Ticker

6/recent/ticker-posts

Iklan Di Televisyen / Surat Khabar / Poster Menipu ? Tak Seperti Apa Yang Kita Beli ?

iklan menipu ?

Assalamualaikum

Fuhh hanya mampu online sekajap saje, kerana sekarang sedang bekerja di hotel sebagai pengacara majlis. Ala kerja 4 time saje cari duit tepi. Ahhh tadi duduk , sembang sembang dengan senior acik, tiba tiba dia bukak cerita. Dia kata "acik ko perasan tak kalau kita tengok iklan kat tv atau pon kat mane pon, contoh mcd ,mesti nampak gempak dan sedap, tapi bila beli biase jer kan.

Ala biasalah itu , itu namanya strategi pemasaran mereka gunakan untuk tarik minat pelanggan/pengguna untuk pembeli produk tu, acik dah 3 tahun amik marketing hehehe tahulah strategi ini, kalau tak sia sialah diploma acik. Tapi kebiasaanye kalau perasan ,sama ada sedar atau tidak ada tulisan kecil di poster mereka bahawa ini saiz asal tidak seperti pembelian yang kamu beli .Meh acik acik kongsikan sedikit gambar

iklan menipu ?
iklan menipu ?

mcd iklan menipu ?


 Apa yang acik tahu pengilklanan bertujuan untuk

 Pengiklanan Memberitahu

Digunakan secara intensif bagi keluaran baru yang ingin diperkenalkan, tujuannya adalah untuk memberitahu pengguna berkenaan kewujudan sesuatu produk dan cuba untuk membina permintaan utama. Contohnya iklan susu kanak-kanak yang terkandung di dalamnya pelbagai jenis vitamin yang diperlukan oleh kanak-kanak.

Pengiklanan Memujuk

Digunakan secara meluas apabila persaingan antara jenama meningkat. Di sini, objektif pengiklanan adalah untuk memujuk pengguna memilih jenamanya berbanding pesaing lain dengan mempamerkan kelebihan dan keberkesanan produk atau perkhidmatan yang di tawar

Pengiklanan Perbandingan

Merupakan pengiklanan yang membandingkan jenama keluaran syarikat dengan jenama lain sama ada secara langsung ataupun tidak langsung, contohnya perbandingan di antara sabun Breeze dengan cap X.

Pengiklanan Peringatan

Penting untuk keluaran yang telah mencapai tahap matang. Ia bertujuan untuk mengekalkan ingatan pengguna terhadap sesuatu produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Pengguna diingatkan agar mereka membeli jenama tersebut. Contohnya iklan Milo yang mengingatkan pengguna sekiranya ingin menjadi sihat dan kuat mereka perlu minum Milo.

Jadi jangan harapkan apabila seperti apa yang di iklankan  akan 100 peratus sama, produknya sama mungkin saiznye yang berbeza :) 

Ok meh acik ada sedikit video untuk beri contoh keterangan iklan yang di tunjukkan oleh MCD bagi menjelaskan isu saiz di gambar produk yang mereka siarkan ..click di bawah


burger mcd

Catat Ulasan

30 Ulasan

Mizz Aiza berkata…
thanks atas perkongsian ni acik.. kalau macam ni baik beli burger yang dijual digerai biasa/pasar malam..
Tanpa Nama berkata…
kelakar pulak bila diorang buat cmni. dlm iklan lawa je burger dia, realitinya tk lawa pun hahaha ._.
Unknown berkata…
betul tu .. memang tak patut la di0rg nie tipu cust0mer .. iklan bukan main lagik ..
nini berkata…
hahahaha....memang pon......serapat yang boleh amek gambar tu....hahahahaha
jie susanos berkata…
em..biasanya mmg mcm tu..
Lieza Nordin berkata…
hahaha..p singgh mcd sbb choc sundae je.. :p mmg x makn pernh mkn burger mcd.. ..ahhahah!! xD
Syed Wazien berkata…
konfem kecewa tiap kali makan burger terbaru mcD..... tipah tertipu lagi.
Fais-SKA berkata…
ha3..indah khabar dr rupa :) biasalah 2 strategi marketing, yg trasanya pmbeli la..
Unknown berkata…
Saya baru je buat pengiklanan memberitahu..utk perkenalkan KEK CINTA..hehe
Tanpa Nama berkata…
ye kan?selalu mcm tu la..tengok kat tv saiz super besar,yang nyatanya benyek je..hehehehe..
Akupenghibur.com berkata…
heheehe itulah ..;dah nama pon power of advertising
Akupenghibur.com berkata…
hehehee itulah :) itu kenyataan yang perlu di hadapi
Akupenghibur.com berkata…
heehehehe itu bukan tipuan tapi srtategy same jugak kalau tengok iklan syampoo di tv ..pakai rambut lurus, realitynye tidak
Akupenghibur.com berkata…
heehehehe tapi bila dah lapo.. mkn jelah :)
Akupenghibur.com berkata…
same acik suka coklat sudae ..nyum nyum
Akupenghibur.com berkata…
alamak !!! heehehhe tertipu sudah
Akupenghibur.com berkata…
betul itu ,jadi kita kena pandai menilai
Akupenghibur.com berkata…
jadi meiza kena tunjukkan kek sebenar :)
Akupenghibur.com berkata…
yang kat iklan di buat dengan teliti , di restorannye asal boleh saje
Tawaran Biasiswa berkata…
sebagai pembeli para pengguna harus bijak menilai iklan..gunakan kuasa penguna..usah rambang mata dengan iklan2 di media..
Vee berkata…
Biasala tu. Sbb tu jarang sgt2 beli makanan mcm tu. Rasa cm rugi je. Harga bkn main lg mahal, tapi kat dalam tu blh buat sendiri. Hiihii.
Hana berkata…
mmg menrik gila tengok gambar tapi apa2 pun ada diberitahu "gambar hiasan" ke apa tah tapi kecik je ditulisnye
Unknown berkata…
haha biasa la tu...iklan mesti gempak....tapi apa2 pun diorg pandai sebab dah letak note kecik kat bawah iklan...kalau tak letak jadi macam kes air asia yg kena saman kat australia tu....
Unknown berkata…
baik beli burger kat tepi jalan
Ayue Rejaluddin berkata…
Biasalah tu Acik...
Kalau iklan tak gempak, nanti kita taknak beli...
bila kena camni, kita yang menyesal beli...
hehehhehehehe..
kalau kt US, diowg selamba je saman company fast food yg beri mknn xsama mcm dlm gambar.pakcik kayo!hehe..kt msia kurang lagi benda2 customer rights camnie.sb tu selalu kena pijak jew.huuuu
Fahmi berkata…
betul multi talent ni pengacara pun bole buat
BinMuhammad berkata…
Kalau di sini, boleh ke kita saman kalau apa yg kita dapat tidak serupa dgn apa yg di iklan? Memang xpuas hati dengan korean kfc tempohari!
Unknown berkata…
dah lumrah advertise company akan hasilkan shoot dan angle terbaik...utk tarikan dan eye apperel.... tapi realitynya...pekerja kat restaurant buat yg basic aje....tak susun betul2......
jgn harap apa yg kita nampak sama seperti yg kita dapat....