Ticker

6/recent/ticker-posts

Untuk Mendapatkan Apa Yang Kamu Suka, Pertama Kamu Mesti Sabar Dengan Apa Yang Kamu Benci





Assalamualaikum

Alhamdulilah masih lagi berkesempatan hidup di muka bumi ALLAH sementara ini , hari nie penuh dengan tanda tanya dalam diri sendri. Sebelum tu acik nak ucapkan terima kasih kepada rakan rakan blogger yang selalu bagi nasihat berguna untuk diri ini, terutama +Bin Muhammad , +Nao Mei  dan ramai lagi . Terima kasih banyak banyak kepada semua yer.

Dalam hidup ini kita di uji dengan ujian yang kadang tak pernah jangka, sebab ujian yang ALLAH turunkan pada kita dari pelbagai segi. Kadang kala buatkan kita rasa tak mampu nak hadapinya sehinggakan air mata ini mengalir untuk menahan segalanya. Tapi Allah tidak akan turunkan ujian yang kita tak mampu, kerana Allah yakin kita mampu sebab itu dia turunkan ujian tersebut..

Pernah acik di tanya , dalam hidup ini apa yang acik mahukan ? dan dalam kalau boleh acik memilih 3 pekara apa yang ingin acik dapatkan. Dan hari ini acik nak tanya pada kamu semua bagi persoalan yang sama. Agaknya apa jawapan kamu ?

Benda yang kita suka tak selalunya akan dapat, susah untuk realisasikan tetapi tak mustahil jika berusaha dan yakin pada rezeki Allah.Dan kadang pekara yang kita benci itulah yang selalu terjadi kadang kala berulang kali sehingga kita putus asa , seperti kegagalan, kemiskinan dan sebagainya.

Sebenarnya acik nak kamu semangat dan jangan pernah ragu dengan Allah dan ini peringatan diri ini juga. Ada yang berkata " Allah akan makbulkan doa kita ke ? kan ramai umat manusia ?" . Allah akan makbulkan doa jika kita tak berputus asa dan selalu dekat denganya. Selalu ada untuknya dan letakkan dia no satu dalam hidup kita. Sedangkan permintaan iblis yang tunaikan apatah lagi kita umat nabi muhammad saw.

 Untuk mendapatkan apa yang kamu suka, pertama kamu mesti Sabar dengan apa yang kamu benci. Berusaha dan berusaha untuk jadikan pekara yang kita benci itu sebagai pembakar semangat dan  kuatkan diri. Jika kita jauh dari Allah bagaimana Allah nak tolong kita ? 

ok sampai di sini dulu bye bye adios




 

Catat Ulasan

29 Ulasan

Bila Allah cepat memakbulkan doamu, maka Dia menyayangimu. Bila Dia lambat memakbulkan doamu, maka Dia sedang mengujimu. Bila Dia tidak memakbulkan doamu, maka dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu. Bersangka baiklah pada Allah dalam apa jua keadaan. Kasih sayang Allah mendahului kemurkaan-Nya
BinMuhammad berkata…
Salam Acik,
Semoga segala urusan berjalan lancar dan dipermudahkan...Insyaallah :)

Ini adalah rahmat dan ujian Allah. Lihatlah betapa Allah sayangkan kamu, selagi kamu tidak dapat apa yg kamu mahu selagi itu kamu akan berusaha dan berdoa, mengadu dgn Allah. Begitu banyak rahmat yang kamu dapat...lalu Allah beri pula apa yg kamu tidak suka, betapa hancurnya hati, mengadu lagi kamu kpd Allah dan jika tidak sesekali kamu melupai Allah, andai rahmat dan ganjaran itu terlihat pasti kamu tidak mahukan lagi apa yang kamu suka itu...

Dan apabila kamu mendapat apa yg kamu inginkan...Ingatlah! ianya adalah satu ujian! Jgn sesekali pula kamu terleka dan terlalai!
BinMuhammad berkata…
Sama le, segan teman...mcm bagus sgt pulak. Komen sekadar berkongsi pendapat. Xperlulah letak nama...Org lain pun komen lagi bagus terutama Nao Mei.

