Assalamualaikum
Ketika ini terlalu banyak persoalan cinta yang di utarakan kepada diri ini. Tapi malangnya aku bukanlah pemantun yang mampu menzahirkan seribu kata kata cinta agar hati yang mendambakannya tenang di bawa alunan. Bukan jua diriku seorang yang pemanis kata hanya untuk enak di dengar tapi tiada apa maknanya.
Dikala ada seseorang bertanya kepadaku, adakah salah jika mengucapkan cinta dan menzahirkan dengan kata kata terhadap seseorang ?
Tentulah jawab tak salah, boleh, tapi tak penting ,tidak penting seperti bukti sebenar cinta ,bukti cinta sebenar itu apabila kita menghargai orang yang kita cintai dengan perbuatan agar orang itu rasa selamat dan terhormat.
Bukan bermakna hidup perlu serah segalanya sebagai bukti , tapi apabila kita mencintai dia , kita tahu apa yang terbaik buatnya .Dalam segala perbuatan akan di jaga untuk pastikan cinta itu bukan hanya berlandas nafsu.
Dalam solatmu jangan pernah dirimu luput mendoakan dirinya agar mencintai dirimu kerana Allah , maka cinta itu akan di jaga dengan segenap hati . Dalam setiap langkah dan tindak lakumu ,dirimu menjaga batas batas agar kerana kau menghormatinya.
cinta itu bukan hanya sekadar kata kata indah tapi cinta itu perlukan tindakan , tindakan yang membukti bahawa dirimu mencintainya. Maka lunakkan kata katamu dengan zikir , kumpullah hartamu agar dirimu dapat memilikinya dan pinang dia jika dirimu sudah cukup berkemampuann.
kadang cinta itu akan selalu di uji, ujian yang di turunkan itu adalah tarbiyah dan rasa rindu Allah terhadap kita yang selami hanya mencari cinta di dunia sedangkan di akhirnya nanti kita menjadi orang yang paling kontang.Maka seimbangkan antara dunia dan akhirat
Di saat kita ingin melepaskan seseorang itu ingatlah saat kita ingin mendapatkannya, di saat kita tidak merindunya ingatkan saat pertama kita melafazkan kata cinta kepadanya. Di saat kita mula bosan denganya ingatlah saat indah kita bersamanya
Jika dia bukan milikmu maka , janganlah membenci dirinya kerana suatu ketika dialah orang yang pernah dirimu sayangi. terimalah cinta itu tak semestinya kita dapatkan dengan siapa yang kita mahukan dan keadaanya. Ada waktunya kita terpaksa merelakannya, Sebab itu kita kena belajar menerima seseorang dalam apa jua keadaanya dan kerana Allah.
Yakinlah pada Allah bahawa dia akan temukan kita dengan seorangnya selayaknya kita, jangan pernah berhenti berdoa dan bermohon kepadanya. Jodoh itu Rahsia Allah
Hidup umpama seperti pendati, harus memberi manfaat di dunia, bererti di akhirat.Semoga kita temui cinta yang kita cari selama ini.
Hidup umpama seperti pendati, harus memberi manfaat di dunia, bererti di akhirat.Semoga kita temui cinta yang kita cari selama ini.
22 Ulasan
rasa cinta adalah lumrah bagi tiap yang bernyawa, rasa cinta juga tak dapat digambarkan dengan kata2...
makna cinta itu juga luas...
CINTA Allah dan cinta sesama insan...
p/s: Adakah acik sudah menemui cintanya?
betul tidak salah..tp skrg kita dapat lihat sendiri bgmana remaja skrg 'ungkapkan' kata cinta dgn cara mereka. Masih belajar lagi sudah ingat bercinta...apapun..bercinta tak salah...tapi pastikan diri kita 'CUKUP' dr pelbagai segi..ILMU dan AGAMA la yg terutama...
paling suka ayt nie.....pinjam nk post kt FB erk ~
kalo kita x zahirkan, camne orang nak tau kan :)
Cuma yg salah ialah kalau kita cuba membuka pintu2 zina...apatah lagi kalau membuatnya.
Oleh itu, berjaga-jaga dlm hubungn krn kita perlu igt bhw disekeliling kta ada syaitan yg cuba menggoda dan memesongkan hati kita dr tujuan yg sebenar.