Assalamualaikum
Hureyy hari sabtu ,hari untuk rehatkan badan , minggu depan banyak assignment dan test yang perlu di hadapi. Jadi hari ini, dapatlah rehat puas puas. Pagi tadi lepas solat subuh check page acik , dan ada seseorang minta pendapat dari acik dan kamu semua . Boleh baca apa yang acik print screen di bawah ini.
Ermm dik, nie masalah memang agak kalut dik, tapi jangan cepat melatah dan terburu buru. Fikir dulu dalam buat keputusan. Acik faham perasaan alif, sebab acik pernah lalui apa yang alif rasa dan hadapi. Alhamdulilah alif dapat bangkit dari masalah ini walaupon memang hati akan terseksa apabila di hina dan di kutuk hanya pekara kecil yang kita lakukan.
Biasa orang nie kuman yang halus dia nampak dan kecoh satu kampung, gajah yang besar di biarkan saje. Bila kita silap ,semua orang nampak kita jahat dan kita di pulaukan ,di hina dan di kutuk, tapi bila orang silap ? mereke katakan bahawa siap manusia lakukan kesilapan. Adakah itu adil ??
Acik tanya adik alif apa punca dia kena pulau dan dia jawab kerana dia gemuk dan tak pandai. Dan sekumpulan group nie buli dia dan warning kepada kawan2 untuk jangan kawan dengan dia.
Walaupon situasinya berbeza dengan acik , tapi acik faham. Alif itu semua ujian Allah untuk melihat di mana kekuatan alif untuk hadapi semua nie. Memang sakit dan akan terluka hati , tapi dengan balas dendam itu mampu buat pekara itu lebih baik ? adakah kamu akan bahagia dan mampu ubah masa silam tu ?
Memang sekarang kita punya kesempatan untuk membalas dendam. Dengan itu, syaitan akan tepuk tangan bangga kerana ini telah berhasil buat alif tak ubah jadi seperti orang buli alif, syaitan akan raihkan kemenangan dia.
Pernah terfikir tak ? sebab dia juga alif bangkit dan sekarang nie jadi lebih semangat bukan ? Dan ada sebuah hadis mengatakan
“Orang
yang paling sabar diantara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan
orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya.” (HR Baihaqi)
Dan orang yang paling hebat adalah orang yang mampu merelakan kisah silamnya ,memaafkan orang yang pernah sakitinya dengan ikhlas. Allah itu mengetahui apa yang berada di langit dan di bumi . Pastinya ada hikmah di sebalik semua ini. Maafkan lah dia, insyaAllah alif akan rasa tenang dan kisah lama itu jadikan ia sebagai kisah yang berlalu. Kita buka lembaran baru dan kini adalah alif yang tabah dan kuat semangat
Ok adik alif , berdoalah pada Allah dan fikir betul betul , membalas dendam bukan cara yang terbaik. Acik percaya alif mesti tak sampai hati. Semoga Allah memberi petunjuk kepada adik alif.
26 Ulasan
mintak tolong http://www.mimbarhatiku.blogspot.com/2013/06/mintak-tolong-sangat-sangat-urgent.html
Walaupun Abg Am bukan ditempat adeq tapi perasaan dipulau tu perit, dihina dicaci bagai2. Hanya mampu memberi nasihat..renung2 kan lah
harapnya dia mendengar nasihat Acik ni.....
Alhamdulillah dia bangkit melawan rasa tu...
# sekadar pendapat peribadi