Ticker

6/recent/ticker-posts

8 Blog Paling Gempak Bagi Bulan Jun Dan Julai


Assalamualaikum

Sebelum tu acik minta maaf kerana lambat review kena tumpukan pada final exam, hari ini istimewa acik review 8 blog yang istimewa dan tak begitu detail tapi kamu pasti suka pada semua blogger ini, ada yang baru dan ada yang sudah lama jadi adil. Jom lihat blog blog tersebut .


First blog acik akan review adalah blog Aisya Lieza. 


 
Pertama kali acik datang ke blog nie masa 2 bulan lepas, blog ini menarik kerana blog ini ada kekuatan yang tersendiri, walaupon kebanyakan entri blog ini berkisah kehidupan seorang remaja yang mencari kekuatan hidup hanya Pada Allah Maha Esa, penulisannya sangat mudah di fahami dan santai .Blog ini di tubuhkan pada December 2011 , follower 898 dan pemiliknya merupakan seorang pelajar di matrikulasi tau. Dalam blog ini kamu boleh baca e novel, cerpen, tips dan ada untuk kaum adam dan hawa. Tahu tak cerpen yang paling acik suka adalah My First Crush, jalan cerita yang menarik , dann dalam blog ini kamu dapat lihat suka duka kehidupan Aisya Lieza, ahh special dia seorang peminat bace novel, sape yang suka boleh la berkongsi cerita denganya.




Hahaha teringat petama kali datang ke blog fyna, Ahh Blog Bukan SuperMak Tapi SuperGirl… Opss!. Trade mak yang sangat berkesan dan sungguh unik ,orang kata " catchy " . Mula berjinak dalam dunia blogger pada tahun 2009 dan nama sebenar pemilik adalah Nurul Syarafina Binti Ahmad. Fyna nie seorang yang obses sangat dengan camera dan gadget seangkatan dengannya katanya. Seriously blog fyna ini banyak maklumat yang acik dapatkan, laras bahasa yang baik di gunakan dan bila kita baca blog fyna pastinya tidak akan jangkakan bahawa beliau seorang Juruteknik Komputer. Secara jujurnya acik suka blog fyna yang kemas, pemilihan colour yang tepat dan penulisan mengunakan olahan ayat yang tersendiri. Kalau nak dapatkan tips dan infomasi terkini tentang dunia artis, sukan dan pelbagai isu menarik blog fyna adalah pilihan tepat dan selalulah datang ke sini, fyna ini seorang yang baik hati tau :) Entri yang acik paling suka adalah Nanti mak bayar RM 200




Untuk blog ketiga ini pula adalah blog http://misteriomuchacha.blogspot.com dan kini dah bertukar url ke http://www.cikyaya.my. Cik yaya seorang blogger yang mencari cinta yang hakiki dan dalam hidup ini kita perlukan perubahan dan perubahan itulah yang berlaku dalam hidup yaya. Nama sebenar Adilah binti Mohd Asari ,berusia 20 Tahun. Kalau perasan blog yaya pon alami beberapa perubahan , yang kini yang terbaru dengan tema purple, seriously acik suka background template nie dan header yang ringkas tapi cantik, susun atur blog yang kemas ,penulisannya yang mudah di fahami dan kalau nak tahu yaya ini hebat dalam bahasa tau, seorang yang menghayati dan menghargai sastera . Dalam diam yaya juga berbakat menghasilkan craft tangan dan menjualnya dengan harga sangat berpatutan tak percaya lihat di sini http://yayacraft.blogspot.com/. Entri yang paling acik suka dalam blog ini adalah Rapuhku .Kalau nak dapatkan kekuatan dan ketahui kisah perjalanan hidup yaya ,selalulah datang ke sini , yaya orangnya peramah dan polite, tak percaya ? ahh selalulah ke sini 



