Ticker

6/recent/ticker-posts

Adakah Salah Jika Mengucapkan Cinta Dan Menzahirkan Dengan Rasa Cinta Terhadap Seseorang ?


doa untuk cinta hati

Assalamualaikum

Ketika ini terlalu banyak persoalan cinta yang di utarakan kepada diri ini. Tapi malangnya aku bukanlah pemantun yang mampu menzahirkan seribu kata kata cinta agar hati yang mendambakannya tenang di bawa alunan. Bukan jua diriku seorang yang pemanis kata hanya untuk enak di dengar tapi tiada apa maknanya.

Dikala ada seseorang bertanya kepadaku, adakah salah jika mengucapkan cinta dan menzahirkan dengan kata kata terhadap seseorang ?

Tentulah jawab tak salah, boleh, tapi tak penting ,tidak penting seperti bukti sebenar cinta ,bukti cinta sebenar itu apabila kita menghargai orang yang kita cintai dengan perbuatan agar orang itu rasa selamat dan terhormat.

Bukan bermakna hidup perlu serah segalanya sebagai bukti , tapi apabila kita mencintai dia , kita tahu apa yang terbaik buatnya .Dalam segala perbuatan akan di jaga untuk pastikan cinta itu bukan hanya berlandas nafsu. 

Dalam solatmu jangan pernah dirimu luput mendoakan dirinya agar mencintai dirimu kerana Allah , maka cinta itu akan di jaga dengan segenap hati . Dalam setiap langkah dan tindak lakumu ,dirimu menjaga batas batas agar kerana kau menghormatinya. 

cinta itu bukan hanya sekadar kata kata indah tapi cinta itu perlukan tindakan , tindakan yang membukti bahawa dirimu mencintainya. Maka lunakkan kata katamu dengan zikir , kumpullah hartamu agar dirimu dapat memilikinya dan pinang dia jika dirimu sudah cukup berkemampuann.

kadang cinta itu akan selalu di uji, ujian yang di turunkan itu adalah tarbiyah dan rasa rindu Allah terhadap kita yang selami hanya mencari cinta di dunia sedangkan di akhirnya nanti kita menjadi orang yang paling kontang.Maka seimbangkan antara dunia dan akhirat

putus cinta kerana ALLAH

Di saat kita ingin melepaskan seseorang itu ingatlah saat kita ingin mendapatkannya, di saat kita tidak merindunya ingatkan saat pertama kita melafazkan kata cinta kepadanya. Di saat kita mula bosan denganya ingatlah saat indah kita bersamanya 

Jika dia bukan milikmu maka , janganlah membenci dirinya kerana suatu ketika dialah orang yang pernah dirimu sayangi. terimalah cinta itu tak semestinya kita dapatkan dengan siapa yang kita mahukan dan keadaanya. Ada waktunya kita terpaksa merelakannya, Sebab itu kita kena belajar menerima seseorang dalam apa jua keadaanya dan kerana Allah.

Yakinlah pada Allah bahawa dia akan temukan kita dengan seorangnya selayaknya kita, jangan pernah berhenti berdoa dan bermohon kepadanya. Jodoh itu Rahsia Allah

Hidup umpama seperti pendati, harus memberi manfaat di dunia, bererti di akhirat.Semoga kita temui cinta yang kita cari selama ini. 

Catat Ulasan

22 Ulasan

Bunda_nora berkata…
assalamualaikum,

rasa cinta adalah lumrah bagi tiap yang bernyawa, rasa cinta juga tak dapat digambarkan dengan kata2...

makna cinta itu juga luas...

CINTA Allah dan cinta sesama insan...
Unknown berkata…
Ye..jaga batas kerana kita menghormatinya.. bukan merosakkan atas alasan cinta..
Lieza Nordin berkata…
dpr cinta Allah, insyAllah cinta mahluk lain akn menyusul dgn ikhlas kepada kita ^_^
Unknown berkata…
rasa cinta memang lumrah yang diberikan... tapi kita sebagai insan, wajib memelihara anugrah cinta yang diberikan...
BinMuhammad berkata…
Tidak pandai mengulas isu cinta...setuju dgn apa yg di perkatakan.

p/s: Adakah acik sudah menemui cintanya?
Unknown berkata…
betul tu.. skrang mudah sangat remaja ckp cinta, padahal itu bukan cinta? mgkin.
miss yatie berkata…
eeemmm..kupasan y menarik, kalau cinta yg kita taburkan berlandaskan cinta NYA..kebahagian pasti menantikan?..menerima dia seadanya dan tetap setia dan percaya
kak gojes berkata…
salah jika yg mengungkapkan kata cinta itu suami atau isteri orang!!!!..hehheheh...

betul tidak salah..tp skrg kita dapat lihat sendiri bgmana remaja skrg 'ungkapkan' kata cinta dgn cara mereka. Masih belajar lagi sudah ingat bercinta...apapun..bercinta tak salah...tapi pastikan diri kita 'CUKUP' dr pelbagai segi..ILMU dan AGAMA la yg terutama...
cik Anggur berkata…
Hidup umpama seperti pendati, harus memberi manfaat di dunia, bererti di akhirat.

paling suka ayt nie.....pinjam nk post kt FB erk ~
Nick Nashram berkata…
tak salah.
kalo kita x zahirkan, camne orang nak tau kan :)
hazwan hairy berkata…
xslh2...tggu msa nk melafazkan cinta ja ni..ahks
Tengkubutang berkata…
suka ayat ni "Yakinlah pada Allah bahawa dia akan temukan kita dengan seorangnya selayaknya kita, jangan pernah berhenti berdoa dan bermohon kepadanya".
iha berkata…
tak salah, tapi dengan cara yg betul.. yg salah bila mengungkapkan dgn cara yg tak betul.. senang cakap mmg setuju la dengan entri ni.. hehe berbelit pulak komen ni..
Unknown berkata…
setuju dengan Iha..tak salah tapi kena dgn cara y betul...tapi kalau y kapel bila lelaki nak minta bukti cinta tu memang nak minta kaki.. :)
Tanpa Nama berkata…
cinta itu persefahaman dan saling menerima kekurangan . cintai diri sendiri dulu baru cinta orang lain ...
||aLeaSaRa|| berkata…
kak lea suka baca n3 acik..wah acik ni dah boleh jadi pakar psikologi pun ye..dr cinta pun boleh jugak ni he3..keep it up acik...teruskan berkongsi pendapat acik..sambil kami semua bertukar2 komen di sini :)
Unknown berkata…
hi hi ! azie singgah sini....rasa cinta harus diungkapakan...kalau tak paham isi hati...hehehe
Unknown berkata…
penulisan yg baik...syabas bro... :)
sHiMi sHinHae~ berkata…
hmm betul lah .kena pula dgn jiwa sy skrg ni .thanks atas entry ini :)
Kak iman berkata…
salah kalau pada yg bukan halal ag hehehe...
Unknown berkata…
Tak salah sebenarnya...kerana ia adalah fitrah.

Cuma yg salah ialah kalau kita cuba membuka pintu2 zina...apatah lagi kalau membuatnya.

Oleh itu, berjaga-jaga dlm hubungn krn kita perlu igt bhw disekeliling kta ada syaitan yg cuba menggoda dan memesongkan hati kita dr tujuan yg sebenar.
Unknown berkata…
pompuan suka kalau laki bgtaw apa yg dia rasa,tp memng kena teima kenyataan la bhawa lelaki lbh suka diam dari berkata kata