Assalamualaikum
Alhamdulilah
keadaan di Shah Alam semakin membaik , kurang dah jerebu selepas hujan
beberapa hari yang lepas. Sebelum tu acik minta maaf kepada kamu semua
dan tidak dapat menjawab semua soalan yang kamu hantarkan pada acik.
Acik pilih soalan dulu , kalau ada apa apa boleh terus hantarkan pada
acik , ada waktu acik jawab. Hari ini , acik dapat satu soalan dari
Razif seprti di bawah ini
Assalamualaikum
acik, aku nak tanya ini, aku tengah geram dan rasa tak puas hati dengan
kawan aku , menyampah pon ada. Tapi boleh ke kalau kita doa pada Allah
untuk keburukan atau bala untuk dia, biar dia mata di langgar lori pon
tak apa, geram aku dengan dia.
MasyaAllah , Istighfar jangan terlalu ikut emosi, bawakan bersabar.
Rasulullah SAW bersabda
maksudnya: “ Janganlah kamu sekalian berdoa untuk kebinasaan diri,
kebinasaan anak-anak, dan janganlah pula berdoa untuk kebinasaan harta
benda lebih-lebih lagi jika waktu doa berkebetulan dalam waktu yang
mustajab”. (Hadis Riwayat Abu Daud)
Kitakan orang islam dan sebagai seorang muslim tidak
di benarkan mendoakan orang lain untuk keburukannya, apalagi dengan
maksud ingin menghancurkanya, mendoakan keburukan orang lain sahaja di
larang apalagi jika kita mendoakan kebinasaan saudara kita yang seiman
dan seakidah.
Dari Abu Hurairah berkata bersabda
Rasulullah SAW : "Apabila seseorang berkata : 'Binasalah manusia', maka
dialah yang akan binasa." (Hadis Riwayat Muslim)
Mendoakan
kebinasaan orang lain hanya di dorong oleh perasaan sakit hati di atas
kesalahan atau kesilapan orang lain kepada diri kita adalah dilarang
dan di tegah oleh agama. Sifat pemaaf adalah sifat mahmudah yang sangat
dituntut oleh Islam.
Salah satu di antara ajaran Islam
yang sangat agung adalah ajaran untuk saling memaafkan. Memafkan
bermaksud orang lain yang yang mempunyai kesalahan kemudian kita memberi
maaf. Sementara kalau kita yang mempunyai kesalahan maka wajib bagi
kita untuk meminta maaf.
Orang
yang mulia adalah orang yang suka memafkan. Dalam sebuah hadis yang di
riwayatkan oleh Abu Hurairah ra, bahwasannya
Rasulullah S.A.W. bersabda
maksudnya : Musa bin Imran a.s, berkata: "Wahai Tuhanku diantara
hamba-hamba-Mu, siapakah orang yang paling mulia dalam pandangan-Mu ?
"Allah Azza Wajalla menjawab, “ Orang yang memaafkan walaupun ia mampu
membalas. “ ( Hadis Riwayat Baihaqi )
Kadang
kala kita bertemu dengan seseorang yang sedang marah berkata, "Sampai mati
pun aku tidak akan memaafkan kesalahannya, aku akan tuntut di
akhirat."
Ahhh
kata-kata seperti ini adalah bukan sifat orang yang beriman, kerana ianya lahir
daripada perasaan sombong dan takbur dalam diri seseorang. Sedangkan Allah SWT
yang Maha Pencipta sekelian makhluk boleh memaafkan kesalahan hamba-hamba-Nya
dengan sifat Al-'Afuwwu, adakah kita lebih hebat daripada Allah SWT? Ingat
sesiapa yang ada dalam hatinya sifat sombong tidak akan dapat memasuki syurga
Allah SWT.
Memaafkan
seseorang yang kita tidak mampu membalasnya adalah sifat yang mulia,
kerana kedudukan kita pada saat itu lemah. Sementara memaafkan seseorang yang
kita mampu untuk membalasnya adalah lebih baik dan lebih mulia kerana pada saat
itu kedudukan kita kuat dan boleh melakukan apa saja. Ketika seseorang berusaha
untuk menjadi pemaaf bermakna ia telah berusaha untuk meniru sifat Allah
iaitu Al-‘Afuwwu yang Maha Pemaaf. Seseorang yang memaafkan orang lain adalah
orang yang cuba menghilangkan luka hatinya akibat kesalahan yang di lakukan
orang lain terhadapnya.
