Ticker

6/recent/ticker-posts

9 Mimpi-Mimpi Rasulullah S.A.W


Mimpi-Mimpi Rasulullah S.A.W.

Assalamualaikum

 Alhamdulilah kita tiba di penghujung segala hari, semoga kamu semua di rahmati Allah , Semalam acik ada terbaca berkaitan dengan mimpi mimpi  Rasullulah, Bergelinangan air mata ini mengalir apabila membacanya, yelah diri ini juga banyak lakukan kesalahan dan kesilapan ,perlu baiki diri ini, Kisah yang pendek tetapi mendalam maksudnya , jadi jom kita baca

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:

“Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan……..”

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datangi oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat menggerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

 
3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.
 
4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.
 
5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH S.W.T. memberi minum hingga ia merasa puas.
 
6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.
 
7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadaan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH S.W.T. lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang – benderang.
 
8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.
 
9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH S.W.T. lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.
 
BERSABDA RASULULLAH S.A.W. : “SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT”

Catat Ulasan

9 Ulasan

Mizz Aiza berkata…
salam jumaat acik.. perkongsian yang baik.. terima kasih kerana mengingatkan.. :D
Tanpa Nama berkata…
Ya Allah..seberapa kecil pun apa yang kita lakukan mesti ada balasan dan ganjarannya..
Unknown berkata…
terima kasih acik.. memang dapat menjadi iktibar kepada yang membacanya termasuk aku :)
Nina Mads berkata…
salam jumaat :)
kisah benar yg benar2 tersentuh...
BinMuhammad berkata…
Salam Acik,
Bertuah rasanya di hari Jumaat yg mulia ini mendapat kisah hebat sebegini. Sungguh mengerikah tapi amat menginsafkan...Terima kasih Acik.
Unknown berkata…
HAnya dengan amalan kita terselamat..menginsafkan..
Unknown berkata…
perkongsian yg baik...ibadah kita lah yg akan menyelamatkan kita nanti....
kak gojes berkata…
tersentak sikit hati akak...erm...perkongsian yg bagus..tq..
Unknown berkata…
nice info....... semoga kita semakin baik setiap hari.....