kalau begitu sila pastikan benarkah si bekas teman lelaki kamu itu menyebarkan gambar di facebook ataupon di laman web ? Di mana ? Sila dapatkan detail dan lepas itu boleh buat laporan polis mahupon laporan dari SKMM. Itu saje yang acik boleh bantu kerana selebihnya adalah tanggungjawab kamu sendiri.

Setiap apa yang kita lakukan perlulah kena tanggung risikonya dan fikirkan akibatnya. Seperti kes ini, kena beringat semasa bercinta atau "couple" bukan masa untuk kamu serahkan segalanya kepada pasangan , dia bukan siapa siapa kamu lagi. Beringat yer kaum adam da hawa.

Dan kepada lelaki pula, jangan mentang mentang dah putus dengan teman wanita kamu pula, kamu ingin balas dendam dengan sebarkan gambar tersebut Adakah anda sanggup buka aib orang lain ? 

Ingat Allah cukup jaga aib kita, tapi kita dengan sengaja buka aib diri sendiri dan orang lain. Jangan sampai Allah murka terhadap kita baru buruk padahnya.

Kepada bekas teman lelaki saudari fatin, acik merayu jangan lakukan seperti itu, jika sudah ter upload sila delete dan kalau belum upload harap batalkan saje niat tersebut. Putus cinta itu lumrah dalam bercinta tapi bukan menjadi medan untuk saling menyalah dan berbalas dendam . Ingat suatu masa dulu dia juga orang yang pernah kamu sayang . Adakah kamu sanggup sakiti orang yang pernah kamu sayang ?

Hidup ini kita kena terima qada dan qadar dari Allah. Dia tahu apa yang terbaik untuk kita Ingat bila kita cuba menjatuhkan maruah orang lain dan tak mustahil orang lain boleh buat benda yang sama. Dan kepada adik adik yang baru nak bercinta itu, kalau teman lelaki/ teman wanita anda minta yang bukan bukan sila jangan berikan ,jika tidak tanggung sendiri. Ok sampai di sini dulu adios

Catat Ulasan

32 Ulasan

sitirohaida berkata…
moga jadi pengajaran kat mana2 remaja sekarang nie,jangan terlalu percaya dengan orang yg belum tentu milik kita...kesian kat dia...moga jadi pengajaran kat dia..
Mizz Aiza berkata…
betul tu acik.. kasihan juga pada dia.. tapi apa boleh buat, dah terlanjur bagi gambar macamtu, semoga dia insaf dan bertaubat.. elok dia buat laporan polis, dalam kes macamni perasaan malu nak report pada polis kena ketepikan.. kepada lelaki tu ingatlah juga, bagaimana perasaan anda jika ada orang yang sebarkan gambar tidak senonoh ibu, adik perempuan atau kakak anda? tentu anda marah dan geramkan?
adarain berkata…
harus dijadikan pengajaran kepada rmaja skrang..bercinta bagaikan nak rak, bila putus semua jadi hancur, saling dendam mendendam...hmmm
kak gojes berkata…
kesian jugak...tp marah dgn ex tu..klu nak dendam pun xyah nak aibkan org...huhhu..
Carlos Santiago berkata…
sebab tu lah masa duk kapel, jgn buat kerja bangang bagi gambar separa bogel ke, gambar bogel ke. baru pakwe je pun. bukan suami.
bicara mak dara berkata…
semoga menjadi iktibar pd remaja yg lain
miss yatie berkata…
betul tu, Allah tak suka org yg membuka aib org lain, pada remaja di luar sana berhati2lah, dlm berteman, terutama wanita, jaga maruah kalian
Bunda_nora berkata…
assalam,

iktibar untuk semua bukan sahaja remaja...perempuan atau lelaki...

fragmenbiru berkata…
Fitrah Allah jadikan lelaki dan Wanita adalah untuk berpasangan...
Tapi!!!! Kita sering salah gunakannya..
Allah telah tentukan batas-batas pergaulan selagi belum Halal..
Bercinta atas dasar Kehendak nafsu pastinya terbina kasih sayang yang berselimutkan dosa dan maksiat..

Allah telah janjikan dalam Surah Annur.. Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan sebalikny...

Mungkin kita alpa... lalu Allah turunkan ujian...Untk kita kembali kepadanya..

Saudari Fatin...anggaplah ini adalah tarbiyah daripada Allah,kerana Dia lebih sayangkan Fatin mengatasi sayangnya Fatin kepada sidia... Tiada yang dapat menenangkan saat kita mengalami ujian berat sebegini...Hanya Rahmat Allah...sujudlah pohon pertolongan..

Janji Allah pasti...Orang yang membuka keaiban orang lain,dibenci Allah,terbuka aibnya kelak..

Pengajaran : Jaga batas pergaulan,selagi belum halal ikatannya,aurat tetap aurat,perintah Allah..

Apapun,Fatin kena kuat... Allah sedang menguji,merindui munajat hambaNya..

Kepada lelaki yang Malang,sedarlah engkau terpaksa menanggung dosa yang besar..menyebarkan gambar2 yang terdedah auratnya...

