Assalamualaikum
Pada
lelaki yang ada niat nak kahwin 4, katanya nak ikut sunnah Nabi tu tanya
pada diri kamu sendiri, cukupkah solat anda sebelum bagi alasan untuk
berkahwin 4.Puasa sunat ? solat sunat buat tak ? ada cukup wang ? mampu untuk berikan keadilan ?
20 Ulasan
Tidak semua lelaki berniat mahu kahwin 4. Jika ianya terjadi...itu jodoh namanya, ketentuan Allah jangan di persoalkan, ada hikmah disebaliknya. Redhalah... :)
Saya dah agak, komen saya pasti menjadi bahan yg hangat. Jgn ambil hati dgn apa yg saya coretkan ini. Ianya demi seorang kawan yg bernama Acik yg amat saya hormati dan kasihi.
Benar Acik, saya tidak merasa apa yg acik rasa. Semasa mula mengikuti blog ini...Acik sentiasa bercerita dan membantu kearah kebaikan dan sesuatu yg positif. Dari situ saya dah tahu bahawa ada kepahitan disebalik kehidupan acik dan akhirnya saya dapat mencungkilnya.
Benarlah...seseorang itu tidak mampu berselindung pabila ianya melibatkan hati dan perasaan orang tua yg dikasihinya.
Acik, Kita tidak mampu mengubah takdir Allah tapi jgn sampai kita menyalahkan apa yg di takdirkan dan tidak boleh terima jika ianya berlaku pada orang lain. Bukan semua akan menderita ada juga yg bahagia..itu adalah qada dan qadar. Jika masih ada rasa tidak redha..maknanya masih belum ada lagi kemaafan ikhlas dihati.
Ingatlah penderitaan itu satu rahmat dan kebahagiaan itu satu ujian dari Allah. Dari penderitaan menjadikan acik spt skrg ini, tahu erti kehidupan, menjadi pendorong utk kejayaan, menyayangi orang tua dan membantu insan2 yg memerlukan. Syukur alhamdulillah kerana acik membawa diri kearah positif.
Saya akui...saya juga tidak bersetuju jika lelaki kahwin lebih dari satu. Pengalaman dan cerita juga banyak kpd keburukan dari kebaikan. Ini memang menunjukkan lelaki belum benar2 memahami syarat2 dan tujuan yg dikehendaki/dituntut oleh agama sebelum berkahwin lain. Tapi sekiranya ia telah terjadi...jangan sesekali menyalahi apa yg terjadi. Itu hak Allah. Usaha, doa dan tawakal mesti dilakukan sebelum ianya terjadi.
Redha dan kemaafan itu memang susah dilakukan...tapi jika anda berjaya pasti andalah insan yg paling bahagia dan disayangi Allah...Insyaallah.
Nao Mei - Saya tidak berkecil hati, pendapat mestilah berbeza2 barulah perbahasan boleh ke arah matlamat yg positif, itu amat baik sekali.
bg wanita jgn taksub sgt menolak poligami, takut kena batang hidung sdiri, hehe. bg lelaki, dlm kartun ni da ckup sinis, jk solat pn belum sempurna, jgn la bermimpi mahu gapai bintang di langit, hargai dulu bumi yg dipijak, apa pun xmustahil kan, yg penting adillah. *adil sgt susah okey bg yg xmmpu, bahagi emosi susah woo ^^