Akupenghibur.com berkata…
betul tu kak farah ..suka ayat kak farah guna
Akupenghibur.com berkata…
walaikumusalam.. alhamdulilah ..dapat kekuatan dalam diri.. terima kasih :) semoga ALLAH memberkatimu
Akupenghibur.com berkata…
kamu berdua memang layak di mention :) alhamdulilah dapat jumpe mcm blogger kamu berdua.. terbaik!!
Tanpa Nama berkata…
btul tu,, kdg2 apa yg kita nk kita tak akn dapat,jadi hargailah apa yg kita ada sekarang :)
Unknown berkata…
tak semua yang kita nak,kita kan dapat. Allah dah tetapkan yang terbaik untuk kita. Bersangka baiklah dengan Alllah. ^-^
Mazni Azmi berkata…
Saidina Ali Ra pernah diriwayatkan berkata (lebih kurang macam nilah bunyinya) Cantik emas kerana api

Jadi, Kalau bukan kerana bahang emas yang membara, takkan mungkin emas boleh ditempa.

Takkan mungkin juga batu bata yang menjadi asas binaan bangunan menjadi kukuh sedangkan asalnya tanah liat yang tidak kukuh.

Orang hebat selalu diuji. Teruskan bersemangat
Unknown berkata…
jika kita bersyukur dgn apa Allah berikan, Allah akan tambah nikmat.. dunia tempat ujian, mmg selayaknya la ada perkara kita dapat, ada perkara kita tak dapat. tapi akhirat tempat abadi, tempat rehat, tempat bersenang-lenang, dan insyaAllah apa kt nak semua boleh dapat.

bak kata pepatah melayu, bersusah2 dulu, bersenang2 kmudian :)
Unknown berkata…
remy setuju...segalanya kena usaha......percaya dan kita serah kepadanya......
remy percaya.... rencana Allah utk hambanya adalah sebaik2 kemampuan.....
Zaza Iman berkata…
ya acik..kdg2 nak itu ini bila tgk org lain sng je dapat, tp kita tak..apapun bsyukurlah bila tuhan dah beri pd kita kan.... =)
Mizz Aiza berkata…
tak semua yang kita nak akan Allah swt tunaikan.. sebab hanya Allah swt yang tahu apa yang terbaik untuk kita pada masa kini dan masa akan datang.. yang penting jangan berputus asa untuk terus berdoa dan berusaha yang terbaik..
Akupenghibur.com berkata…
betul tu hargai apa yang kita ada :)
Akupenghibur.com berkata…
benar sekali ..bersangka baiklah dengan ALLAH ..dia berikan apa yg perlu
Akupenghibur.com berkata…
terima kasih atas peringatannye :)
Akupenghibur.com berkata…
wahhh bernas :) suka contohnye
Akupenghibur.com berkata…
betul itu Alah adalah sebaik perancagan .. dia tahu yg terbaik untuk kita
Akupenghibur.com berkata…
betul ..syukur alhamdulilah
Akupenghibur.com berkata…
betul tu .. ktia bersabar.. berdoa ,, berrusaha dan bertawakal .. :)
adarain berkata…
Insya ALLAH benda yang kita hajatkan akan tercapai...cuma perlukan kesabaran yang tinggi..Usaha tu jugak yang penting...:)
Unknown berkata…
kan.... Allah takan menguji diluar kemampuan hambanya......
Tanpa Nama berkata…
betul acik..kathy setuju sangat apa yang di bincangkan ni..yang penting sabar,kerana sabar itu subur...
Mawardi yunus berkata…
setuju sangat dengan bro... itulah yang kita perlu hadapi walaupun jika kita ingin mendapatkan sedikit kemanisan..hadapi sesuatu kebencian .. huhu
Karen Monica berkata…
kita perlu sentiasa bersangka baik padaNYA. Dan bersyukur atas segala nikmat yang kita miliki :)
Unknown berkata…
semoga kita sentiasa kuat dalam mengapai apa y kita impikan.tapi bila tak dapat apa yang kita nak. We have to remember that apa yang kita nak tak semestinya terbaik untuk kita. Allah maha mengetahui
Unknown berkata…
perkongsian yang menarik...kdg2 kita sebagai manusia ni suka demand lebih2...kdg2 tak pernah puas...padahal byk nikmat2 yg kita dah dapat...contoh mudah nikmat bernafas...hehehe
Nur Nainis berkata…
Allah Maha Pemurah dan Maha Penyayang.
Unknown berkata…
InsyaAllah apa yang kita hajati pasti Allah tunaikan..cuma cepat dgn lambat je..kena bykkan berdoa dan jgn putus asa berusaha. Bersusah payah dahulu bersenang lenang kemudian. ∩__∩