Abak doakan Fatin menemui jalan yang terbaik!!! InsyaAllah..
Nick Nashram berkata…
satu lagi kita xtau bila kita akan mati..kalo duk upload gmbar seksi kat internet tp time tu kita dah mati dah..dosa tetap dapat.peringatan untuk sume..
Unknown berkata…
menyesal kemudian xguna..jadi kepada gadis diluar sana..tolong tinggikan harga diri anda.
iha berkata…
kepada lelaki tersebut, terima qada dan qadar, tak perlu berdendam kemudian tunjukkan aib orang.. kepada yg perempuan tu pula, terima segala risiko dgn apa yg kita telah buat dulu.. antara cabaran terbesar dalam hidup adalah menerima kesilapan sendiri..
hazwan hairy berkata…
time seronok xpikir time putus nahh ni lah akibatnya...tlg lah buka mata wahai gdis2 bru nk up oi..
Tanpa Nama berkata…
hanya suami yang berhak terhadap aurat wanita yang bergelar isterinya,wahai wanita,berwaspadalah..
Hana berkata…
dah tak boleh nak buat apa kecuali report polis. sebab sebar kat internet ni susah kita nak kwal. kalau kita musnahkan yang induk, anak2 dia anak lagi... itu baru gambar. yang original gambar mesti masih ada dengan lelaki tu. melainkan kita tangkap lelaki tu.

Azwar Syuhada berkata…
Hendak diputarkan balik masa memanglah tak boleh. Jadikan ia satu pengajaran. Buat gadis-gadis yang lain juga, kenalah jaga maruah diri. Sebelum buat sesuatu pikir orang tua kita dahulu.. Untuk ingatan diri sendiri juga.. :)
Unknown berkata…
dapatkan maklumat di mana gambar tersebut tersebar, dan terus buat laporan polis.. itu yang terbaik.. tak apalah. setiap manusia pernah buat kesilapan. yang penting ada niat nak berubah. berubah menjadi yang lebih baik daripada sebelum2 ni..
moga kisah nieyh mnjadi pengajaran buat remaja yg sdg hngat bercinta, , berfikir dulu sebelum nk buat apa..-apa benda, , especially tntg gambar tue,,huihhh bahaya
NJihe.am berkata…
Salam singgah. Kesian juga pada si gadis tapi nasi sudah menjadi bubur. Bertaubatlah kepada sesiapa yang bercinta tidak mengikut syariat. cinta itu sangat suci, janganlah dicemari.
Unknown berkata…
kesian . syg punya pasal sanggup buat mcm tu .. masa ser0n0k, sumenya el0k dan baik.. Sem0ga jadi peringatan utk anak2 muda skrg trms0k sy ..
Sayidah Napisah berkata…
nauzubillahi min zalik.
Unknown berkata…
mudah-mudahan Allah pelihara dirinya dan diri kita semua.. semua yang berlaku adalah atas idzin dari-NYA.. pasti dan pasti akan ada hikmah di sebaliknya..
Adilah Asari berkata…
ya..ketika bercinta janganlah kita membuat perkara yang Allah murka..
berfikir dahulu sebelum melakukan..
bila dah jadi macam ni, diri kita yang tak tenteram..sebab itulah Allah haramkan kita bercinta..kan indah kalau sudah sah..

semoga saudari fatin tabah dan semoga masalahnya cepat selesai..
Tanpa Nama berkata…
assalamualaikum ... itu adalah kifarah hasil daripada perbuatannya sendiri ... peringatan untuk semua ... subhanallah ...
Unknown berkata…
haishhh mudahnya kaum perempuan ni menyerahkan segala2 atas alasan cinta....
dalam kes ni terserlah yg si perempuan yg dah tersilap langkah...kalau dah sampai tahap mintak gambar yg bukan2 kita dah boleh tahu jenis lelaki tu camne...jgn nak cakap lelaki tu buat camtu sebab nak balas dendam...dari detik dia mintak gambar tu pon niat dah tak betul....
semoga kes2 camni boleh dijadikan pengajaran utk remaja2 di luar sana...
kepada Fatin, report polis adalah langkah terbaik buat masa ni...
krole berkata…
adus~ sedih tol bla dpt tau bnda2 cam gini terjadi...aku doakan moga kwn acik td dpermudahkan olehNya~
Fais-SKA berkata…
subhanallah..pengajaran yg sgt berguna ni..kta sama2 la doa smoga Allah buka pintu hati mereka berdua dan gmbar 2 didelete..
Tengkubutang berkata…
kesian kat awek tu sebab terlalu percayakan ex bf dia.. hemm..
Maria Firdz berkata…
Itulah kata pepatah.. Terlajak perahu boleh diundur... Terlajak kata/ perbuatan.. Buruk padahnya.. Pengajaran utk semua dan gads diluar sana...
Anizz Annisa berkata…
erti couple tidak menghalalkan semua perkara.. pengajaran bg semua pihak..lelaki dan perempuan.. jangan sudah terhantuk baru terngadah..
Aqilah Azmi berkata…
Ala sedihnya..... :(
Fiza Aizzawa berkata…
ini semua pengajaran buat kita. jangan percayakan sesiapa.. bila dah jadi perkara macam nie siapa yg perlu dipersalahkan.. nasi dah menjadi bubur.. kesian pula kat mangsa..