Ticker

6/recent/ticker-posts

Alhamdulilah Sahabat Baikku Bakal Memeluk Agama Islam


muslimah

Assalamualaikum

Alhamdulilah masih lagi diberi peluang untuk hidup di muka buminya, sepatutnya kita kena bersyukur kerana kita lahir sebagai seorang islam .Tapi agak pelik sebenarnya kerana masih lagi ada pertikaian di mana sepatutnya pada usia 18 tahun berhak untuk memilih agama sendiri.

Sepatutnya kita bersyukur kerana lahir lahir telah menjadi umat Nabi Muhammad saw, islam adalah meliputi segalanya dalam hidup kita, apa jua segalanya terdapat di dalam al quran.Tak percaya buka tafsir al quran dan hayatilah.

Sebenarnya hal yang utama, acik rasa syukur dan gembira apabila salah seorang rakan baik acik di Uitm insyaAllah akan masuk islam. Orangnya sangat baik dan sangat paham tentang kehidupan tentang islam. Dan dia amat tertarik tentang islam. Dia ada ceritakan dengan acik tentang mimpi mimpi yang dia dapatkan , hidayah Allah bukan semua boleh dapatkan walaupon orang islam itu sendiri.

Hidayah Allah perlu di cari kerana ianya tak datang bergolek , dan jika dapat hidayah itu raihlah dengan hati yang terbuka. Ahh meh tengok print screen status kawan acik yang buatkan hati acik sangat happy 

grace

grace


Kepada kamu pembaca blog akupenghibur , acik harap sangat dia dapat kamu semua dapat doakan rakan acik nie , semoga dia menjadi muslimah sejati dan dapat melihat keindahan islam . Kadang acik tengok cara rakan acik nie,seolah dia lebih faham islam dari kita nie dan buatkan acik respect pada dia....maaflah acik guna tool print screen dan dah out to date ..

Dia classmate acik dan merupakan rakan rapat , semoga niatnya di lidungi Allah dan di beri kekuatan untuk mendalam agama islam. Im so proud with you grace.
   

Catat Ulasan

23 Ulasan

kak gojes berkata…
Alhamdulillah...dah dapat NUR..utk dia
Maria Firdz berkata…
insha Allah... doakan moga Allah beri hidayah kepadanya dan jadi muslimah sejati...
BinMuhammad berkata…
Semoga Allah permudahkan urusannya dan menjadiseorang muslimah yang sejati. Teruskan perjuangan mu Acik...beri bimbingan yang anda termampu. Syukran...syukran.

Teringat kisah ini dari blog http://bicaraneem.blogspot.com/2013/06/pernahkah-kita-menangis-kerana-orang.html Buat renungan kita bersama:

Kisah ini disampaikan oleh seorang da'ie bernama Ibrahim Kobe. Beliau berasal dari Kobe, Jepun. Semasa datang dan berceramah di Malaysia, beliau menangis dan berkata, "Kamu orang yang zalim. Kami orang Jepun berusaha berfikir untuk memenuhi segala keperluan hidup kamu seperti kipas, penghawa dingin, peti ais, mesin basuh dan pelbagai barang lagi. Kami mengeksport barang ini untuk keperluan dan keselesaan hidup kamu. Tapi kamu ada satu perkara yang lebih besar dan mahal dari segalanya iaitu ISLAM. Tetapi kamu tidak berusaha untuk eksport dan kongsikan dengan kami. Ibu dan ayah kami akan masuk neraka selamanya kerana tidak sempat mengenali Allah SWT. Kamu tidak pernah berusaha supaya ISLAM sampai pada kami. Kami akan dakwa kamu," beliau menangis yang amat sangat.
Mizz Aiza berkata…
alhamdulillah bertambah seorang lagi saudara baru kita.. semoga beliau terus istiqamah..
Lieza Nordin berkata…
insyaAllah doa kami utk dia.. :) sma2 kita peroleh hidayah Allah :) insyaAllah
Unknown berkata…
Sedihnya kisah ni BM..TERKESAN dihati sebab tak mampu lagi berbuat demikian..
Unknown berkata…
Alhamdulillah bertambah lagi seorang saudara baru..dulu dalam kelas sy pn ada 4 orang India dan 2 cina. Tp amat teguh dgn agama mereka..
Akupenghibur.com berkata…
amin mudah mudahan :)
Akupenghibur.com berkata…
amin mudah mudahan :) semoga grace jadi muslimah sejati
Akupenghibur.com berkata…
sangat terharu dan menyentuh jiwa.. ;'(
Akupenghibur.com berkata…
insyaALLAH semoga grace dpt istiqomah
Akupenghibur.com berkata…
terima kasih atas doanye
Akupenghibur.com berkata…
hidayah Allah itu bukan dapat pada semua orang
Tanpa Nama berkata…
alhamdulillah acik..kita doakan agar niat yang baik itu terlaksana....
Tanpa Nama berkata…
Kak Vee ada abang angkat bangsa india memeluk Islam . Surprisenya bila keislaman dia lebih hebat daripada kita yang dah sedia dilahirkan muslim ... subhanallah .
Akupenghibur.com berkata…
mereka sangat bertuah
Fais-SKA berkata…
Alhamdulillah :) niat dia baek..smoga istiqamah dgn islam..sama doakn yg terbaik btnya..
Unknown berkata…
Terima kasih sahabatku. Semoga Tuhan memberkati kita semua. Jika kita sudah di pilih Allah untuk beriman kepada-Nya jangan lah kita melengah-lengahkan masa yang ada. Terharu kerana mempunyai sahabat sebaik Acik dan juga sentiasa memberikan sokongan yang sangat baik kepada Grace. Terima kasih semua kerana memberikan sokongan kepada saya. Islam itu jalan kebenaran. Salam semua pembaca blog www.akupenghibur.com
Unknown berkata…
alhamdulillah...terbuka hati beliau nak masuk islam...
mselim3 berkata…
Alhamdulilah acik,

Allah dah memberikan hidayah untuk nya marilah kita bimbing dia ke jalan yang diredhaiNya.... amin. Tambah lagi saudara baru kita...

mselim3
iha berkata…
Alhamdulillah,seronok baca, kita yang jadi kawan ni kena support saudara baru kita tau.. :)
Rasanya yang 18 tahun boleh tentukan agama mana tu kat indonesia kan? kat sini ada jugak ye?
Unknown berkata…
insyaAllah.....
mudah mudahan.... dia menjadi muslimah yg sejati........