Ticker

6/recent/ticker-posts

Luahan Perempuan : Nasib Diriku Suami Kaki Judi


luahan perempuan

Assalamualaikum

Alhamdulilah dapat lagi bernafas di bumi pinjaman sementara ini, dapat menikmati keindahan ciptanya yang tiada tolak bandingnye.Seperti di janjikan acik akan kongsikan kisah yan di ceritakan kepada acik semalam. Sangat menyayat hati dan penuh dengan tangisan air mata dari seorang isteri dan ibu. Jom kita dengarkan.


Pertemuan kami di KFC PKNS seperti yang telah di sepakatkan bersama Kak Mila (bukan nama sebenar)

Kak Mila : Terima dik , sebab sudi datang jumpe akak ni, akhirnya dapat juga acik jumpe dengan pemilik akupenghibur.com secara berdepan. Sebelum ni akak baca blog adik. Akak sebenarnya tak tahu nak cakap pada siapa dik. Bila akak cuba luahkan pada rakan rakan mereka mempersendakan kita dan ada cakap jangan buka pekung di dada.

Acik: tak pe kak kebetulan memang hari ini ada di sini sepanjang hari sebab ada temujanji yang perlu di tunaikan. Akak jangan risau acik tak akan memberitahu identiti akak yang sebenar . Semoga dapat kurang sedikit rasa terbeban yang akan tanggung tu.

Kak Mila : Akak ni dik, kenal rahman atas nama cinta. Kami dulu bercinta hampir 4 tahun sebelum berkahwin. Perhubungan kami mendapat tentangan dari ibu bapa akak sebab mereka tak suka dengan bakal suami akak. Akak puas pujuk family untuk terima dia macam manepon keadaannya, dan hubungan kami anak beranak jadi berenggang sebab mereka tak dapat terima dia. Dan akhirnya dik , akak merajuk membawa diri. Famili tolak dia kerana dia hanya kerja kerani dan takut tak mampu nak sara hidup akak. Dan family akak kenalkan dengan seseorang iaitu abang din dan kami di jodohkan. 

Akak kawin dengan dia sebab rasa kecewa dan terpaksa dik, tapi akak terima kalau ini takdir akak. Perkahwinan akak dengan abang din berjalan dengan lancar dan dia baik orangnya. Masa tu kami baru kawin 4 bulan semua nampak indah, dia jaga akak dengan baik dan ikut apa saja yang akak nak. Akak mula sayang pada abang din. Alhamdulilah akak dapat khabar berita yang akak di sahkan hamil 2 minggu. Abang din orang yang paling bahagia, Tapi akak pelik abang din asyik ada di rumah dan income selalu masuk ,pernah akak tanya dia kerja apa dia jawab di kerja supplier online dan hanya perlu online saje. 

Acik : alhamdulilah la kak macam itu , bestlah suami bertanggungjawab, jadi apa masalahnya ?

Kak Mila : satu hari tu akak terperasan kat hand phone dia ada  mesej masuk, akak buka terkejutnya dia apabila akak tengok mesej tersebut adalah magnum ataupon 4D. Rupanya selama ini dia main judi dik. Akak kecewa sangat dan akak diamkan saje,. Satu hari dia balik mengamuk mengamuk dan dia nak pinjam duit akak, Akak katalah yang akak tak ada duit, abis dia kembur barang akak untuk mencari barang kemas akak. Malam tu kami bergaduh besar dan dia belasah akak dengan teruk dan akak keguguran.

Rupanya dik selama hari ini, dia bagi makan kami duit haram hasil dari perjudian tersebut. Sejak akak tahu perangai sebenar dia dik, rupanya dia bukan seperti pada awal kami kawin. Tiap tiap malam dia mabuk dan akak di pukul dan kadang di bawa perempuan lain datang ke rumah. 

Akak tahan saje dik ,sebab ini pilihan keluarga dan sekarang usia perkahwinan kami dah 4 tahun. Akak dah ada 2 orang anak dik, Akak terpaksa kerja sebagai sebagai promoter di pasaraya untuk tampung akak dan anak akak . Akak tak nak anak anak akak makan duit haram selamanya hidup tak berkat dik. Macam adik cakap dalam blog , kalau kita makan hasil pendapatan haram hidup kita tak di berkati .

Acik : MasyaAllah kak, lepas tu apa yang terjadi ? family akak tahu tak ?

