Assalamualaikum
Alhamdulilah ya Allah masih lagi di berikan kesempatan untuk terus bernafas di bumi Allah sementara Pagi Pagi lagi acik dapat kejutan dari seseorang yang hantar mesej di page fan acik di aku penghibur dot com. Dan dia perlukan nasihat dari kita semua dan semoga jadi tauladan kepada yang lain.
Sebelum itu kepada saudari Fatin maaf sebab acik baru sempat balas mesej tu , Ok kalau begitu sila pastikan benarkah si bekas teman lelaki kamu itu menyebarkan gambar di facebook ataupon di laman web ? Di mana ? Sila dapatkan detail dan lepas itu boleh buat laporan polis mahupon laporan dari SKMM. Itu saje yang acik boleh bantu kerana selebihnya adalah tanggungjawab kamu sendiri.
Setiap apa yang kita lakukan perlulah kena tanggung risikonya dan fikirkan akibatnya. Seperti kes ini, kena beringat semasa bercinta atau "couple" bukan masa untuk kamu serahkan segalanya kepada pasangan , dia bukan siapa siapa kamu lagi. Beringat yer kaum adam da hawa.
Dan kepada lelaki pula, jangan mentang mentang dah putus dengan teman wanita kamu pula, kamu ingin balas dendam dengan sebarkan gambar tersebut Adakah anda sanggup buka aib orang lain ?
Ingat Allah cukup jaga aib kita, tapi kita dengan sengaja buka aib diri sendiri dan orang lain. Jangan sampai Allah murka terhadap kita baru buruk padahnya.
Kepada bekas teman lelaki saudari fatin, acik merayu jangan lakukan seperti itu, jika sudah ter upload sila delete dan kalau belum upload harap batalkan saje niat tersebut. Putus cinta itu lumrah dalam bercinta tapi bukan menjadi medan untuk saling menyalah dan berbalas dendam . Ingat suatu masa dulu dia juga orang yang pernah kamu sayang . Adakah kamu sanggup sakiti orang yang pernah kamu sayang ?
Hidup ini kita kena terima qada dan qadar dari Allah. Dia tahu apa yang terbaik untuk kita Ingat bila kita cuba menjatuhkan maruah orang lain dan tak mustahil orang lain boleh buat benda yang sama. Dan kepada adik adik yang baru nak bercinta itu, kalau teman lelaki/ teman wanita anda minta yang bukan bukan sila jangan berikan ,jika tidak tanggung sendiri. Ok sampai di sini dulu adios
32 Ulasan
iktibar untuk semua bukan sahaja remaja...perempuan atau lelaki...
Tapi!!!! Kita sering salah gunakannya..
Allah telah tentukan batas-batas pergaulan selagi belum Halal..
Bercinta atas dasar Kehendak nafsu pastinya terbina kasih sayang yang berselimutkan dosa dan maksiat..
Allah telah janjikan dalam Surah Annur.. Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan sebalikny...
Mungkin kita alpa... lalu Allah turunkan ujian...Untk kita kembali kepadanya..
Saudari Fatin...anggaplah ini adalah tarbiyah daripada Allah,kerana Dia lebih sayangkan Fatin mengatasi sayangnya Fatin kepada sidia... Tiada yang dapat menenangkan saat kita mengalami ujian berat sebegini...Hanya Rahmat Allah...sujudlah pohon pertolongan..
Janji Allah pasti...Orang yang membuka keaiban orang lain,dibenci Allah,terbuka aibnya kelak..
Pengajaran : Jaga batas pergaulan,selagi belum halal ikatannya,aurat tetap aurat,perintah Allah..
Apapun,Fatin kena kuat... Allah sedang menguji,merindui munajat hambaNya..
Kepada lelaki yang Malang,sedarlah engkau terpaksa menanggung dosa yang besar..menyebarkan gambar2 yang terdedah auratnya...
Abak doakan Fatin menemui jalan yang terbaik!!! InsyaAllah..
berfikir dahulu sebelum melakukan..
bila dah jadi macam ni, diri kita yang tak tenteram..sebab itulah Allah haramkan kita bercinta..kan indah kalau sudah sah..
semoga saudari fatin tabah dan semoga masalahnya cepat selesai..
dalam kes ni terserlah yg si perempuan yg dah tersilap langkah...kalau dah sampai tahap mintak gambar yg bukan2 kita dah boleh tahu jenis lelaki tu camne...jgn nak cakap lelaki tu buat camtu sebab nak balas dendam...dari detik dia mintak gambar tu pon niat dah tak betul....
semoga kes2 camni boleh dijadikan pengajaran utk remaja2 di luar sana...
kepada Fatin, report polis adalah langkah terbaik buat masa ni...