Assalamualaikum
Fuhh hanya mampu online sekajap saje, kerana sekarang sedang bekerja di hotel sebagai pengacara majlis. Ala kerja 4 time saje cari duit tepi. Ahhh tadi duduk , sembang sembang dengan senior acik, tiba tiba dia bukak cerita. Dia kata "acik ko perasan tak kalau kita tengok iklan kat tv atau pon kat mane pon, contoh mcd ,mesti nampak gempak dan sedap, tapi bila beli biase jer kan.
Ala biasalah itu , itu namanya strategi pemasaran mereka gunakan untuk tarik minat pelanggan/pengguna untuk pembeli produk tu, acik dah 3 tahun amik marketing hehehe tahulah strategi ini, kalau tak sia sialah diploma acik. Tapi kebiasaanye kalau perasan ,sama ada sedar atau tidak ada tulisan kecil di poster mereka bahawa ini saiz asal tidak seperti pembelian yang kamu beli .Meh acik acik kongsikan sedikit gambar
Apa yang acik tahu pengilklanan bertujuan untuk
Pengiklanan Memberitahu
Digunakan secara intensif bagi keluaran baru yang ingin diperkenalkan, tujuannya adalah untuk memberitahu pengguna berkenaan kewujudan sesuatu produk dan cuba untuk membina permintaan utama. Contohnya iklan susu kanak-kanak yang terkandung di dalamnya pelbagai jenis vitamin yang diperlukan oleh kanak-kanak.
Pengiklanan Memujuk
Digunakan secara meluas apabila persaingan antara jenama meningkat. Di sini, objektif pengiklanan adalah untuk memujuk pengguna memilih jenamanya berbanding pesaing lain dengan mempamerkan kelebihan dan keberkesanan produk atau perkhidmatan yang di tawar
Pengiklanan Perbandingan
Merupakan pengiklanan yang membandingkan jenama keluaran syarikat dengan jenama lain sama ada secara langsung ataupun tidak langsung, contohnya perbandingan di antara sabun Breeze dengan cap X.
Pengiklanan Peringatan
Penting untuk keluaran yang telah mencapai tahap matang. Ia bertujuan untuk mengekalkan ingatan pengguna terhadap sesuatu produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Pengguna diingatkan agar mereka membeli jenama tersebut. Contohnya iklan Milo yang mengingatkan pengguna sekiranya ingin menjadi sihat dan kuat mereka perlu minum Milo.

Jadi jangan harapkan apabila seperti apa yang di iklankan akan 100 peratus sama, produknya sama mungkin saiznye yang berbeza :)
Ok meh acik ada sedikit video untuk beri contoh keterangan iklan yang di tunjukkan oleh MCD bagi menjelaskan isu saiz di gambar produk yang mereka siarkan ..click di bawah
30 Ulasan
Kalau iklan tak gempak, nanti kita taknak beli...
bila kena camni, kita yang menyesal beli...
hehehhehehehe..
jgn harap apa yg kita nampak sama seperti yg kita dapat....