Assalamualaikum
Fuhh keadaan jerebu di shah Alam semakin memburuk , di catatkan hari nie di shah Alam 157, tapi alhamdulilah masih terkawal lagi. Tapi percayalah disebalik semua musibah ini pastinya ada kelebihan yang ramai tak tahu , asyik tahu menyalahkan jerebu saje.
Dan entri ini pemintaan kak kathy ,jadi acik tunaikan.Kita di Malaysia ini ,kita bersyukur kerana negera kita aman dan di uji sedikit saje tentang jerebu ,dah kecoh itu inilah, jom acik kongsikan kepada kamu semua kelebihan jerebu yang berlaku.
PERTAMA :
Yang ber "couple" tu , kalau tak jerebu mesti akan jalan-jalan tanpa arah tujuan, pulak jalan nak pegang pegang tangan saje, ahh bila tengok si TV, baca surat kahbar bahawa jerebu teruk dah terpaksa postpone, kan kurang sikit maksiat.
KEDUA:
Yang mat rempit tu , tiap tiap malam kerjanya berlumba dan keliling satu pekan, mungkin dengan jerebu nie kurang sikit aktiviti , mungkin asap jerebu tidak seharum asap motor, maka mereka pun tak keluar rumah.
KETIGA :
Yang suka berpeleseran sampai larut malam pun duduk di rumah tengok tv.
KEEMPAT :
Sebelum ini satu keluarga susah nak jumpa , nak makan sama sama , yelah masing masing sibuk dengan aktiviti masing . Jadi bila jerebu nie, boleh la duk kumpul bersama satu keluarga
KELIMA :
Masa pasangannya yang kadang tak amik kisah tentang kesihatan suami / isteri nie, bila jerebu tahu masing masing caring antara satu sama lain .
KEENAM :
Yang mana merokok tu, bila lihat udara di sekeliling tak sehat, maka di kurangkan hisap rokok tu , untuk jaga kebersihan udara
Ahh tengok setiap apa yang berlaku ada hikmahnya jangan asyik tengok sudut yang negative saje, ada kebaikan yang tak pernah di ambil tahu .
Dalam
Surah Al-Baqarah, Allah SWT mengaitkan setiap apa yang manusia sangka
baik, mungkin buruk manakala apa yang disangka buruk, adalah baik
untuknya seperti firmanNya yang bermaksud :
“Boleh
jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi
(pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah
mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Surah al-Baqarah ayat
216).
46 Ulasan
kurang la perkara yang sia-sia..
p/s: Bro , jom exchange bloglist. http://bankami.net
blog bro dh letak dlm blog.