Ticker

6/recent/ticker-posts

Kata-Kata Nasihat Tentang Cinta Ketika Aku Keliru Cinta Ini




Assalamualaikum

Rasa dah lama acik tak sharekan ayat ayat cinta untuk kamu semua , ayat ini adalah ada sebahgiannye dari ayat acik sendiri dan ada sebahgian dari ayat rakan rakan acik. Silalah bace dan hayati kata kata cinta dari seorang akupenghibur . 

Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu, janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu saja….Kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup... Begitulah  juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang, setelah ia mulai menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya, janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja...Kerana ia akan terluka oleh kenangan bersamamu, dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu.

kata kata cinta
Untuk Lelaki...

Sekiranya anda menemukan perempuan yang terlalu ambil berat akan anda dan tak pernah berhenti mengekori anda.. Pegang lah kuat hatinya..kerana perempuan itu sangat Setia

Lelaki yg betul betul ikhlas cintakan kamu takkan melakukan sesuatu yang akan menjatuhkan maruah kamu melainkan Dia akan melindungi kamu.

Berilah sesuatu kepada seseorang , dengan ikhlas .. bila kita ikhlas kita dapat rase ketenangan yang hadir itu sebagai tanda Allah sangat menyintai kita dengan kebaikan yang kita buat . Untuk mendapatkan keikhlasan dalam hati , kita mestilah memberi dengan niat kerana Allah  

Sesekali kita akan rindu dengan kenangan lalu. Mungkin itu adalah Kenangan yang terindah atau pahit dalam Kehidupan kita. Ada Suka, Duka, Tangis, Tawa, Indah, Pahit dan segalanya.

P/s : Indahnya Anugerah Allah bagi kita rasai semua nikmat tu. Setiap kejadian tu pula pasti ada hikmah tersendiri. Hebatnya Kasih Sayang Allah pada kita semua

cinta itu indah

Keliru memilih cintamu?

Berdoalah:

"Ya Allah, tutupkan perasaan aku terhadap dia yang tidak menghargai dengan sedaya usahaku sekalipun.Dan titipkan dan bukakanlah perasaan aku terhadap sidia yang tidak pernah jemu menunggu walaupun sedaya usaha aku menolaknya."
 

Kalau rindukan seseorang wktu malam. Baca Al-Fatihah sambil tangan di dada. Dan berzikir kpd Allah dgn niat semoga dia merasai rindu kita padanya dan kita terasa dekat dengannya walaupun hakikatnya berjauhan :")

Jadilah wanita,seindah namamu...

Jodohmu adalah cermin dirimu sendri. Bila
ingin mendapatkan yang baik.. Jadikan dirimu
baik. Bila ingin mendapatkan yang Soleh..

Jadikan dirimu Solehah. Bila ingin
mendapatkan imam yg baik.. Jadilah makmum
yang baik pula. Jangan terlalu sibuk
menuntut.. Tapi jadilah apa yang kau tuntut.

 
Ya Allah,

Bilamana aku masih mengingati si dia yang bukan milikku,
maka,bantulah aku untuk aku melupakan dirinya..
Andai ada kenangan antara kami yang mengikat diri,
maka lupuskanlah ia dari ingatanku..
Biarkan aku jauh dari dirinya,
dan ikatlah diriku ini untuk terus setia dengan kasihMu..
Hilangkan bayangan dia dari mindaku ini Ya Allah,
dan payungilah aku dengan rahmatMu,
Perindahkanlah lisanku ini untuk terus berzikir
menyebut asma' Mu..
agar aku sentiasa selamat dengan CintaMU..
Ameen ya Rabbal Alamin..
 


 

Catat Ulasan

24 Ulasan

Teena Tna berkata…
Kata kata yang penuh pengertian..
Suka part ' jadi yang soleh terlebih dahulu sebelum mencari yg solehah' & sebaliknya
||aLeaSaRa|| berkata…
acik..kadang2 orang yang dah kawin pun kena singgah baca n3 acik ni(kak lea ler tu he3)..dah kawin penuh dengan pelbagai komitmen,kena siram balik romantika d'amour he3...
Lieza Nordin berkata…
cinta dgn redhaNya.. insyaAllah bhgia di dunia n akhirt :)
Unknown berkata…
Sekiranya anda menemukan perempuan yang terlalu ambil berat akan anda dan tak pernah berhenti mengekori anda.. Pegang lah kuat hatinya..kerana perempuan itu sangat Setia..

Ayat ni paling menyentuh hati...
Unknown berkata…
wah entri yg baik... :)
Fais-SKA berkata…
Terbaik entri ni..in.shaa.Allah rmai yg akn muhasabah dri :)
Unknown berkata…
jadilah wanita,seindah namamu .. InsyAllah ..
tersentuh dgn entry nie :')
Mawardi yunus berkata…
untungnya jika ada cinta dihati ini :"(
Akupenghibur.com berkata…
insyaAllah cinta itu milik kit :)
Akupenghibur.com berkata…
yeke...tapi betul tu.. perlu kembalikan cinta yang lama ..cewah
Akupenghibur.com berkata…
betul tu :) setuju!!
Akupenghibur.com berkata…
alhamdulilah kalau cm tu :)
Akupenghibur.com berkata…
alhamdulilah kalau cmmtu
Akupenghibur.com berkata…
semoga ramai yang muhasabah diri :)
Akupenghibur.com berkata…
betul tu , perlu jadi seindah nama yang telah di berikan ibu bapa..
Akupenghibur.com berkata…
insyaALLAH ada ,,jangan putus asa
Amaliena Ros berkata…
ini entri kecintaan..hehe..suka membacanya..
krole berkata…
"Lelaki yg betul betul ikhlas cintakan kamu takkan melakukan sesuatu yang akan menjatuhkan maruah kamu melainkan Dia akan melindungi kamu". ayat ni paling krole suka dan stuju...bla seseorng lelaki tlh brjumpa dgn cinta sejatinya..confirm selama-lamanya dia akan tengok wanita itu sja~
Azwar Syuhada berkata…
Lelaki yg betul betul ikhlas cintakan kamu takkan melakukan sesuatu yang akan menjatuhkan maruah kamu melainkan Dia akan melindungi kamu.

suka part ni.. >_<
Mizz Aiza berkata…
akak setuju sangat dengan ayat cinta ni acik.. terutamanya ayat "jodohmu adalah cermin dirimu sendiri.. bila ingin mendapatkan yang baik, jadikan dirimu
baik.. bila ingin mendapatkan yang soleh, jadikan dirimu solehah"..
Tanpa Nama berkata…
alhamdulillah..jika bertemu jodohmu,terimalah dia seadanya..kerana tiada yang sempurna melainkan dia...
Mia Liana berkata…
betul2 nasihat ni....

Ayue Rejaluddin berkata…
Thanks Acik..
AJ suka sangat entri ni...