Ahhh jangan pandang rendah pada dunia kecil ini, bagi blog dunia kecil ini sebenarnya besar maknanya. Kenapa acik katakan begitu ? bacalah dalamnya, penuh dengan isi dan penulisannya sangat baik.Nama pemilik blog ini adalah Miza Aiza, berusia 30 tahun dan berasal dari Perak.Blog kak miza ini sangat ringan dan sedap mata memandang lagi lagi bila lihat senyuman di wajahnya (gambar di dalam blog beliau) Dalam blog ini mencerita 1001 kisah yang tersurat dan tersirat. Acik amat meminati cara penulisannya yang sangat mendalami , seolah olah kita pembaca berada di tempatnya , jadi kita rasa "feel" cerita tersebut. Di sini juga kita tahu tentang kehidupan kak miza dan infomasi yang sangat berguna tak percaya tengoklah entri yang lepas semuanya menarik , entri yang paling acik suka adalah tipss atasi malas, sesuai untuk acik, kak miza jenis yang "cool girls " tak kedekut ilmu,jadi selalu datang ke blog dunia kecil ini ye




Secara Jujurnya bila acik masuk blog acik rasa tenang, yelah dengan tema blog putih ,tak banyak colour macam blog acik, blog ini ringan bila loading dan tiada widget yang bukan bukan .Nama pemilik adalah Fizi Zaidi dan merupakan seorang pelajar di University of Sultan Zainal Abidin (Unisza). Paling acik suka tentang blog ini adalah cara peyampaiannya yang bersahaja dan siap nak ajar cakap ganu dan thailand. Ahh kalau nak tahu fizi ini juga mempunyai bakat dalam lukisan ,cantik dia lukis .Dan kalau kamu semua nak tahu tentang akitviti dan program yang di sertai boleh lihat di entri lepas, siap ada review filem.Ahh dalam blog ini entri yang paling acik suka adalah Cara Saya Hilangkan Tekanan , Nak tahu lebih lanjut selalu lah datang ke blog ini.




Sekarang tiba masa untuk blog SKA pula, ahh  blog ini pada acik beri nafas baru kepada mereka yang ingin berblog, blog simple, kemas dan cantik. Pemilik blog ini bernama Fais ,berasal dari terengganu,mula berblog pada march 2011.Seorang suka pada Graphic & Abstract Design, peminat tegar F1, MotoGP & Bola. Biasalah bila lihat fais ini nampak seperti "teging" orangnya bermaksud jiwa kental tapi alhamdulilah bagus memberi penekanan perkongsikan tentang islamic, acik sukakannya harap di teruskan, penulisan yang santai dan bersahaja.Acik sukakan header blog ini, sangat "cool" . Ahh sape yang suka konvoi boleh ajak fais ini ,sebab dia pon suka. Dan bakat yang terpendam fais ini pandai buat doodle yang comel, ramai blogger sudah di buatkan. Ahh entri yang paling acik suka adalah Jum cuba dengar  . Jadi peminat doodle boleh ke sini dan kepada semua jom meriahkan blog ini
 




Okey Azwar turn pula, okey blog ini bila pertama kali masuk tertarik dengan gambar kecil di sebelah kanan tu ,seolah gambar dalam cermin tapi sebenarnya bertentangan. Ahh acik juga suka ayat di header nya yang bemakna " hidup ini penuh warna wani bagaikan pelanggi selepas hujan ". Ahh template blog ini juga di reka sendiri dengan kreativiti sendiri. Nama pemilik adalah Azwar Syuhada, berusia 19 tahun. Bila baca entri yang di taip nampak kematangan dalam penulisan jika di lihat dari awal penulisannya di blog, itu satu pekara yang bagus, perkongsian yang menarik di blognya dan menceritakan tentang dirinya serta kongsikan infomasi . tentang isu semasa.. Ahh kalau ikutkan cerita Azwar , dulunya beliau ada blog tapi secara tak sengaja dia terdelete google account dan blog terpadam dan blog ini kiranya blog keduanya yang bermula pada 17 November 2012. Dan entri yang paling acik suka adalah Inikah Sikap Bakal Pemimpin di Masa Akan Datang??