Kak mila : entahlah dik , akak pon bingung sekarang .Family  tahu abang din tu baikk,padahal dia jahat dik, macam mane pon dia tetap suami akak dan ayah kepada anak anak akak. Memang keadaan kami dia dah tak kisahkan , makan minum ,keperluan akak perlu sediakan. Kami pernah tak makan seminggu kerana akak belum gaji dan abang tak balik rumah , akak terpaksa minta ehsan dari jiran jiran yan paham keadaan akak.

Akak terima kalau ini takdir akak dik, walaupon derita yang akak rasa. Cuma akak kecewa bila family sendiri tak percaya pada akak dan kata akak buat cerita. Demi Allah akak tak tipu, akak tak tahu nak luahkan pada siapa, jadi cukuplah kalau akupenghibur tahu ,itu pon dah buat hati akak lega.

Acik : Semasa akak mila mencerita kisah ini bergelingan air mata yang mengalir,ermm acik tak dapat bantu lebih, hanya sokongan dan kata kata semangat yang mampu di zahirkan, begitulah hidup yang bukan selalunya bahagia dan bukan selalunya mampu buat orang tersenyum. Mari kitakan doakan suami kak mila agar berubah dan terbuka pintu hatinya untuk bertaubat dan ubah perangainya serta menjadi suami yang bertanggungjawab..

Nama di dalam kisah ini telah di ubah atas permintaan dari akak tersebut kerana tak mahu orang tahu , identiti sebenar di rahsiakan.

Sebenarnya , apa yang acik dengar luahan  dari seorang isteri dan ibu ini buatkan acik terfikir,setiap manusia Allah turunkan dengan pelbagai ujian untuk menguji kita  untuk melihat bagaimana kita. Kadang memang kita rasa mengapa aku di uji seperti ini ? Kenapa aku tak pernah rasa bahagia ?

Jawapanya ada dalam diri kamu, Allah tak akan menguji seseorang itu lebih dari kemampunya  , bersangka baik dengan Allah dan yakinlah bahawa setiap masalah itu pasti ada penyelesainya.


Catat Ulasan

15 Ulasan

cik Anggur berkata…
tak mmpu nk ckp pa pe semoga Allah permudahkan segala urusan akk tu
Carlos Santiago berkata…
itulah penangan judi
BinMuhammad berkata…
Bila kita terasa susah dan menderita...ketahuilah dan lihatlah...ada insan lain yang lebih susah dan menderita dari kita. Berdoalah dgn penuh ikhlas dan beramal soleh... pasti Allah tunjukkan jalan dan permudahkan segala urusan. Jgn mengeluh...Janji Allah, yg benar tetap benar!
onlajer berkata…
Taa akan kaya lah dengan berjudi
Lieza Nordin berkata…
:'( sedih mmg sedih.. sbb tu Allah letakkan agama dalam memilih pasangan hidup agar bhgia dunia n akhirat..
speechless dan simpati dengan nasib akak tu...

acik... gimme your email...lol... ada idea nak bagi ni...
Unknown berkata…
Kesian kat akak tu.. patutkah ia berterusan macam tu sehingga bertahun-tahun? Kita ada undang2 dan nasib akak tu mgkin akan terbela.
Tanpa Nama berkata…
acik boleh cadangkan / bekalkan kamera supaya dia blh merakam semua aktiviti buruk suaminya sebagai bukti ke pejabat agama dan family nya . Dia perlu bantuan utk keluar dari kemelut hidupnya ...
krole berkata…
MasyaAllah...smpai begitu sekali, krole simpati ngan akak tu...banyakanlah berdoa agar suaminya berubah~ bagus entri ni acik
niesalhaq berkata…
:'(
Semoga akak tu diberi ketabahan untuk mengharungi ujian dlm hidup ni. Allah uji tanda dia mampu. In shaa Allah.
Unknown berkata…
hmmm berat mata memandang berat lagi bahu memikul...
kak gojes berkata…
semoga akak tu kuat dan tabah..berjuanglah utk diri dan anak2 jika itu yg akak tu mahu...
iha berkata…
kesiannya.. sbb sy ada kawan yg senasib mcm kak mila.. dia sanggup cari kerja sbb taknak anak2 dia makan duit haram.. apapun moga kak mila sentiasa kuat utk menghadapi ujian ini..
Unknown berkata…
Ya Allah..ciannya... rasa nk mngalir
Unknown berkata…
sedih baca kisah ini