Assalamualaikum
Alhamdulilah masih lagi berkesempatan hidup di muka bumi ALLAH sementara ini , hari nie penuh dengan tanda tanya dalam diri sendri. Sebelum tu acik nak ucapkan terima kasih kepada rakan rakan blogger yang selalu bagi nasihat berguna untuk diri ini, terutama +Bin Muhammad , +Nao Mei dan ramai lagi . Terima kasih banyak banyak kepada semua yer.
Dalam hidup ini kita di uji dengan ujian yang kadang tak pernah jangka, sebab ujian yang ALLAH turunkan pada kita dari pelbagai segi. Kadang kala buatkan kita rasa tak mampu nak hadapinya sehinggakan air mata ini mengalir untuk menahan segalanya. Tapi Allah tidak akan turunkan ujian yang kita tak mampu, kerana Allah yakin kita mampu sebab itu dia turunkan ujian tersebut..
Pernah acik di tanya , dalam hidup ini apa yang acik mahukan ? dan dalam kalau boleh acik memilih 3 pekara apa yang ingin acik dapatkan. Dan hari ini acik nak tanya pada kamu semua bagi persoalan yang sama. Agaknya apa jawapan kamu ?
Benda yang kita suka tak selalunya akan dapat, susah untuk realisasikan tetapi tak mustahil jika berusaha dan yakin pada rezeki Allah.Dan kadang pekara yang kita benci itulah yang selalu terjadi kadang kala berulang kali sehingga kita putus asa , seperti kegagalan, kemiskinan dan sebagainya.
Sebenarnya acik nak kamu semangat dan jangan pernah ragu dengan Allah dan ini peringatan diri ini juga. Ada yang berkata " Allah akan makbulkan doa kita ke ? kan ramai umat manusia ?" . Allah akan makbulkan doa jika kita tak berputus asa dan selalu dekat denganya. Selalu ada untuknya dan letakkan dia no satu dalam hidup kita. Sedangkan permintaan iblis yang tunaikan apatah lagi kita umat nabi muhammad saw.
Untuk mendapatkan apa yang kamu suka, pertama kamu mesti Sabar dengan apa yang kamu benci. Berusaha dan berusaha untuk jadikan pekara yang kita benci itu sebagai pembakar semangat dan kuatkan diri. Jika kita jauh dari Allah bagaimana Allah nak tolong kita ?
ok sampai di sini dulu bye bye adios
29 Ulasan
Semoga segala urusan berjalan lancar dan dipermudahkan...Insyaallah :)
Ini adalah rahmat dan ujian Allah. Lihatlah betapa Allah sayangkan kamu, selagi kamu tidak dapat apa yg kamu mahu selagi itu kamu akan berusaha dan berdoa, mengadu dgn Allah. Begitu banyak rahmat yang kamu dapat...lalu Allah beri pula apa yg kamu tidak suka, betapa hancurnya hati, mengadu lagi kamu kpd Allah dan jika tidak sesekali kamu melupai Allah, andai rahmat dan ganjaran itu terlihat pasti kamu tidak mahukan lagi apa yang kamu suka itu...
Dan apabila kamu mendapat apa yg kamu inginkan...Ingatlah! ianya adalah satu ujian! Jgn sesekali pula kamu terleka dan terlalai!
Jadi, Kalau bukan kerana bahang emas yang membara, takkan mungkin emas boleh ditempa.
Takkan mungkin juga batu bata yang menjadi asas binaan bangunan menjadi kukuh sedangkan asalnya tanah liat yang tidak kukuh.
Orang hebat selalu diuji. Teruskan bersemangat
bak kata pepatah melayu, bersusah2 dulu, bersenang2 kmudian :)
remy percaya.... rencana Allah utk hambanya adalah sebaik2 kemampuan.....