Assalamualaikum
Fuhhh habis paper pertama tadi ,siap siap untuk pergi ke birthday party classmate, 3 orang sekali sambut dengan penuh meriah. Alhamdulilah, balik nie , acik terus capai laptop untuk berkongsi cerita pada kamu semua. Bohonglah jika hidup ini tak ada masalah dan sentiasa bahagia, kadang kita rasa down sangat dan kita cemburu bila lihat orang lain bahagia.
Tapi mak acik selalu pesan bila kita ada masalah tentang duit, hidup dan apa pon jangan kita pandang orang lebih atas ( bandingkan dengan orang lain ) kita sebab kita akan rasa lebih down , tetapi tengok mereka yang naseb lagi teruk dari kita maka masa itu kita akan lebih bersyukur.
Acik macam kamu semua juga , manusia biasa yang banyak kelemahannya, dalam hidup ini acik juga perlukan kata kata nasihat dari kamu semua, setiap apa yang kamu comment acik hargai sangat Dan kita nie hebat dalam memberi nasihat terhadap orang lain, kadang bagaikan seorang pakar kauseling. Kata-kata itu penuh dengan motivasi, bila orang ada masalah dalam cinta, kita cuba jadi pakar cinta.Dan segalanya kita katakan dengan semangat.
" Kau kena terima takdir Allah, ini ujian untuk kau, kau kena tabah , ada ramai lagi lelaki / perempuan yang baik untuk kau "
Semua enak di dengar dan dapat menenangkan orang lain , alhamdulilah.. Tapi sayang jika kata-kata hanya mampu di zahirkan pada orang lain tidak pada diri sendiri. Bila turn kita kena,
Kau tak tahu apa yang aku rasa, aku sayang dia, kepada ini semua berlaku pada aku ?
Di mana letak kata hikmah yang kita berikan pada orang lain ??
Di situ ujian untuk kita, kita pandai nasihat orang lain tapi tidak untuk diri kita, hati kita keras untuk menerima segalanya..Bila kena kat batang hidung sendiri ?? jawablah,
Pujuk hati kita, bahawa setiap apa yang berlaku terhadap orang lain mahupon diri kita sendiri itu adalah ( kasih sayang ) yang Allah hantarkan untuk memberi peringatan terhadap orang lain dan diri kita sendiri. Jadikan iktibar untuk apa jua yang berlaku.
Muhasabah diri, kita blogger pon tak terlepas dari semua tu, percayalah Allah tak akan turunkan sesuatu ujian itu tanpa sebab dan makna, Jadi renungkanlah ..
28 Ulasan
belajar lah menerima ketentuan dari Allah..
http://profhariz.com
kita xsusah sorg2.
better la ad org bg nsihat dr xd lgsg kn ?
semuanya kena ambil positive :)
aku pnh
nasihat org
Last kena btg idung sendiri
Entry Terkini : Lagi Kes Menghina islam di Bulan Puasa