Ahhh ini blog yang terakhir, bila pertama kali acik  masuk ke blog ini reaksi adalah wah banyak infomasi, blog yang bertemakan putih dan hijau ini dan tagline blog yang mempunyai maksud yang mendalam " life aint easy as you think ". Mohd Zulkarnain ialah pengasas blog Blackrosehunter. Blogger separuh masa. Mempunyai minat dalam menulis blog, programming dan pembangunan web. Blog ini merupakan blog peribadi yang ditubuhkan bertujuan untuk mendidik masyarakat tentang kesihatan Selain maklumat dan info kesihatan, blog ini turut berkongsi sebarang maklumat lain yang dikira bermanfaat..Acik sangat suka cara penulisannya ,nampak seperti professional dan matang.Penerangan di setiap entrinya jelas dan menggunakan ayat yang mudah di fahami, tak adalah bahasa scientific sangat. Dan susun aturnya juga bersesuaian dengan templatenya. Dan entri yang paling acik suka di blog ini adalah Cara Tingkatkan Metabolisme badan

Catat Ulasan

30 Ulasan

Tetamu Istimewa berkata…
Salam Jumaat. Wah, pembaca dan penganalisis yang baik. Teruja sangat.
fyna ahmad berkata…
ehhh... terkejut fyna. terima kasih untuk entri nih. first time blog fyna kena review nih ^_^ terasa rendah diri sangat nih.
sitirohaida berkata…
eh..baru dpat komen kat sini..tahniah..sis pun da follow mereka nie..
Unknown berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata…
pas ni akak pula la...hehe
Tanpa Nama berkata…
tahniah buat semua....
hazwan hairy berkata…
selalu juga terjah..hehe
Unknown berkata…
salam jumaat..Thank's bro Acik,..utk kunjungan dengan kritikan membina dan membantu log fizi
dan rakan2 bloger yg lain..:D
Adilah Asari berkata…
thanks acik untuk review nya ini :)
^____^
norhasnizakhalid berkata…
padat dengan pelbagai info kan blog mereka ni, masing-masing ada kisah tersendiri kenapa acik memilih mereka..
Unknown berkata…
Ada blog yg tak dijengah lagi..kena berkenalan ni.
Akupenghibur.com berkata…
alhamdulilah :) jom dtg ke blog mereka
Akupenghibur.com berkata…
heheheehe kan ,special untuk fyna
Akupenghibur.com berkata…
betul , mereka ada kisah yang tersendiri :)
Akupenghibur.com berkata…
ahhh jom terjah mereka :)
Azwar Syuhada berkata…
Fuyoo.. kita tersenarai jugalah!! Terima kasih acik, sudi review. :)
Unknown berkata…
padat dengan informasi..sebagai pendatang baru dalam arena ini, terlalu byk lagi elmu yang perlu saya gali..blog anda akan menjadi salah satu sumber rujukan saya..terima kasih. :)
Unknown berkata…
kebanyakkannya datang drp kalangan mpuan. tahniah kepada mereka di atas.
Mizz Aiza berkata…
terima kasih kerana acik telah review blog akak.. :D
Unknown berkata…
rasanya pernah terjah beberapa blog.. thanks for sharing.. boleh kasi gegar yang lain hehehehe
Fais-SKA berkata…
trima kasih Acik =) tahniah bt mereka..
Long Cham berkata…
kucinghitam bila lagi hahahaha
Lieza Nordin berkata…
thanks acik :) tahniah juga buat mereka :DD
Unknown berkata…
Tahniah buat blog yang terpilih...Mereka memang yang terbaik...
Unknown berkata…
tahniah buat yg terpilih........ memang hebat2 semuanya.....
Unknown berkata…
tahniah kepada mereka sebab telah direview di sini....reviewnya pun sgt menarik, walaupun ringkas tetapi padat....
Tanpa Nama berkata…
thanks bro..blog sy hanya blog biasa..hebat blog-blog yang lain..