Allah
S.W.T. berfirman yang bermaksud: “Dan orang yang menahan amarahnya dan
memaafkan orang lain, Allah mencintai orang yang berbuat kebajikan.” (Surah
Ali-Imran, ayat 134)
Sabda
Rasulullah SAW yang bermaksud : "Orang yang terkuat di kalangan kamu
semua ialah orang yang dapat mengalahkan hawa nafsunya di ketika dia
marah dan orang yang tersabar ialah orang yang suka memberikan pengampunan di
saat dia berkuasa memberikan balasan (kejahatan orang yang
menyakitinya)"
(Hadis
Riwayat Baihaqi)
Emm dalam dunia nie tiada
ubat paling mujarab merawat penyakit hati kita melainkan dengan berlapang dada,
memberi kemaafan secara ikhlas akan mengembalikan ketenteraman, ketenangan
serta menambahkan khusyuk ketika beribadat.
Orang
yang mudah memaafkan kesalahan orang lain, yakin dan percaya bahawa setiap
keterlanjuran yang berlaku adalah ujian Allah yang menjadi takdir perlu
dihadapi dan sekali-kali tidak akan terbelenggu dengan rasa marah berpanjangan.
Sebagai
makhluk yang lemah dan selalu membuat kesilapan, berdoalah kepada Allah swt
supaya hati kita sentiasa dilembutkan serta dipermudahkan untuk menghulurkan
kemaafan sekalipun kita berada di pihak yang benar.Marilah bersama
mentarbiahkan diri dengan menjinakkan lidah untuk mengucap kemaafan sementara
tangan menghulurkan salam kemaafan kepada sesiapapun tidak kira sebesar mana
kesalahan kerana dalam sifat pemaaf terkandung keberkatan dan kemuliaan yang
tinggi.
Yakinlah,
jika kita bersedia memberi kemaafan kepada seseorang nescaya orang juga
bersedia memaafkan keterlanjuran kita. Marilah buang segala sifat mazmumah
supaya perasaan sakit hati, benci dan marah dapat dijauhi
Maaflah
entri panjang berjela tapi ingat walaupun kalimah maaf sukar untuk dilafazkan,
tapi berusahalah untuk menjadi pemaaf. Beruntunglah orang yang memiliki sifat
pemaaf kerana dalam sifat pemaaf itulah terkandung kemuliaan, keberanian dan
kekuatan.
43 Ulasan
"... adakah sabar namanya itu?
Apa2 pun yg acik tulis tu mmg betul. Kena memaafkan walaupun pedih yg amat kerana itulah saja salah satu cara utk dpt ketenangan diri. Selagi kita tidak memaafkan selagi itulah ia akan jd racun dlm kehidupan kita.
p/s : doa itu senjata mukmin... doa yang baik2 ya~
dlm apa apa hal..... kena byk bersabar dan muhasabah diri......
kalau belum sedia memaafkan, kita tunggu. Tentu masanya akan tiba.
kan lebih baik
dulu saya dendam dengan seorang sahabat yang dah lama kawan sejak sekolah menengah, tapi hanya kerana orang ketiga, dia membenci saya, sampai tahap yang membuat saya tercabar.
skang sy hanya mendoakan dia pulang ke pangkal jalan. skang dia tak menegur saya. eloklah, saya rasa biarlah dia dengan dunianya.
btw, kalo org tu pernah sakitkan hati kita, kita sabar n brdoa kpd Allah supaya org yg sakitkn hty kita diberikan hidayah dan kita jgn plak doa yg buruk2 dkt kwn kte tu kan..Allah kan ada..Just put trust in Allah rite :)
Memaafkan orang tu kadang-2 susah kalau kes berat. Tapi kalau setiap hari kita kata kita akan memaafkan orang tu,lama-2 ikhlaslah diri kita untuk maafkan org tu ^_^
kak lea jugak selalu dengar kawan mengadu macam tulah..menyumpah2 hingga kadang2 haramkan orang tu jejakkan kaki ke rumah dialah,ada jugak yang menyamakan orang yang dia tak suka/marah sangat sebagai binatang.apalah nak jadi,takde iman dah ke?
perasaan suka,marah,sayang,benci itu semua datangnya daripada Allah swt.kita tak boleh mendoakan yang tidak baik,percayalah kesabaran itu memang mudah nak diungkapkan tapi nikmatnya subhanallah.....percayalah....
Tapi orang tu doakan AJ tak bahagia lah, apalah....
Alhamdulillah AJ bahagia je sampai sekarang ni...
Tapi tu lah, manusia ni kadang kalau hati dah geram sangat, terlepas jugak ayat2 macam tu....
AJ pun kadang ada gak terlepas khilaf tu Acik...