Ticker

6/recent/ticker-posts

Adakah aku mampu bertahan jika Engkau tiada dalam Segenap hidupku ?


hidup atau mati

Assalamualaikum

Dalam hidup ini, aku telah jelajahi beribu langkah, setiap senyum, gurau hiba meniti sepanjangan perjalanan ini .

 Begitu aku, yang mencari di mana penghujung jalannya, walaupon aku tahu terdapat pangkal hidup tapi tak pernah terjangkau bagaimana pengakhiran.

Aku berjalan dan terus berjalan untuk melihat dunia fartamugana,
melihat dunia dengan pesona, kadang ku rasa hatiku hilang tanpa arah,
Sepanjang perjalanan itu ku melihat ragam manusia yang bagaikan pelangi menerangi dunia
 ada ketikanya ia semanis gula ,
ada ketikanya ia pahit bagiakan peria
ada ketikanya ia bagaikan patung tak bernyawa
ada ketika dia bagaikan boneka seribu muka

Aku bukan manusia yang inginkan kesempurnaan hidup tapi hanya sebuah kiasan di balik cahayaMu
Aku juga pernah jatuh jauh di lubuk danau yang kotor
aku pernah rasa bagaimana jika hati di hiris dengan belahan pedang
Aku pernah rasa bagaimana sakitkan panah kata kata yang penuh bisa
duhai hati kenapa aku mampu hadapi semua ini ? walhal badan aku katakan aku tak mampu tapi kau tetap mengatakan bahawa aku kuat mengatasinya

Aku terus bangkit dari mainan igauan untuk terus berjalan ke hadapan
dengan papahan kata kata buatkan aku bangkit, 
Ketika aku di lemah hina tiada siapa mata yang ingin memandang,
Ketika aku memakai mahkota hidup semuanya ingin mendekati,
itulah realiti yang perlu aku terima,

Hidup ini masih jauh perjalananan yang penuh aku perlu aku tempuhi,
masih ada hari esok dan seterusnya untukku ?
Ataupon nadiku terhenti di sini ?

Duhai hati yang mencintai kerana Allah , tadahkan tanganmu raihlah syukur kerana kau masih di sini 

Ku bertahan selama ini atas doa kau yang selalu ada untukku dalam doamu,
aku bertahan di sini kerana kata kata semangat yang taip di blog ini,
aku bertahan di sini kerana kasih sayangMu yang tak pernah berbelah bagi
AKu ada disini keranaMu ya Allah 
 
Adakah aku mampu bertahan jika Engkau tiada dalam Segenap hidupku ?

Catat Ulasan

14 Ulasan

norhasnizakhalid berkata…
Berserah hanya pada Mu Ya Allah..
nabila biela berkata…
:) love this poem
Mizz Aiza berkata…
semoga acik teruskan berdakwah melalui penulisan dan perkongsian di dalam blog ini.. :D
Tanpa Nama berkata…
bahasa yang cantik,susun kata yang indah...bagi 4 bintang..
Fais-SKA berkata…
hidup kita masih pnjang..jom truskan dan yakin pada Allah =) syum sokmo
tarmizi berkata…
Macam mana hidup perlu di teruskan?
Unknown berkata…
hebat la bahasa acik .. kalau wani mmng dh failed awal nk buat ayat mcm nie, hehe
Unknown berkata…
Samalah kita Acikk.. mcm2 gudaan cubaan dan halangan yang dikecapi sepanjang hidup ni.. semuanya manis bila dikenang balik.. padahal waktu tu sengsara sangat..semuanya buat kita kuat.. buat kita makin cintakan Allah dan tidak melupakanNya dalam hidup kita.
Lieza Nordin berkata…
siapalah kita tnpaNya tapi kita sllu lupakn Dia :')
Adilah Asari berkata…
kene kuat dan jangan putus asa..
jatuh tatkala berlari memang selalu terjadi dan mungkin memberi sakit yang lama,
jatuh tatkala berjalan itu tak pasti tapi bila leka pasti terjadi,
namun andai kata merangkak pun masih lagi terluka bermakna ada perkara yang kita lupa.
perbaiki apa yang kurang dan kita pasti dapat menapak dengan tenang :)

#maaf tersirat kot..
Unknown berkata…
fizi ambil kata2 akhir entry bro,,"Adakah aku mampu bertahan jika Engkau tiada dalam Segenap hidupku ?" so bagi fizi banyak maksud yang boleh dihuraikan...mean sangat mendalam maksudnya...

#ayat mgkn tergantung....
Unknown berkata…
insyaAllah...segalanya sudah diatur......
Dia perancang yg terbaik buat kita.....
Unknown berkata…
bersedia atau tidak, kita kena bolos jugak dinding itu....hehehe
cik Anggur berkata…
bertahan lah......byk2 brdoa