Ticker

6/recent/ticker-posts

Kita Pandai Nasihat Orang Lain Tetapi Tidak Untuk Diri Sendiri


muhasabah diri

Assalamualaikum

Fuhhh habis paper pertama tadi ,siap siap untuk pergi ke birthday party classmate, 3 orang sekali sambut dengan penuh meriah. Alhamdulilah, balik nie , acik terus capai laptop untuk berkongsi cerita pada kamu semua. Bohonglah jika hidup ini tak ada masalah dan sentiasa bahagia, kadang kita rasa down sangat dan kita cemburu bila lihat orang lain bahagia. 

Tapi mak acik selalu pesan bila kita ada masalah tentang duit, hidup dan apa pon jangan kita pandang orang lebih atas ( bandingkan dengan orang lain ) kita sebab kita akan rasa lebih down , tetapi tengok mereka yang naseb lagi teruk dari kita maka masa itu kita akan lebih bersyukur.

Acik macam kamu semua juga , manusia biasa yang banyak kelemahannya, dalam hidup ini acik juga perlukan kata kata nasihat dari kamu semua, setiap apa yang kamu comment acik hargai sangat Dan kita nie hebat dalam  memberi nasihat terhadap orang lain, kadang bagaikan seorang pakar kauseling. Kata-kata itu penuh dengan motivasi, bila orang ada masalah dalam cinta, kita cuba jadi pakar cinta.Dan segalanya kita katakan dengan semangat.

" Kau kena terima takdir Allah, ini ujian untuk kau, kau kena tabah , ada ramai lagi lelaki / perempuan yang baik untuk kau " 

Semua enak di dengar dan dapat menenangkan orang lain , alhamdulilah.. Tapi sayang jika kata-kata hanya mampu di zahirkan pada orang lain tidak pada diri sendiri. Bila turn kita kena, 

Kau tak tahu apa yang aku rasa, aku sayang dia, kepada ini semua berlaku pada aku ?

Di mana letak kata hikmah yang kita berikan pada orang lain ??

Di situ ujian untuk kita, kita pandai nasihat orang lain tapi tidak untuk diri kita, hati kita keras untuk menerima segalanya..Bila kena kat batang hidung sendiri ?? jawablah, 

Pujuk hati kita, bahawa setiap apa yang berlaku terhadap orang lain mahupon diri kita sendiri itu adalah ( kasih sayang ) yang Allah hantarkan untuk memberi peringatan terhadap orang lain dan diri kita sendiri. Jadikan iktibar untuk apa jua yang berlaku.

Muhasabah diri, kita blogger pon tak terlepas dari semua tu, percayalah Allah tak akan turunkan sesuatu ujian itu  tanpa sebab dan makna, Jadi renungkanlah ..

Catat Ulasan

28 Ulasan

Kak iman berkata…
ya allah acik..kebetulan BK sdg mengalami waktu2 sukar sekarang. BK yakin..ni tanda allah mengingatkan BK tentang rahmat serta kealpaan BK padaNYA
Tanpa Nama berkata…
betul acik...Allah akan memberi ujian yang mampu kita hadapinya.. setiap yang buruk mesti ada hikmahnya...
Mizz Aiza berkata…
betul tu acik.. akak sendiri pun macam tu juga.. selalu komen kata-kata motivasi kat orang lain, tapi diri akak sendiri kadang kala down..
Tanpa Nama berkata…
kalau susah untuk terima..cuba terima perlahan-lahan dan ingat bahawa ada hikmah disebalik apa yang berlaku..
norhasnizakhalid berkata…
betul tu. kita tak terlepas dari semua tu. sebab kita cuma manusia biasa..
belajar lah menerima ketentuan dari Allah..
Adilah Asari berkata…
betul tu acik..muhasabah diri kita :)
Fais-SKA berkata…
Hidup kita ni xblh lari dr ujian =) byakkn jelah bersbar, krana dctu terletak pelbagai nikmat dr Allah..btol 2 acik, jgn bndingkn dgn org lbh atas pd kita..kita bndingkn dgn org lbh bwah..msti kita rsa myesal n bsyukur je..nice sharing
Unknown berkata…
setuju dengan entry acik
Akupenghibur.com berkata…
Semoga Allah permudahkan segala urusan
Akupenghibur.com berkata…
insyaALLAH bersangka baik denganNYa :)
Akupenghibur.com berkata…
memang kak , kita nie manusia biasa, tak lari dari semua tu
Akupenghibur.com berkata…
betul tu :) bersangka baik saje
Unknown berkata…
kekadang dlm sesetengah perkara kita perlu dahulukan diri kita..beri peluang pada diri sendiri baru balance utk salang tegur menegur..
Akupenghibur.com berkata…
betul tu :) belajar lah menerima ketentuan dari Allah..
Akupenghibur.com berkata…
betul tu, kita kena muhasabah diri
PCL berkata…
tersedar jugak, selalu bg nasihat utk pembaca...pandai cakap tp kena diri sendiri taktau nak buat apa..tp pcl percaya masa tulah gunanya ada teman, sahabat ..org terdekat dan yg disayangi...saling mengigati dan membantu..
Akupenghibur.com berkata…
BEtul tu :) kita kena selalu muhasabah diri
Akupenghibur.com berkata…
betul tu :) bagi peluang untuk diri kita muhasabah diri
Akupenghibur.com berkata…
betul tu , itulah gunanya ada kawan dan orang dekat dengan kita
Hariz berkata…
Ramai yang macam ni. Semoga sedar !

http://profhariz.com
Unknown berkata…
hehe kdg2 dalam hidup ni ada benda yg kita tak boleh nak beritahu kpd sesetgh org...kita mungkin pernah melalui benda2 sukar dan tahu selok-belok ketidak"best"an satu2 perkara....tapi susah utk kita berkata jujur kepada org yg meminta nasihat tu...takut nanti disalah ertikan...akhirnya kata2 cliche seperti sabar, pasti ada hikmah, usaha lagi, dan sebagainya sahaja yg mampu kita kasik....bagi aku bila kita cakap mcm tu bukan bermakna kita ni perfect dan boleh hadapi situasi dgn cool, tapi setakat kata2 camtu je yg mampu kita keluarkan...kalau berlebihan, nanti org yg mendengar tu salah faham lagi susah...
Unknown berkata…
Samalah Acikk..kadang2 ok, kadang2 mengeluh dan rasa penat..tapi bika org lain ada masalah, pandai pulak jadi pakar motivasi hingga mereka ceria kembali.. Allah nak uji sejauh mana kita dpt hadapi..semakin byk dugaan, kita smkin matang..
nora razalli berkata…
memang kita sedap nasihat org lain tp cuba kita kt tmpt dia, ntah2 kita lg teruk tp the point is ada org kt skeliling kita yg syg kita.
kita xsusah sorg2.
better la ad org bg nsihat dr xd lgsg kn ?
semuanya kena ambil positive :)
Unknown berkata…
kita renung dan contohi diri kita dulu sebelum menasihati.......
Lieza Nordin berkata…
kita nasihat org n pada masa y sama cuba amalkan pada diri kita... :') insyaAllah ^^
Terbelog berkata…
Btl bro
aku pnh
nasihat org
Last kena btg idung sendiri

Entry Terkini : Lagi Kes Menghina islam di Bulan Puasa
Eylizarholidays berkata…
betul setuju tu....nasihat orang tapi diri sendiri yang tak betul.....banyak orang yang macam tu...