Ticker

6/recent/ticker-posts

Hanya Kerana Memberi 60 sen Peminta Derma Memaki Hamun




Assalamualaikum

Alhamdulilah dapat lagi meniap di blog yang acik sayang nie, penatnya dah selesai untuk sesi shooting bersama company event acik, semalam acik ada berbual dengan classmate tentang satu isu nie ,,masa kami duduk makan di seksyen 2 ada seorang mak cik datang ke meja kami, meminta duit katanya dia nak pergi seksyen 19 dan perlukan duit, yang peliknya mak cik tu sehat walafiat, tak pelah , kedua datang lagi wanita dalam linkungan 30 minta derma ikhlas tapi dia tunjukan pada resit itu RM 10 , ketiga datang pula mak cik tunjuk tisu untuk suruh di beli dengan harga RM 1.

entahlah dah penat kami bahaskan benda ini, tapi pada pendapat acik, tak salah kita nak beri sedekah, kita kejar pahala sedekah .Soal tipu atau tidak itu antara dia dengan Allah, dan paling penting ikhlas setiap apa yang di lakukan. Dan kawan acik suggestkan dia kata " acik apa agaknya reaksi mereka datang minta sumbangan ikhlas dan kita bagi 10 sen ? 

Dan pagi tadi acik berada di Puchong , singgahh sekejap untuk makan di sebuah restoran,mulanya datang seorang remaja dan ibunya yang cacat penglihatan,kami berilah semampuan .Kemudian datang seorang wanita meminta derma katanya sumbangan ikhas tapi dia tunjukkan resit rm 10, acik dah pakat dengan crew team acik itu untuk collect duit syilling untuk di berikan pada dia hanya untuk melihat reaksinya. Dan jumlah terkumpul adalah 60 sen dan kami berikan. Kami cakap ini yang kami mampu dan ikhlas.

Tahu tak apa reaksi wanita tersebut ? 

Dia ambil duit tu dan baling di meja kami sambil mencarut sebab dia kata " Ini bukan sumbangan ikhas tapi kedekut , orang lain bagi paling sikit RM 1, korang nie apa hal kedekut sangat ?

Kawan acik kata, itukan apa yang kami ikhlas , kalau kami sedekah banyak banyak tapi setakat nak menunjuk apa guna , satu lagi akak nie minta sumbangan pada orang duit tu di salurkan pada siapa ?? 

dengan muka dengan gelabah dia terus berlalu pergi, entah lah acik pon ragu tapi selebihnya kita serahkan pada Allah, 

Kadang kalau acik makan dekat sekitar shah alam nie, hampir 10 orang yang minta derma sampai satu tahap acik face up, kalau hari hari macam gini, haiyooo parah la,

dan kes yang acik mana acik tak dapat lupakan adalah di mana di kedai makan ,acik dan kawan kawan di datangi seorang kanak kanak meminta sedekah dan berilah semampunya dan dia datang ke meja sebelah pula, akak itu geling kepala tanda tak nak beri, dan budak tu, terus langgar bahu akak tu dan jeling, kurang ajarkan.

Yang mampu acik katakan , sedekahlah jika termampu dan sebaiknya pada tempat yang betul seperti masjid dan surau, berikan pada mereka yang semampunya dan selayaknya. Kita bersangka baik sajelah dan sememangnya sebahgian harta kita adalah untuk orang lain juga . 

Sedekah itu sangat bagus, tak perlu lokek untuk keluarkan walaupon RM 1, oklh sampai di sini dulu ,wasalam

Catat Ulasan

31 Ulasan

Adam Faiz berkata…
peminta sedekah sekarang ni,memang kurang ajar,ada sekali tu,masa kat shopping mall hari tu,dia pijak kaki orang tu,sebab tak nak bg duit dekat dia,entah pape, -.-
Unknown berkata…
Sy pun klu tgk pakcik tepi jln bagi je semampunya.. xfikir pnjang pn..klu senang mereka tak mungkin berada kt situ..sedihh..xleh tgk nak nangis..
krole berkata…
aduh! ada juga orang macam tu ya acik... dia tak faham konsep sedekah kot? lepas tu boleh pula cuak bila kwn acik kata camtu...hm...benda ni dah makin berleluasa skngni~
zaxx berkata…
situasi ni selalu berlaku kat tempat2 makan,especially kawasan bndar...macam sy ,nak tak nak tetap terdetik betol ke tak mereka golongan memerlukan,atau ada sindiket , tp walau mcmne pun tetap rasa simpati dan derma... stuju acik ckp, tipu atau tak biarlah ALLAH tentukan..
knapa pminta sedekah brsikap mcm tue,,sptutnya dia bersyukur diberi 60 sen, , dripada x bagi langsung..
Tanpa Nama berkata…
pernah juga alami perkara yang sama..sebab tak nak bagi duit..diorang marah..mereka ni ada sindiket..kadang-kadang budak-budak jadi mangsa..ada certain tu..sihat je..kaya dengan duit minta sedekah..
Vee berkata…
Hmm. Vee biasanya geleng je kepala, tak nak bagi sedekah. Kita tak tau kan, dorang ni bkn blh percaya sgt. And yes, kalau sedekah kpd tempat gitu or at least registered places like Salvation Army lagi baik :)
Unknown berkata…
Salam Acik... :0

