Assalamualaikum
Alhamdulilah , dapat lagi bernafas dan melihat keindahan alam walaupon cuaca macam cameron highland. Dah dah jangan merungut tentang jerebu , semua ada hikmah Jelebu nie. Dan doakanlah agar semuanya kembali seperti sedia kala. Kawan kawan semua doakan acik ye, esok first paper untuk final exam. Wish me good luck :)
Ahh hari ini , acik nak minta pendapat kaum hawa pula, biasanya entri acik berkaitan dengan perempuan saje , kali ini tentang lelaki pula. Acik nak tahu juga apa yang perempuan lihat pada lelaki , jika kamu ada pandangan sendiri sila bagitahu comment.
Apa Yang Perempuan Lihat Pada Lelaki ?
1. Adakah pada paras rupanya, nak tengok dulu muka lelaki tu ,handsome tak, cute ? sedap mata memandang ? kacak ? biasa-biasa saje ?
2.Adakah pada perangai , lelaki tu macam mane ? pemarah ? penyanyang ? suka buat lawak ? dan macam macam lagi . Ini masanya untuk mengenal lelaki tu bagaimana
3.bila dah kenal barulah buat andaian kata lelaki itu baik atau tidak, saat inilah menilai melalui agamanya ? . Untuk lihat lelaki tu bagaimana, kalau ajak jalan jalan , waktu solat terlepas tak ? jalan - jalan nak pegang tangan ke ? a
4.Mungkin tengok pada kewangan lelaki tersebut ? agaknya kot, segelintir perempuan sekarang nie suka perempuan yang ada kereta, yelah nak ke sana sini senang katanya
5.Mungkin juga tengok pada kemachoannye ? keseksian . Yelah lelaki sekarang kan suka nak build up nak badan ketak ketak, mungkin ada segelintir perempuan suka badan jenis ini, agar dia rasa protektif
6.Mungkin pada pendidikannya ? yelah kalau pandai pandai mesti kerjaya pon stabil , kewangan pon automatik pon stabil .
7.Adakah lihat pada budi bahasa ? yelah suka lelaki cakap beralas dan beradap ? hormati orang tua ?
Ahhh acik malas nak ulas panjang lebar, apa kata kamu buat pilihan sendiri , Apa yang kamu lihat pada lelaki . Sila listkan dan bagitahu di comment.
Acik harap sangat pandangan kamu semua :)
27 Ulasan
ni Yaya nak beri pandangan yang agak lebar berjela..
maaf ye..
ada hadis yang berbunyi: “Wanita itu dinikahi kerana empat perkara iaitu kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, dan kerana agamanya. Maka pilihlah olehmu wanita yang punya agama, engkau akan beruntung.” (Riwayat Bukhari, no. 5090, dan Muslim, no. 1466)
jadi sama jugalah jika kita ingin memilih bakal imam kita..
kalau Yaya, pertama sekali Yang kita nampak mestilah rupanya sebab kita tak tahu lagi bagaimana imannya..
jadi pada paras rupa, biarlah tidak sekacak aaron aziz dan tak secomel izzue islam..asalkan sedap mata memandang..Kalau dia kacak sekacaknya pun tapi adap tak ada, iman pun longgar..kurang la markahnya disitu..
then Agamanya pasti Yaya titik beratkan..Yaya akan melihat sejauh mana dia mendalami agama Allah ini dan mampu tak dia membimbing Yaya..
then adap dia dengan kita, adakah dia menjaga maruah kita atau dia ni seorang yang tidak bertanggungjawab..
lastly mestilah juga kene tengok pada harta..
kalau tiada harta bagaimana nak menempuh zaman yang serba memerlukan wang ini bukan..
tapi Yaya tak la mencari anak dato, or org yang kaya raya, tak kurang dan tak lebih..yang penting tak lupa..(sorg guna maksud tersirat)
-baik
-tak gatal
-tak panas baran
-senang berkira
dan lain2 la :)
2, 3, 1, 7, 4, 6, 5
insyaaAllah bahagia..
tapi kal0 laki yg pandai bercakap lagi best, yg pandai berdebat, rasa teruja dgr ..
Pandanglah dengan mata hati.
hehe apa2 pun all the best utk exam....
1. mula2 tengok lelaki yang kita xkenal lalu sebelah or ternampak, pandangan pertama mesti akan kata "hensemnya" bagi yang hensem, "tingginya" bagi yang tinggi. kiranya dari sudut luaran. Tapi dalam hati perempuan sebenarnya dia xda niat apa2 pun sekadar cakap ikut apa yang dia nampak.
2. bila dia dah kenal lelaki tersebut, dia tak pandang dah luaran yang pertama tadi. dia akan tengok sifat lelaki mcm penyanyang, cakap besar ke apa ke..
3. Kalau sekadar nak berkawan, duit tu biasa ja. Kalau sampai nak beristeri duit tu kena ada. kalau xda duit pun, cukup la sekadar ada aset seperti motor, kereta,
kesimpulannya... luaran tu hanya bonus.no2 paling penting no3 sederhana penting .. ingat sayang tu boleh beli makanan ke? hehe
Kalau cukup semua ni. perfect lah lelaki tersebut. apa2 pun xda yang perfect
bagi saya, soalan acik yang panjang lebar tu saya dapat simpulkan dalam satu ayat.
"semuanya amat berperanan penting, tak kesahlah kita nie hansem, comel, kaya, beragama, berperangai pelik, dan sebagainya; tapi itu bukan mereka pandang, just cukup kita membawa dia ke syurga je, insya-Allah berkat dunia dan akhirat."
-semasa keluar dating,dia tengok tak jam?dah masuk waktu solat ke belum.Kalau solat pun dia tak jaga..hurmmmm
-tak pegang tangan sebab dia hargai kesucian hubungan ini.Maknanya dia menjaga maruah korang sebagi seorang perempuan.
-sentiasa minta izin dari parents atau at least dari abang/kakak korang.itu tandanya dia jujur dan tak berani nak buat bukan2 belakang family
-bekerja tak kisahlah apa jawatan/bidang sekali pun janji halal dan berkat..itu tandanya dia pandai merancang perbelanjaan,tak kan dah kawin nak suap makan maggi atau celup biskut kering je kan.
-rupa?alah kot dia berjerawat penuh pun,kan ada macam2 produk..tak pun suruh je dia cuci muka selalu,pakai bedak sejuk..dah..settle he3..rupa hensem pun kalau peel asyik peningkan kepala kita..cabut lari jelah dik oiii
-ringan tulang tapi bukan ringan tangan ye adik2!!!masa bercinta pun dah kana sepak terajang tumbuk bagai..kalau dah kawin keluar harian metrolah kita..