Assalamualikum
Alhamdulilah ,dapat lagi bernafas lagi walaupon keadaan shah alam telah di selebungi dengan jelebu , telefon mak sebentar tadi ,risau keadaanya, kerana kedengaran tak sehat dan batuk batuk, johor kawasan teruk yang kena...mudah mudahan semuanya selamat
mengapa kita berpisah setelah sekian lama kita bersama ?
mengapa ada saja yang cuba memisahkan kita ?
mengapa ? mengapa ?
Ahh baca tajuk nie, jangan pula cakap acik nie obses terhadap cinta,acik nie berdrama je lebih. Sebenarnya hari ini adalah birthday laptop kesayangan acik ke 7 tahun. Dia dah bekhidmat lama untuk diri ini, teringat pula saat pertama sekali dapatnya memang sayang sangat , marah bila orang lain guna ganas. Jaga dia , lap dia jangan bagi berabuk.
Tapi setelah bagi orang guna, malangnya dia tak jaga dengan baik, dan banyak yang rosak, tetapi tekad untuk betulkannya ,alhamdulilah dah elok, pejam celik pejam celik dah 7 tahun berlalu, rupa parasnya walaupon tidak secantik dulu tapi terima seadanya. Dia teman acik bila buat assignment, edit video, dan macam macam lagi
Dah 7 tahun usia laptop nie walaupon button keyboard dah ada yang hilang, bunyi macam kapal terbang tapi still dialah buah hati acik, Kalau tak ada dia ,maka susahlah hidup ini :)
Terima ya Allah sebab kau permudahkan segala urusanku dan berikan hadiah dari mak ini yang sangat bernilai untuk diri ini.
Walaupon sindiran dari kawan kawan yang suruh laptop baru, tak pelah aku tetap dengan dia, selagi dia mampu di gunakan ,aku akan jaga sebaik mungkin.
Buat apa nak membazir ,kalau yang ini boleh di gunakan lagi, membazir itulahkan amalan syaitan , iya ke idak ?
hehhe oklah laptop Compaq C200 ini menjadi pujaanku, semoga dapat bertahan lama, dan dialah hadiah yang termahal yang pertama sekali yang pernah aku dapatkan dalam hidup ini ,sayang kamu :)
21 Ulasan
ye..selagi beloh pakai, guna je..
lappy yaya baru je 3 tahun bersam..huhu :)
memang berguna..kalau tak ada, sush la..