Sungguhnya sedekah itu amat tinggi harganya tiada tolok banding...
Tanpa Nama berkata…
kathy pun alami perkara macam tu acik..masa makan kami di datangi budak peminta sedekah yang comot dan kotor seluruh badannya. dari meja ke meja dia minta duit,tapi tak dapat duit. masa tu tempat akak belum sampai dia pergi dulu meja sebelah. dia minta kat orang sebelah tu,bila orang tu tak bagi juga dia terus capai makanan orang tu dengan tangannya yang kotor dan makan tanpa segan silu. kelu brader tu,terus dia blah tinggalkan makanannya yang masih banyak lagi. kurang ajar jugak budak tu,kathy yang mulanya kesian naik geram pulak. sebab kami tau budak2 tu bukan beli makanan pun kalau dia dapat duit. dorang habiskan beli rokok,berjudi atau beli air mabuk..
Mizz Aiza berkata…
kita dah ikhlas memberi setakat yang kita mampu.. kenapa pula mereka nak demand? sepatutnya mereka bersyukur kerana masih ada insan yang sudi menghulurkan walaupun 10sen..
Fais-SKA berkata…
pling xsuke dgn keadaan cmni, sbb skrg ni sgt berleluasa pmnta sdekah, png tgok kt drma, thu la jgak srba sdikit taktik diorg, terbaeklah acik bt cam2, bru diorg terasa..pelik jugak..kalau dh ikhlas, knpa siap dgn resit lg?? rm10 plak 2...
onlajer berkata…
sikit sangat rasanya hehe tak cukup nak beli air teh o suam
Akupenghibur.com berkata…
Ishh yeke.. Ganas betul
Akupenghibur.com berkata…
Kadang x sampai hati.. Beri saje yg termampu
Akupenghibur.com berkata…
Itulah kak.. Kami hanya menguji saje..tak sangka ini jadinye
Unknown berkata…
Ya Allah, 0rg bagi tu kira bersyukur la.. Nak lebih, kerja la.. tak penah ada pengalaman dgn peminta sedekah mcm 2.. tekejut gak bila tau ada jenis mcm 2..
Akupenghibur.com berkata…
Itulah mungkin kot
Akupenghibur.com berkata…
Itulah.. Orang nak senang...
Akupenghibur.com berkata…
Yang penting ikhlas apa yg kita buat
Akupenghibur.com berkata…
Itu apa pon kita brsangka baik sajelah
Akupenghibur.com berkata…
Itulah.. Yg penting niat kita
Akupenghibur.com berkata…
Walaikumusalam Betul tu setuju
Tanpa Nama berkata…
Kebanyakan bukan kita kedekut tapi semua agent ja ...

Humph
Unknown berkata…
mmg kedai2 makan yg ramai org akan menjadi tumpuan "peminta derma" ni....kalau 10 kali kena mintak derma, mahu hilang terus keikhlasan kita nak bersedekah....
Unknown berkata…
yang penting kita iklas menderma
Tanpa Nama berkata…
kadang kala bila jumpa org serupa mrk nih , hati berkata 'lebih baik sedekah kat anak yatim " .... emmmm
Unknown berkata…
entahla. sekarang ni susah nak beza mereka yg memerlukan dengan mereka yg berpura2 nak kaut untung utk diri sendiri...
Unknown berkata…
kechik atau besar...yg penting ikhlas........ tapi dlm keadaan skrg...susah kita nak percaya pada yg meminta sedekah nie........ kasihan ada.... menyampah pun ada..... sebab kita tahu byk yg tak betul... lagi senang kita sedekah kat tabung masjid atau rumah anak yatim.....
Lieza Nordin berkata…
susah nak bezakan.. peranan kita ialah bagi kepada y layak :')
Sayidah Napisah berkata…
yang penting niat.hati kena ikhlas :)