Ticker

6/recent/ticker-posts

Wordless Wednesday # 11: Jika Lelaki Ada Niat Kawin 4, Sila Sempurna Ini


Assalamualaikum

Pada lelaki yang ada niat nak kahwin 4, katanya nak ikut sunnah Nabi tu tanya pada diri kamu sendiri, cukupkah solat anda sebelum bagi alasan untuk berkahwin 4.Puasa sunat ? solat sunat buat tak ? ada cukup wang ? mampu untuk berikan keadilan ?

Catat Ulasan

20 Ulasan

AM berkata…
Bila part kahwin, ramai nak ikut sunnah Nabi. Tapi part lain, tak nak ikut pulak sunnah Nabi. Hehehe. :D
Tanpa Nama berkata…
assalamualaikum ... boleh kah lelaki ikut semua sunnah rasulullah ? ... ukur baju kat badan sendiri lah ...
BinMuhammad berkata…
Salam,
Tidak semua lelaki berniat mahu kahwin 4. Jika ianya terjadi...itu jodoh namanya, ketentuan Allah jangan di persoalkan, ada hikmah disebaliknya. Redhalah... :)
Unknown berkata…
saya sokong apa yg diperkatakan BM.. kalau orang dah sorongkan bantal.. kita terima je la dengan hati terbuka :)
iha berkata…
Hehehe.. pernah bahaskan sebelum ni.. bila nak kahwin 4 laju je cakap ikut sunnah Nabi.. tapi kalau dah tetap ada jodoh, berkemampuan dan berlaku adil takde masalah :)
Akupenghibur.com berkata…
wslm Bm.. acik pon lelaki ..insyaALLAH kalau boleh biarlah satu.. acik cakap ini berdasarkan pengalaman.. hanya Allah yang tahu apa yang acik rasa bila lihat ibu derita dan menangis kerana naseb kami tak terbela.. memang jodoh ALLAH kita tak boleh pertikaikann.. tapi untuk diri kita.. ukur baju badan sendiri.. Apa pon ALLAH tahu yang terbaik untuk kita
Akupenghibur.com berkata…
terima kasih pandangannya.. semoga ALLAh memberkatimu ... kamu tak rasa apa yang acik rasa bila kamu di abaikan oleh orang yang kamu sayang .. kamu tak rasa bila melihat ibu kamu menangis kerana seorang lelaki.. ermm cakap lebih pon kamu tak akan faham
Akupenghibur.com berkata…
terima kasih sebab bagi pandangan ini..syukran :)
Akupenghibur.com berkata…
itulah kita manusia :)
Akupenghibur.com berkata…
walaikumusalam.. itulah ikutlah kemampuan masing2
Unknown berkata…
:) senyum x perlu kata apa2,
Akupenghibur.com berkata…
itulah ..semoga bersedia segalanya
Unknown berkata…
ikut kemampuan.... cukup lah satu andai itu sudah membahagiakan........apa yg penting..... menjaga perkahwinan.....byk tanggungjawab kalau lebih nanti.... takut tak berlaku adil.....
Tanpa Nama berkata…
ini soal jodoh..kita tak mampu nafikan,tapi kathy pun harap agar lelaki yang nak memasang lebih dari 1 isteri ini berfikir dengan sedalam2 nyer..jangan kerana ada yang baru yang lama si abaikan..jika tiada anak2 tak mengapa,jika ada,siapa yang harus memikul beban?si isteri dan ibu itu ke?kathy bercakap dari pengalaman.......
Nur Nainis berkata…
Mampukah berlaku adil jika ingin berpoligami? Yang menyedihkan bila tidak pandai berlaku adil. Orang yang tidak berlaku adil adalah orang yang kejam dan zalim. Ermm..selagi tak melihat dan merasai bagaimana poligami ini, pandailah cakap kan. Jodoh itu tak datang bergolek, kena usahakan. Kalau kita berusaha ke arah itu, memang jadi orang mengantuk disorongkan bantal lah.
Unknown berkata…
kawen 4 tu walaupun ikut sunnah tapi tertakluk kepada syarat iaitu si suami mampu berlaku adil....yg ni selalu diketepikan bila nak berpoligami....kerana sebilangan lelaki yg buat hal habis rosak susu sebelanga...hehehe
BinMuhammad berkata…
Salam,
Saya dah agak, komen saya pasti menjadi bahan yg hangat. Jgn ambil hati dgn apa yg saya coretkan ini. Ianya demi seorang kawan yg bernama Acik yg amat saya hormati dan kasihi.

Benar Acik, saya tidak merasa apa yg acik rasa. Semasa mula mengikuti blog ini...Acik sentiasa bercerita dan membantu kearah kebaikan dan sesuatu yg positif. Dari situ saya dah tahu bahawa ada kepahitan disebalik kehidupan acik dan akhirnya saya dapat mencungkilnya.

Benarlah...seseorang itu tidak mampu berselindung pabila ianya melibatkan hati dan perasaan orang tua yg dikasihinya.

Acik, Kita tidak mampu mengubah takdir Allah tapi jgn sampai kita menyalahkan apa yg di takdirkan dan tidak boleh terima jika ianya berlaku pada orang lain. Bukan semua akan menderita ada juga yg bahagia..itu adalah qada dan qadar. Jika masih ada rasa tidak redha..maknanya masih belum ada lagi kemaafan ikhlas dihati.

Ingatlah penderitaan itu satu rahmat dan kebahagiaan itu satu ujian dari Allah. Dari penderitaan menjadikan acik spt skrg ini, tahu erti kehidupan, menjadi pendorong utk kejayaan, menyayangi orang tua dan membantu insan2 yg memerlukan. Syukur alhamdulillah kerana acik membawa diri kearah positif.

Saya akui...saya juga tidak bersetuju jika lelaki kahwin lebih dari satu. Pengalaman dan cerita juga banyak kpd keburukan dari kebaikan. Ini memang menunjukkan lelaki belum benar2 memahami syarat2 dan tujuan yg dikehendaki/dituntut oleh agama sebelum berkahwin lain. Tapi sekiranya ia telah terjadi...jangan sesekali menyalahi apa yg terjadi. Itu hak Allah. Usaha, doa dan tawakal mesti dilakukan sebelum ianya terjadi.

Redha dan kemaafan itu memang susah dilakukan...tapi jika anda berjaya pasti andalah insan yg paling bahagia dan disayangi Allah...Insyaallah.

Nao Mei - Saya tidak berkecil hati, pendapat mestilah berbeza2 barulah perbahasan boleh ke arah matlamat yg positif, itu amat baik sekali.
Unknown berkata…
bila Allah izinkan poligami, mst ada hkmahnya kan :)
bg wanita jgn taksub sgt menolak poligami, takut kena batang hidung sdiri, hehe. bg lelaki, dlm kartun ni da ckup sinis, jk solat pn belum sempurna, jgn la bermimpi mahu gapai bintang di langit, hargai dulu bumi yg dipijak, apa pun xmustahil kan, yg penting adillah. *adil sgt susah okey bg yg xmmpu, bahagi emosi susah woo ^^
Kak iman berkata…
ha acik ada niat ke tu?
Unknown berkata…
Solat cukup tapi cepat goyah...sebelum ni kemain lagi pergi masjid. Bila bercinta dengan janda, tak nak pergi dah. Duk gila bayang. Isteri bercakap pun xdgr apa kebenda dah...pengalaman yang dilihat sendiri..hehe