Assalamualaikum
Alhamdulilah masih lagi di beri kesempatan untuk hidup di muka bumi Allah ini, minta maaf semua beberapa hari ini acik sangat sibuk dengan tugasan yang kena hantar minggu minggu last nie SubhanaAllah ujian datang penuh mencabar dan entri ini acik autopost untuk yang sudi baca blog ini, dan malam nanti acik akan bw ke blog kamu semua . Hari ini acik nak menjawab satu soalan dari zaza berkaitan dengan jodoh, dan boleh bace printscreen di bawah ini
sudah acap kali kita tentang perempuan yang baik untuk lelaki yang baik , siapa pon mesti nak dapatkan seperti itu dan ingin memiliki seorang yang dari golongan yang baik-baik. Tak salah jika nak dapatkannya yang penting ada usaha dan doa serta perancangan Allah pastinya semua akan termiliki. Jangan pernah putus asa.
Tapi yang selalu menjadi persoalan adalah layak ke aku untuk mendapatkan lelaki/ perempuan yang baik ?
Adakah lelaki/ perempuan yang baik untuk orang yang banyak dosa macam aku ?
dan macam macam lagi persoalan yang bermain di minda,
Allah itu adalah sebaik perancangan , Dia tahu segalanya ,Dia Maha mengetahui yang kita tahu tahu.Allah tak akan jadikan sesuatu pekara itu sia-sia dan sesuatu itu tanpa sebab.
seperti zaza nie punya persoalan ini dan mungkin yang lain juga katakan , kalau semua nak yang baik sahaja siapa nak bimbing yang tak baik atau kurang baik ?
memang betul pon kalau semua nak yang baik ,siapa pula nak bimbing yang kurang baik kan :)
Perancangan Allah itu sangat telilti yang baik sekali, dia dah rancang semuanya untuk kita dengan teratur, Allah akan berikan seseorang itu selayaknya kita dan kadang Allah berikan lelaki/ perempuan yang baik itu untuk kita muhasabah diri dan baiki diri .
Bila kita dapatkan pasangan yang baik itu maknanya Allah mahukan kita berubah , dia hadirkan untuk kita untuk membimbing kita .
Sebagai contoh, lelaki itu dulu seorang pemabuk, kaki judi, tapi hadirkan seorang perempuan yang baik untuknya, dan perempuan itu dapat mengubahnya menjadi lelaki yang baik selepas mereka berkahwin, dan lelaki itu menjadi lelaki baik,
Tetapi mungkin juga telah berubah , pernah menjadi kurang baik bukan ? tetapi itu dahulu. Dan akhirnya menjadi baik bukan ? Benarlah kata Allah yang baik untuk yang baik ,SubhanaAllah sungguh hebat perancangan Allah.
Jangan risau bila kita cuba kearah kebaikan ,jodoh kita juga cuba ke arah kebaikan dan sedang berusaha membaiki diri
Lagipon kita tak tahu apa yang sedang berlaku, dan apa yang akan belaku. Kita berusaha untuk jadi yang baik insyallah Allah hantarkan selayaknya kita, bersangka baiklah dengan Allah
oklah panjang lebar pulak , lain kali betemu lagi ,wasalam
36 Ulasan
Saya sgt bersetuju dgn pendapat acik.
Pendapat saya..kalau perempuan jahat tu harap ade lelaki baik nak dia, perempuan tu kena ubah dulu jd baik & tinggalkan benda2 jahat..lepas tu apa yg penting ialah lepas perubahan tersebut dan perkara lepas biar antara dia dgn tuhan..lelaki baik xperlu ingat masa lalu dia.
utk zaza pulak....rasanya zaza ni terlalu paranoid dan rasa rendah diri yg tak bertempat...yg penting ingat satu je....allah takkan ubah nasib satu2 kaum kalau kaum tu taknak berubah....
anda nak baik? kalau ya, maka usaha lah ke arah kebaikan dulu....takkan nak mimpikan imam muda datang meminang anda pulak lepas tu baru anda pertimbangkan samada nak jadi baik atau tidak....
apa2 pun siapa pun jodoh kita semua tu sudah tertulis dan setiap perancangan allah tu pasti ada hikmah....
Kenapa yg bertanya mengatakan yg dirinya tidak baik, kalau begitu dia harus faham utk mendapatkan lelaki baik, dia perlu berubah menjadi baik...
Yg perlu di fahami adalah baik yg dimaksudkan adalah baik disisi Allah, Dizaman ini tiada manusia yg benar2 baik, semua orang melakukan kesilapan... Berdoa, mohonlah keampunan dan bertaubatlah sepanjang masa...itulah yg terbaik!